Alhamdulillah, semuanya sudah selesai....adik aku, Nur Hafifa Iswati bt Ishak selamat diijabkabulkan dengan Ahmad Razmie bin Abd Aziz pada pagi Sabtu 22 Mei dan sebelah petang diteruskan dengan majlis kenduri. Walaupun pada malamnya badan aku agak sakit-sakit, perut semakin membesar, susah nak lelap,dan bengkak di sekitar kaki dan tangan akibat steroid, Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk aku sama-sama meraikan majlis perkahwinan Ifa anak ketiga dalam famili. Bertambah lagi la menantu cikgu Akk dan cikgu Lily.
Seronok dapat jumpa sanak saudara dan sahabat-sahabat yg datang sama-sama meraikan. Tetamu paling tak diduga tentulah sahabat dari jauh Husna dan Helmi sekeluarga. Thanks Una....pandai betul ko buat surprise. Terima kasih banyak2...Seronok sangat dapat jumpa dengan Eida dan Cik Tie, ex schoolmate yg dah berbelas thn tak jumpa sejak habih SPM...terubat rindu pada kawan2 sekolah. Sayang, cuma gambar tak sempat diambil...Thanks gak utk Che Dee, Dini n Jan, Puan Puteh, kak Ti Tmn Bakau, Ngah Mah, Ngah Jih, kak Pah sekeluarga dan beberapa org ustazah dan cikgu, ustazah Sharqiah, Ustazah Aisyah dan cikgu Sabariah yg dtg menziarah. Pada kawan2 yg htr sms sbb tak dpt hadir tu, terima kasih atas ingatan. Panjang umur kita jumpa lagi.
Walaupun dlm keadaan kesihatan yg tak mengizinkan dan penglihatan yg terbatas, terubat duka di hati dengan ingatan dan doa semua...terima kasih. Tak kurang juga ada yg datang mengalirkan air mata melihat keadaan aku...tapi aku dah biasa, orang hanya boleh melahirkan simpati tapi Allah jua yang mengetahui gelora di hati...Moga Allah terus beri kekuatan...Moga aku tergolong dalam kalangan orang yang sabar dan redha...Amin...
3 comments:
minggu ni kalau hang kat umah kita jumpa na
InsyaAllah..mai la.., bwk cik puteh sama..
dik ayu, lega bila dik ayu update, blh tau perkembangan dr masa ke semasa, jaga diri...
Post a Comment