Salam pukul 10, hari Khamis.
Hari ni result SPM keluar. Berdebar-debar nak tunggu result satu-satunya waris dlm family aku, adik aku Haeqal, anak buah aku Hanim dan dua orang sepupu aku, Dik Wan n Nadiah. Harap2 result diorang OK. Seronok kan imbau balik zaman2 ambik result SPM...aku dulu bukanlah pelajar yang cemerlang sangat, sederhana ja...tapi Alhamdulillah, dpt gak masuk U.
Kelmarin masa dlm perjalanan ke Fisio di Alor Setar, hubby tanya,
" Apa la yg excited sangat pasal result SPM ni...?
" Yalah , kalau abang ( panggilan utk adik lelaki aku) dpt bnyk A ke, mestilah mama ngan abah bangga...
satu -satunya anak lelaki dia berjaya dalam pelajaran," aku jawab.
" Biasa-biasa je lah, kenapa nak lebih-lebih lak,'' time dia pulak balas.
" Alah bukan time anak kita, memanglah... hari tu Afif dpt masuk darjah satu pun dah seronok tak
sangga- sangga...'selamba ja aku jawab. Hehe...dan dan tu hubby aku sengih...
Bercakap pasal exam ni, hari ni hari ketiga Afif periksa penggal. Hari ni kertas BI dengan BA. Kelmarin subjek Math dengan Sains. Kalau tengok perkembangan pelajaran dia, dia ni memang kurang berminat sikit dalam BI ni nak dibandingkan dengan Math. Tapi, aku tetap bersyukur setakat ni pembelajarannya tak ada masalah. Cuma dia mungkin ada masalah sikit dengan Bahasa Arab. Semalam sempat gak aku ulangkaji Bahasa Arab dengan Afif.
Selepas selesai mengeja dan menulis, aku pun mula menguji ingatan dia terhadap apa yang dihafalnya.
" Ni gambar apa?
Lama dia pikir. Aku pun bagilah hint.
" Mula dgn huruf Kaf...Ku,"
" Kursiyun - kerusi " Afif jawab
" Ni....mula dgn Fa,"
" Faslun - bilik darjah"
" Ni...ba.."
" Babun- pintu'
Tapi pagi ni sebelum ke sekolah, aku dgr dia dgn pak ndaknya menghafal....
Kerusi- kursiyun, bilik darjah - faslun, lima- hamsatun, pintu-.....lama sikit baru dia jawab...ahmad albab, tergelak aku dan hubby bila dengar jawapan dia...hahaha...memanglah Poden ni buat lawak pagi-pagi ni....
5 comments:
aku kalau bab hafal arab..huh..teruk btoi ingatan..semoga poden tak jd macam mummy cik putih no..
hahaha kalau tanya kak ct pun, kak ct jawab ahmad albab, boleh?? :)
min : mmg susah pun...b.arab aku pun cukup2 mkn ja...ingat dak ustaz yg rajin kernyeh tu ajaq kita masa 3 UK,...bila dia senyum ja tutup mulut..apa ke namanya....
kak CT: ding di geding ding ding ding....ding ding de geding ding ding ding...heheh....
hahaahah ok jugak tu, hadif pulak...ismail..dua..hahahhaha
aku rasa ustaz tohir..suka sgt tegur geng kita bersembang
Post a Comment