SALAM MAULIDUR RASUL
Semalam kami ke hospital Penang utk mendapatkan pandangan seorang Dr Pakar dari hospital swasta berkenaan dengan rawatan yang akan aku ambil seperti yang aku ceritakan dalam entry yang lepas. Bukanlah menidakkan cadangan Dr Lim, Dr yang merawat aku tapi sengaja nak mendengar second opinion dari pakar neurologi yang lebih senior. Manalah tau, mungkin rawatannya agak berlainan dan tidak memerlukan aku mengambil ubat utk pesakit kanser. Tapi mengikut perbincangan aku dan suami dengan Dr Samuel, seorang pakar Neuro yang dah bersara tapi masih aktif melakukan kerja2 amal....Malaysia memang tiada pakar yang khusus untuk penyakit MS (Multiple Sclerosis) sementelah penyakit ini adalah amat jarang dijumpai dan rawatan yang digunakan adalah sama, baik di hospital kerajaan ataupun swasta.
Kata Dr Samuel lagi, kalau aku nak yang terbaik, terpaksa mendapatkan rawatan ke luar negara tapi mungkin kosnya agak tinggi. Dia juga menasihatkan aku supaya aku tangguhkan hasrat untuk mengggunakan Rituximab@Mitoxantrone yang dicadangkan oleh Dr Lim memandangkan sejak aku diserang relapse yg terakhir 6 bln lepas, sehingga kini tiada lagi major relapse walaupun keadaan aku tidak berubah, katanya walaupun ubat yang aku gunakan kurang berfungsi, sekurang-kurangnya tiada serangan saraf yang teruk buat masa ini....sekiranya dalam 2,3 bulan seterusnya aku diserang lagi dan keadaannya makin teruk, baru dia nasihatkan aku supaya guna jalan yang terakhir tu...Menurut Dr Samuel, risiko menggunakan ubat Rituximab@Mitoxantrone amat tinggi sehingga boleh menyebabkan kegagalan jantung berfungsi dan tiada bukti yang mengatakan pesakit MS boleh pulih...hanya sebagai penghalang utk relapse lagi...
Kali ini aku dan suami pasrah...kami masih memikirkan jalan yang terbaik dan aku akan terus berdoa dan berharap... Moga satu hari nanti, doa, rintihan dan tangisan aku akan didengari dan Allah akan memakbulkan doa aku...Masih mengharap, Ya Allah....Masih....
Kali ini aku dan suami pasrah...kami masih memikirkan jalan yang terbaik dan aku akan terus berdoa dan berharap... Moga satu hari nanti, doa, rintihan dan tangisan aku akan didengari dan Allah akan memakbulkan doa aku...Masih mengharap, Ya Allah....Masih....
3 comments:
ayu..camno proposal ang hal bibik..dah jumpa?
Tengah dok timbang tara...al maklumla, kena bajet2 gak...duit nak pakai bnyk...heheh...sian kat cik abg aku...InsyaAllah Min, ada rezki dptla...
tgh online ka
Post a Comment