About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Thursday, November 25, 2010

BICARA DARI HATI

salam buat semua teman dan sahabat blogger yg selalu mendoakan kesihatan aku. N3 ni mgkin akan ada kesaqlahan dr segi eJaaaaan sbb tgn aku sgt lemah, kiebas dan merew2ang sanja sini. Bukqan aku tak boleh srh en hb taipkan, tp takkan sama ...sbb bila aku sendiri yg menap, nukilqan tu dtg dr hati

sejak aku relapse sehhiggalah skrg, kesihatan aklu mkn teruk dr hari ke hari Aku demkam sejak 2 minggu lepas. Ubat klinik dan air penawar sbg ikhtiar belum beeeeri kesan. Ada yg suggest aku ke hosp, tapi sendi9ri y7g tak mau. Sbb utama aku tak mau ke hosp sbb aku sendiri  dah jemu...lg pun ubat yg samq dan prosedur yg sama...sbb yg ke2 kalau aku ke hosp, sapa nak tggu aku aku...semua orang nada komitmen sendiri.....-penghabisan hb aku yg tunggu. kalau10 hr naku kat katil hosp tu..10 hr lah dia tidur kat kerusi.......kerja dia mcm mana? nasibhla bos dia amat memahami...

smlmbdn aqku mengeras dr leher ke bwh, aku  sukarm njak bernafas....waktu tu  aku rasa mgkiiin ajal aku dah sampai...aku sbnrnya dah lama bredha dan serahkaqn pada Allah. DIA LEBIH KMENGETAHUI....
\
wsmlmk sepanjang mlm aku menangis sambiol usap rambu8t afif wlpun tgn aku sbhnrnya tak rasa lgtsung rmbut anak aku.....tiba2 suami9 aku bgn...
mama sakit ke?
tak.//
mama sbr naa..././kita nak pegi berubat dah ni9.....
maqma nangisn bkn sBB sakit5....mama dah redha....mama nantgis sbb makma tkt kalau8 ajaL mama smpqai, mama   tak smpat nak d9idik apih jd anak yg sole4h..;;;kmaqmab tkt6n hajat mama nak  jadikann anak yg lengkap agamanya..;;;

mama tak ada bekalan bang...kamalan maka bnyknmanan lon sgt, lau8 afif  jd anakn ygtnsole4h dia boleh ngaji utk mama, doa utk mama kurang2 kuburn mama tak sempit, tak gelpap....mama tkt azzab kubur

jgnn ckp mcmn tu...InsyaAllah afif jd anak yg soleh...dah jgn nangis, mama tidur na.......

haanya nAllah yg mengetahuim kisahy dan perjalanan hi9du8p aku...aku  redha..;.Allah lbhhhh mengetahu8i.;;rahsia daqN HIKMAH hanya Allah yg tahu..;;/;

thanks sudi sggh ke blog aku...jazakillahukhairankathira......aku tak tau bilaaa kita akan jum-pa lg...kalau p-jg umur. terima kasih atas doa kalian,moga berada dlm lindungan Allah selalu..//





Monday, September 27, 2010

RAYA DAN RELAPSE

Salam Syawal,
Alhamdulillah plan balik beraya di Shah Alam berjalan macam biasa. Cuma raya tahun ni aku relapse lagi. Petang raya pertama tangan kanan aku cramp teruk & lemah. So, spend masa kat rumah je.

Dua hari lepas tu, badan makin lemah. Plan raya yang sepatutnya seminggu dipendekkan. Petang raya keempat kami dah bertolak balik ke Perlis. Sampai umah dah pukul 2 pagi (Selasa). Turun saja kereta tangan kiri aku mula menggeletar tetiba. Masuk je bilik, tangan aku tak berenti menggeletar sehingga aku jadi antara sedar dan tidak. Mulut pun dah berat. Semua panik & en hb call ambulan. Tepat pukul 4 pagi, aku dimasukkan ke wad di Hospital Kangar.

Selepas 10 hari di wad, aku dibenarkan keluar. Keadaan sekarang, kedua-dua tangan aku lemah & kaki masih belum dapat bergerak. Sekarang aku hanya terlantar kerana tak berupaya melakukan apa-apa selain mulut terus berdoa & berharap keadaan akan jadi lebih baik.

