About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Saturday, June 18, 2011

Entry tertangguh, 2 dalam 1...

Masih belum terlambat utk aku ucapkan SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT HARI BAPA pada semua teman2 blogger yang sentiasa berazam menjadi ibubapa yang terbaik utk anak-anak masing2. Moga Allah permudahkan perjalanan kita mendidik zuriat kita menjadi anak-anak yang soleh, Amin.

Agak jarang aku bercerita tentang kedua ibubapa aku di dalam blog kerana aku rasa agak peribadi. Aku sebenarnya dibesarkan di Kg. Bawah Bukit, Chuping, Perlis. Memang budak kampung! Terjun sawah toksah cakap la berapa kali dah...siap dengan motor pun ikut terjun sama sebab corner tak lepas..hahaha. Kalau sesiapa yang mengikuti slot lagenda Mata Ayer di TV3, mesti akan perasan Bukit Chuping yang menjadi latar belakang drama tersebut. Memang diorang shooting depan rumah aku ja tapi haram tak minta izin pun...hehehe... 

Sedari usia aku setahun lebih hinggalah habis darjah 6, aku tinggal dengan tok dan arwah chak (panggilan klasik org Perlis utk tok lelaki). Memang anak tok, chak dan cu (adik abah yg bongsu). Bila cuti sekolah, baru aku balik duduk dengan mama dan abah aku di Jejawi, tak jauh pun. 20 minit dari umah tok. Jadi banyak kenangan masa kecil aku dengan tok, arwah chak dan cu. Bila dah sekolah menengah, baru duduk dengan mama dan abah sebab aku bersekolah di Pekan Kangar. Tapi bila ada cuti saja, aku balik duduk rumah tok aku sebab dah biasa dan rapat dengan mereka. 

Sebenarnya aku tak berapa rapat dengan mama aku sebab karakter kami berbeza. Kalau aku ada masalah berkaitan apa-apa aku lebih suka berkongsi dengan Cu atau Mak Ndak aku (adik Mama)

Abah pula sibuk, jarang ada dirumah, tapi dia seorang yang sangat mengambil berat perihal pelajaran  dan ilmu agama anak-anak. Abah cuma mahu tahu setiap kali exam aku mesti cemerlang. Itu sahaja. Banyak masa dirumah dengan mama, tapi kami jarang bersembang. Mama seorang yang pendiam dan jarang berkomunikasi dengan anak-anak. Jarang-jarang sekali kami berkongsi perasaan sehinggalah ada masalah keluarga yang berlaku barulah aku rapat sikit dengan mama. Yalah, anak sulung. Kalau bukan aku yang menjadi harapan siapa lagi.

Walau apapun, mama dan abah tetap ibubapa yang tiada gantinya. Allahumargfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani saghira...Semoga Allah memberi rahmat pada mama dan abah di dunia dan akhirat. Amin...

Selamat hari ibu dan bapa utk mak dan abah di Shah Alam...Semoga dalam lindungan Allah selalu...
Cu...selamat hari ibu! Terima kasih sbb sentiasa di sisi chik dari kecik sampailah laa ni...moga Allah beri yang terbaik untuk Cu dunia akhirat, amin...










No comments: