Hari ini aku dikejutkan dengan berita pelawak Din Beramboi meninggal dunia di usia 44 tahun. Apa yang nak dihairankan. Ajal maut di tangan Allah. Cuma cara kematiannya agak mengejutkan. Rapuhnya nyawa manusia...Bila-bila masa kalau Allah kehendaki, tidak dapat tidak seminitpun kita tak boleh halang. Aku cuba bayangkan kalaulah aku berada di tempatnya, bersediakah aku? Apakah cukup amalan yang nak dibawa bersama?
Sekurang- kurangnya sekarang Allah beri aku sakit. Ingatan kepada mati. Sepatutnya aku bersyukur dan melipat gandakan amalan. Jangan selalu mengeIuh dan menyalahkan takdir. Kadang-kadang aku hilang kawalan emosi, aku mohon perkara yang tidak sepatutnya. Aku mohon Allah tamatkan penderitaan aku ni padahal ada orang lain yang hidupnya lebih teruk diuji tetapi tetap yakin pada ketentuan Allah...
Terimalah kenyataan, Ayu. Berusahalah menjadi hamba Allah yang berlapang dada dan sentiasa yakin setiap dugaan yang Allah beri ada hikmah yang tersembunyi baik di dunia mahupun di akhirat...jadilah hamba Allah yang bersyukur dengan setiap nikmat....sabar dan redha....berusahalah....Ayu. Yakin pada Allah, serah pada Allah...Mampukah aku? InsyaAllah....
6 comments:
....ayu kita ni macam macam drama dalam idup kita kan..sesungguhnya dunia adalah pentas persediaan kita sebelum di jemput padanya...cuma kita mohon allah panjangkan usia kita,,,nak medidik anak kita,,,nak beri kasih sayang pada dia...sgt2 mengingatkan kita kalau ada org meninggal ni kan...
ayu..
la takhaf wala tahzan, innallahamaana.
Semoga Ayu terus diberi kesabaran dan kekuatan oleh-Nya
semoga hang terus bersabar, berdoa dan jgn putus asa berikhtiar... semoga kita semua diberi kesempatan untuk melihat anak2 membesar depan mata..
mati itu pasti saudari ku...
Ayu, kita kena bersyukur sekali pun diberikan musibah kerana melalui itu kita dapat mengukur sejauh mana kasih kita kepada Allah..
...terima kasih atas sokongan dan doa yg tak putus2...semoga kita semua di bawah peliharaannya...amin.
dik ayu, happy belated birthday! :) x pa dik ayu, jgn ingat org lain x dak dugaan, kita semua sama ja, x dak org x dak dugaan dlm hidup ni, kadang2 mcm x percaya blh tempuh semua ni..
Post a Comment