Selamat menyambut Aidilfitri, maaf zahir batin.... kalau tidak keberatan tolong doakan yang terbaik untuk aku. Terima kasih.

Thursday, August 26, 2010

Sok sek sok sek.....

Tahun ni InsyaAllah kami sekeluarga akan balik beraya di Shah Alam. Sebenarnya aku yang beria ajak hubby balik sana. Kesian kat suami aku...walaupun dia tak sebut, tak pernah merungut, tapi aku tahu...semenjak aku sakit, suami aku hari-hari makan lauk kedai walaupun kami duduk bersama famili...(korang mesti hairan kan...) dalam sebulan bolehlah bilang bila dapur rumah ni berasap....yang aku sedih ni, bulan puasa sepanjang 15 hari puasa ni, adalah 2,3 kali masak...hari lain, dari kuih sampailah ke air, semuanya beli....( biarlah kami saja yg tau kenapa)...
Dua, tiga hari ni dia asyik dok sebut nak makan asam pedas melaka...puas pusing cari kat Perlis ni tapi tak ada...sedih sangat sebab aku tak dapat jaga makan minum dia...sebab tu raya ni aku ajak dia balik. Sekurang-kurangnya dia terhibur dapat jumpa famili dan paling penting dapat makan air tangan mak dia. Dapat makan rendang, dapat makan ketupat yang dia tak akan dapat kat rumah ni...(musykil kan) kecuali dia beli siap kat pasar tani...heheh...Aku ni pun bukannya wife yg perfect sangat..Walaupun dulu makan pakai memang aku yg jaga, tapi bukanlah aku ni rajin sangat.  Tak adalah masak hari-hari....Ada gak hari yang kami makan lauk kedai especially bila weekend...tapi bila suami aku teringin nak makan lauk favourite dia, aku akan usahakan sedaya boleh...
Itulah antara sebab kenapa air mata aku selalu sangat meleleh...aku dapat rasa beban suami aku, ada isteri macam tak ada..dia pulak yang bersusah sebab aku...Banyak sangat dah pengorbanan dia pada aku yang tak mungkin dapat aku balas. Makan, minum, berak, kencing waima bila aku datang bulan sekalipun, dia yg uruskan. Aku isteri yang tak berdaya...Aku tak dapat bayang kalau tiba-tiba dia tinggalkan aku sebab dah jemu uruskan aku...Hidup dia selama ni adalah aku dan anak. Jarang sekali fikirkan keperluan dia...Aku mohon Allah makbulkan doa aku semoga suami aku diberi kesabaran dan redha atas ujian yang menimpa kami...Eratkanlah kasih sayang kami dengan ujianMu ini, Jadikanlah kami orang yang beriman, redha pada Qada dan Qadarmu ya Allah..Amin...

Ni yang susah bila cakap bab hati dan perasaan ni...mulalah nak sok sek sok sek.... tarik tisu, lap mata..ish,ish puasa2 ni tak elok nangis2...salam.

Friday, August 20, 2010

Ramadhan tahun ini...

Masih belum terlambat agaknya nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN dan SELAMAT BERPUASA pada semua teman dan sahabat maya...Alhamdulillah, hari ni genap 10 hari kita berpuasa. Alhamdulillah tahun ni Allah bagi kesihatan yang baik untuk aku sama2 menunaikan ibadah yang mulia ni...Teringat tahun lepas, meraikan puasa di katil hospital...tak dapat berpuasa mcm orang lain, tahun ni mungkin lokasinya tetap di katil tapi bezanya di rumah,...bila jam dekat nak berbuka, hubby angkat aku ke wheelchair dan sorong ke dapur....terasa nikmat berbuka dengan keluarga....cuma sahur saja aku sahur di bilik kerana keadaan agak kalut, tapi suami aku tetap teman aku bersahur, usung la pinggan dengan botol air masuk bilik....kalau time weekend,bertambahlah geng sahur di bilik....si poden....hehe dia pun tak mau makan kat dapur dengan tok chak, tapi nak sahur dengan mama ngan abah kat bilik...almaklumlah, al manja al lebek...hahah...
 
