Kita tak akan tahu betapa berharganya pancaindera anugerah Allah kalau kita tak merasai kehilangannya... Itulah yang aku rasa sebulan yang lalu bila mata aku tak lagi dapat melihat seperti biasa. Dunia yang cerah menjadi bayang2 gelap....Siang dan malam tiada beza. Aku tak dapat lagi menatap wajah anakku kecuali jika mukanya didekatkan seinci dari muka ku aku. Aku tidak dapat mengenal warna langsung apatah lagi membaca atau menonton TV..hanya dengan suara dan kelibat saja memberi peluang aku untuk mengenal orang sekeliling....
Saat dikhabarkan keadaan aku, semua orang terkejut. Abah, mama, adik2, cu dan saudara mara.Abah, setiap pagi datang ke bilik mengusap kepala dan memegang tangan aku tanpa berkata apap2, Cu setiap malam datang tidur di rumah menemani aku, Sms dan telefon bertalu-talu bertandang. Paling sebak bila suami mengalirkan air mata. Sepanjang masa aku bergelap dia yang menjasdi mata aku. Dia yang membacakan sms semangat dari kawan dan sahabat handai,, suratkhabar ,blog dan bercerita drama minfggu ini yang disiar di TV pdku..hehehe,,,Semua orang di sekeli;ling aku menangis kerana tak dapat menyemmbunyikan rasa sedih dan simpati mereka.Saat itu hanya zikir dan wirid menjadi sumber kekuatan dan ketenangan jiwa Syukur, aku boleh menerima dgn tenang. tipu kalau aku katakan aku tidak sedih dan tidak menangis. Aku manuusia biasa. Perasaan takut, runsing dan panik menguasai bila kita berada dlm gelap. Tapi syukur aku tidak melolong, menjerit dan menuyesalli keadaan diri.Aku menangis kerana aku rasakan betapa aku tiada upaya melainkan dgn pertolongan Allah. Terasa betapa kerdilnya kita jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah, zat yang Maha Besar.
Alhamdulilllah, keadaan mata aku semakin baik. Berkat doa semua orang, penglihatan aku sudah kembali walaupun masih ada 15-10% kekurangan, aku bersyukur. Walaupun aku tahhu berkemungkinan akan diserang lagi...Tuhan, tolong beri aku kekuatan. Ya Allah rahmatilah mereka yang tak putus berdoa, yang membantu dari segenap segi...mudaha-mudahan usaha dan doa mereka diiiiiberkati...
Terima kasih atas segalanya..tak terbalas rasanya,...Allah jualah yang dapat membalasnya....