About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Monday, November 7, 2011

DUNIA YANG GELAP

Assalam, hasrat di hati nak berkongsi rasa dengan semua teman-teman blogger tak pernah padam walaupun tangan tak dapat memegang dan mata tak dapat melihat.
Sebab tu kali ni aku minta tolong en. hubby taip kan untuk ceritakan sedikit mengenai diri aku sejak menjadi orang yang tak berupaya.
Bukan mudah nak meniupkan semangat dalam diri untuk melawan rasa sedih di hati. Keadaan aku sekarang boleh diibaratkan seperti patung bernyawa. Tak berupaya bergerak dan melihat, hanya mampu bercakap, mendengar dengan orang sekeliling.
Keadaan diri aku semakin lemah dari hari ke sehari. Harapan untuk sembuh terasa jauh sangat. Saban malam aku menangis, merintih, memohon pada Allah agar diberikan apa yang terbaik untuk aku. Semangat aku semakin lemah dan tak berupaya untuk bangun. Segala ikhtiar telah kami usahakan, namun belum ada apa-apa perubahan. Malahan penglihatan aku semakin gelap dari hari ke sehari.
Adakala aku memohon supaya ajalku dipercepatkan kerana aku tak sanggup untuk melalui hari-hari yang mendatang. Adakala aku mahu sembuh, tapi jauh di sudut hati aku tahu tiada harapan. Aku cuma mampu memohon supaya diberi kekuatan, ketenangan dan kesabaran untuk melalui hari-hari yang gelap...


 ***Baru-baru ini aku ada pulang ke Shah Alam bertemu keluarga dan sahabat handai...Sekurang-kurangnya hati yang bercelaru sedikit tenang bila berjumpa mereka. Untuk Intan, Una dan Kak Nik, terima kasih kerana sudi meluangkan masa berjumpa dan berkongsi rasa. Saat ini memang aku amat memerlukan teman untuk berbicara dan berkongsi rasa supaya aku tidak terasa keseorangan dalam dunia gelapku. Terima kasih.***