Cerita pasal Afif dan puasa, setakat sekarang puasanya tak cukup pun sehari....kalau time sekolah, puasalah dia dari pukul 7 sampai 1.30 tgh hr, kalau weekend adalah lajak sikit smpai pukul 2 jer..hehe...sebab weekend memang kejut dia sahur, sbb Afif ni kalau dah bangun nak suruh tidur balik payah sikit, kesian pulak kalau dia ngantuk kat sekolah.......takpalah, belajar perlahan-lahan ya nak, mudah - mudahan lepas ni boleh la puasa penuh...InsyaAllah.
 
Cukuplah sampai sini dulu, ada umur nanti kita cerita cerita lagi...mohon maaf zahir batin kalau ada tulisan dan nukilan yang menggores hati...minta maaf banyak2....moga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah...Amin...

Tuesday, August 3, 2010

Kisah Poden Lagi...

Poden tak sihat...sejak hari Sabtu, asyik muntah, ceri beri dan demam....Semalam dia tak pi sekolah, hari ni tgk dia dah cargas sikit, tu yang suruh pi tu.. tup2 hubby bagitau sekolah call, bgtau dia muntah...suruh datang ambik...Sekarang ni hubby on d way nak ambik dia kat sekolah terus bawak pi klinik lagi...
Aku pun tak tau kenapa...Risau jugak takut2 sebab makanan kantin ka, ataupun perut masuk angin sbb makan tak ikut time...sedih la rasa hati sebab anak tak terbela...yalah, mak dia nak bela diri sendiri pun susah, inikan nak jaga anak walaupun seorang...bab bab ni memang susah lah nak cakap, semua dah bagi yg terbaik...tapi hati seorang ibu kan, mesti nak bagi yg  lagi terbaik utk anak2...dulu, bolehlah aku pesah dia...tgk dia mandi, bergosok ka tidak, berus gigi betul tak betul...makan pagi lauk apa, satgi nak makan apa...Laa ni tgk ajelah,,,setakat boleh suruh ajelah, kalau anak tu liat nak mandi tak adalah orang nak tlg tengokkan...kalau dia tak nak makan sebab tak selera, tak makanlah budak tu...kalau abah dia ada, terurus la sikit, kalau abah dia kena kerja, dok lawan bertanya la "Awat tak mandi lagi...", Awat tak mau makan...". Sabarlah hati....Aku setakat boleh suruh dan jerit sajalah...

Alhamdulillah, walaupun banyak benda yang aku tak boleh buat untuk dia, aku masih boleh habiskan masa sejam dua tolong dia buat homework, belajar membaca dan mengaji. Kecualilah time aku tak sihat, memang aku tak boleh fokus. Tapi time2 macam tu adalah pulak yang komen, "Afif ni tak belajaq ka...", Afif ni tak mengaji ka..."...Istighfar banyak-banyak...Dugaan datang bermacam-macam...Selagi terdaya, kena sabar banyak2...Semoga Allah ampunkan dosa aku...
                                Gambar lama lagi...tapi memang time ni Poden tengah demam, sebek aje muka...

Aku selalu tanya kat Afif, kalau kawan2 sekolah tanya, "Mana mama Afif, Afif nak jawab apa? "Afif habaqla, Mama ada kat umah, mama Afif sakit, mama Afif tak boleh jalan..."
Dan sebelum tidur, selepas baca Doa Tidur dan ayat Kursi, anak aku akan berdoa .." Ya Allah, bagilah mama Afif sihat macam dulu, boleh masak untuk Afif, boleh bawak Afif jalan2 macam dulu, bagilah mama Afif sihat sampai bila-bila...Aminn...
Amin..Amin...Ya Rabbal A'lamin...

Wednesday, July 28, 2010

Tak ada cerita...

 gambar lama...x ada kena mengena dengan cerita...waktu ni umur Poden baru 1 tahun 9 bulan...

Dah 2 hari demam yang sangat teruk,...Alhamdulillah hari ni boleh bangun walaupun kepala masih ting tong...Tadi dah type entry panjang2 tapi entah silap tekan apa ntah, terus hilang...bulan ni memang badan sekejap OK, sekejap tak...ada malam boleh tidor, ada malam tak...makan pun gagah2 ajalah, asalkan tak masuk angin...ada cerita yang biasa-biasa saja tapi x ada hati nak menulis sbb bdn masih sengal2...nantilah bila sihat sikit....tak berapa hari lagi nak sambut Ramadan...sayu sangat hati...Ya Rabb, makbulkan doa hambaMu...

