Bukan niat dihati tak nak menulis, tapi mata tak dapat melihat dan tangan pula tak sampai... Salam Ramadan walaupun dah sampai ke hujung dan selamat meraikan Syawal yang tinggal tak berapa hari lagi.
Ini merupakan Ramadan ketiga aku terlantar dikatil. Tak dapat sambut macam orang lain. Ibadah pun buat takat yang mampu je. Tapi yang seronoknya tahun ni afif imran dapat belajar puasa , dah12 hari setakat hari ini. Nak banding dengan tahun lepas dapat sehari je. Alhamdulillah...
Selain aku, Ramadan ni juga satu ujian untuk abah. Abah tiba-tiba tak sihat dan terpaksa duduk di wad selama 8 hari. Dia tak dapat lagi masuk bilik aku dan menyembang dengan aku macam selalu sebab dia tak dapat bergerak dan terpaksa bergantung dengan tongkat untuk berjalan. Aku pula yang rajin keluar tengok abah baring di depan. Terasa sangat hatinya tak seronok....Mudah-mudahan Allah kembalikan kesihatan abah seperti sedia kala.
Mungkin aku terpaksa berhenti menulis buat seketika, bila keadaan kembali pulih aku akan kembali bercerita dan berkongsi rasa dengan teman-teman bloggers semua.
Akhir kata, selamat menjalani ibadah dihari-hari terakhir Ramadan dan selamat menyambut Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin. Kiranya ada kelapangan, mohon doakan agar aku cepat sembuh. Terima kasih.
2 comments:
Salam Kak Ayu,
Ya Allah rindu sangat nak baca coretan Akak.
Moga Akak cepat sembuh. Tal terbayang bagaimana akak menulis dengan mata yang tidak nampak. Moga cepat sembuh kak. Amin.
Salam Aidilfitri buat akak sekeluarga. Cepat sihat ya kak. Makan ubat dan teruskan berharap pada Allah ya.
Selamat Hari Raya dr kami abg mat n azira....semoga hari2 mendtg memberi satu harapan yang pasti kepd ayu dan keluarga..
Post a Comment