Poden tak sihat...sejak hari Sabtu, asyik muntah, ceri beri dan demam....Semalam dia tak pi sekolah, hari ni tgk dia dah cargas sikit, tu yang suruh pi tu.. tup2 hubby bagitau sekolah call, bgtau dia muntah...suruh datang ambik...Sekarang ni hubby on d way nak ambik dia kat sekolah terus bawak pi klinik lagi...
Aku pun tak tau kenapa...Risau jugak takut2 sebab makanan kantin ka, ataupun perut masuk angin sbb makan tak ikut time...sedih la rasa hati sebab anak tak terbela...yalah, mak dia nak bela diri sendiri pun susah, inikan nak jaga anak walaupun seorang...bab bab ni memang susah lah nak cakap, semua dah bagi yg terbaik...tapi hati seorang ibu kan, mesti nak bagi yg lagi terbaik utk anak2...dulu, bolehlah aku pesah dia...tgk dia mandi, bergosok ka tidak, berus gigi betul tak betul...makan pagi lauk apa, satgi nak makan apa...Laa ni tgk ajelah,,,setakat boleh suruh ajelah, kalau anak tu liat nak mandi tak adalah orang nak tlg tengokkan...kalau dia tak nak makan sebab tak selera, tak makanlah budak tu...kalau abah dia ada, terurus la sikit, kalau abah dia kena kerja, dok lawan bertanya la "Awat tak mandi lagi...", Awat tak mau makan...". Sabarlah hati....Aku setakat boleh suruh dan jerit sajalah...
Gambar lama lagi...tapi memang time ni Poden tengah demam, sebek aje muka...
Aku selalu tanya kat Afif, kalau kawan2 sekolah tanya, "Mana mama Afif, Afif nak jawab apa? "Afif habaqla, Mama ada kat umah, mama Afif sakit, mama Afif tak boleh jalan..."
Dan sebelum tidur, selepas baca Doa Tidur dan ayat Kursi, anak aku akan berdoa .." Ya Allah, bagilah mama Afif sihat macam dulu, boleh masak untuk Afif, boleh bawak Afif jalan2 macam dulu, bagilah mama Afif sihat sampai bila-bila...Aminn...
Amin..Amin...Ya Rabbal A'lamin...
2 comments:
afif dah sihat ka..macam mana study dia...
afif mmg anak yg baik...beruntung ayu dpt anak yg sgt memahami mcm dia...sgt matured...semoga doa dia dimakbulkan Allah SWT...sy kalau baca entry mcm ni mula la sayu sgt hati...huhu...sabaq byk2 la noo...
Post a Comment