Thursday, July 22, 2010

Sedang belajar...

Dalam beberapa hari kebelakangan ni, aku terfikir banyak perkara. Perkara yang berkaitan dengan keadaan aku dan orang sekeliling. Menjadi orang yang bersemangat dan tabah dalam melalui ujian hidup bukan perkara yang calang-calang. Bukan semudah menuturkan perkataan " Sabaq na....", " Kena redhalah ...." ataupun " You sepatutnya bersyukur...". Kita tak akan tahu sejauh mana kesabaran kita, keredhaan kita pada ketentuan Allah dan keimanan kita selagi kita belum diuji.

Aku sendiri belum layak dilabel seorang yang tabah dalam menghadapi ujian ini. Ada harinya aku lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Ada harinya aku lebih banyak menangis dan mengharapkan ujian ini berakhir. Semangat aku pun sekejap ada, sekejap hilang. Dan aku amat mengagumi mereka yang diuji dengan ujian yang lebih berat tapi semakin dekat jiwanya dengan Allah. Ayu, bukankah ujian tanda kasih sayang Allah?

Ya Allah, ampunilah aku...jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur, yang sabar dan redha...Amin.

Wednesday, June 30, 2010

Manjalebek...

" Anak mama memang manjalebek. Abang la bapak yang babai paling banyak dalam sekolah ni. Silap2 dalam Perlis...." heehe..Tu lah isi sms hubby aku hari Isnin hari tu. Muhammad Afif Imran memang manja. Kami panggil dia manjalebek...sebab dia manja + sebek...bayangkan dari hari pertama pi sekolah sampailah sekarang dah masuk tengah tahun dah, masih ada hari2 yang dia nangis bila nak pi sekolah. 
Tapi selalunya hari Isnin (sebab ada perhimpunan) dan hari di mana abah dia tak dapat hantar dan diganti dengan tok atau chaq dia. Kalau abah dia hantar, kenalah spend dekat 10 minit kat sekolah sampailah dia dah comfort, barulah balik. Hari-hari cium abah dekat 10 kali dalam kereta, salam dekat 20 kali dan babai (tata@lambai tangan hehe...) dekat 20 kali....abah dia ada gak usik,.."kalau apih nangis masa nak pi sekolah, abah dukung sampai kelas.." Tu yang kembang kempis hidung tahan tak mau nangis.Tau pun dia malu kawan2 sekolah tengok (walaupun kat umah selalu gak abah dia dukung).

Hari ni sekali lagi dia nangis. Abah seawal 7.15 dah keluar sebab ada kerja. Terpaksalah mintak tolong chaq dia hantaq. Dari mula pakai baju dah sebek. Bila time sikat rambut sambil tengok cermin, kawan dah mula nangis. Time ni abah dia dah pi dah. Dia pun datanglah dengan sedu sedan mengadu kat mama. Mama pun pujuklah yang minggu depan dia nak tuang sekolah 2 hari sebab nak balik Shah Alam. Mama pun tanyalah, "Kenapa Apih tak mau pi sekolah, takut kawan2 buat ka takut cikgu garang?....
" Apih rindu kat mama ngan abah...Apih rasa macam mama dengan abah ada dalam kelas...sebab tu Apih nangis"
Haha...adoi anak...bab rindu merindu ni memang aku mengaku ada sikit tempias2 mama dia..heheh..tak leh nak berenggang pun...
Aku pun jawab la..." Kan dalam beg duit Apih ada gambar mama dengan abah, kalau rindu tengoklah..."

Jangan tak tau, anak aku siap simpan gambar mama dengan abah dalam wallet...ada ka budak darjah satu pi sekolah bwk gambaq mak ayah dlm wallet sebab takut rindu? Apa pesen nih....hahaha,... Poden, Poden!


My precious...anugerah Allah yang tidak ternilai......

Tuesday, June 29, 2010

Tilik diri sendiri...

