About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Tuesday, August 23, 2011

Hingga Berjumpa Lagi.....

Bukan niat dihati tak nak menulis, tapi mata tak dapat melihat dan tangan pula tak sampai... Salam Ramadan walaupun dah sampai ke hujung dan selamat meraikan Syawal yang tinggal tak berapa hari lagi.
 
Ini merupakan Ramadan ketiga aku terlantar dikatil. Tak dapat sambut macam orang lain. Ibadah pun buat takat yang mampu je. Tapi yang seronoknya tahun ni afif imran dapat belajar puasa , dah12 hari setakat hari ini. Nak banding dengan tahun lepas dapat sehari je. Alhamdulillah...

Selain aku, Ramadan ni juga satu ujian untuk abah. Abah tiba-tiba tak sihat dan terpaksa duduk di wad selama 8 hari. Dia tak dapat lagi masuk bilik aku dan menyembang dengan aku macam selalu sebab dia tak dapat bergerak dan terpaksa bergantung dengan tongkat untuk berjalan. Aku pula yang rajin keluar tengok abah baring di depan. Terasa sangat hatinya tak seronok....Mudah-mudahan Allah kembalikan kesihatan abah seperti sedia kala.
 
Mungkin aku terpaksa berhenti menulis buat seketika, bila keadaan kembali pulih aku akan kembali bercerita dan berkongsi rasa dengan teman-teman bloggers semua.
Akhir kata, selamat menjalani ibadah dihari-hari terakhir Ramadan dan selamat menyambut Aidilfitri.

Maaf zahir dan batin. Kiranya ada kelapangan, mohon doakan agar aku cepat sembuh. Terima kasih.