Kenapa banyak sangat kelemahan orang sekeliling kita yang kita nampak tapi kenapa kita tak tilik dan belek kelemahan diri kita sendiri? Adakah kita manusia yang cukup sempurna? Adakah kita seorang ibu dan isteri yang baik sewenangnya melabel suami dan anak sendiri dengan bermacam-macam perkataan? Tak ke anak tu lahir dari perut kita dan membesar dengan acuan dan didikan kita? Cukupkah didikan agama yang kita berikan? Jelaskah tentang halal dan haramnya? Anak sudah remaja tapi belum khatam...suami dikatakan tidak ambil berat, anak dikatakan malas mengaji...apa peranan seorang ibu dan isteri yang sebenarnya lebih banyak masanya terluang di rumah? Tengok, mengomel sedikit dan biarkan saja...Memanglah tanggungjawab suami lebih berat tapi apa salahnya sekali sekala ibu mengambil peranan itu. Janganlah berkira sangat ini tanggungjawab siapa, memang dia yang patut buat...dll.
Sekalipun suami itu buruk kelakunya, wajarkah kita memburukkan suami di depan anak-anak sekaligus menghilangkan rasa hormat anak kepada ayahnya....apatah lagi bercerita tentang keburukan suami pada orang yang tidak layak. Bukankah tugas isteri menjaga nama baik suami dan keharmonian rumahtangganya?

Semoga kita menjadi orang yang lebih baik hari ini....

P/S: luahan di atas yang bnyk sangat ? tu sebenarnya untuk diri sendiri supaya sentiasa beringat...jangan dok cari salah orang sedangkan diri sendiri pun tak perfect. Dah tak pandai menari tapi salahkan lantai tak rata...ada ka?...huh, pedas dan pedih sungguh tulisan aku kali ni...

Monday, June 28, 2010

Wahai Hati...

Ampunkan aku Ya Allah
Andai hati ini masih rapuh dalam mencintaiMU
Ampunkan aku Ya Allah
Andai hati ini masih lalai dalam mengingatiMU
Sesungguhnya hati masih terasa berat, hati terasa sarat dengan musibah
Kadang-kadang terlupa ada hikmah, lupa segala rahmat
Lupa untuk bersyukur...

Sabarlah wahai hati, 
yakinlah bahawa Allah sedang mengujimu....
Bersangka baiklah wahai hati,
Ujian ini bukan musibah
Ujian ini bukan seksaan
Ujian ini rahmat
Ujian ini kasih sayang
Redhalah wahai hati
Redhalah dengan ujian ini....
Yakinlah, setiap yang buruk pada pandanganmu adalah baik di sisi Allah
Allah yang lebih mengetahui...
Jika kau resah, ingat-ingatlah pesanNya
" wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain Syurga"
(HR Ibnu Majah (no: 1597)
*petikan hadis dari blog Genta Rasa

Monday, June 21, 2010

Entry saja-saja...

gambar ni saja2 letak sebab rindu kat Poden, hari ni dia pi sekolah, kalau tak 2 minggu cuti sekolah dok berkelai ngan mama dia...

Salam...Laptop hartakongsi aku dan hubby sebenarnya ada di kedai komputer untuk di perbaiki. Ni pinjam adik punya memandangkan dia belum keja lg...masih berhoneymoon..Nak buat mcm mana, Poden dengan tak sengaja(saja ja nak sedapkan hati...) telah jatuhkan lappy tu menyebabkan skrinnya patah dan tercabut...Geram dan sedih pun ada. Yalah, bukan senang2 nak beli. Tapi nak dimarah lebih2 pun tulah sorang anak....Budak2...Marah tak marah pun kena la jugak mlm tu dengan abah dia...bukan kena pukul, tapi kena tido luar. Jadi mlm tu Poden tak tido la dengan kami. Nasibla adik lelaki yg rapat dengan dia tu ada. Tak adalah dia buat muka panik kena tido sorang.
Itulah jugak penyebabnya yang mama apih ni menyepikan diri dari menulis buat seketika walaupun masa pertapaan tu macam-macam hal telah berlaku dan agak menarik untuk dikongsi. Masa tu rasa gatal ja tangan nak menulis. Tapi bila ada masa aku tetap curi2 ziarah blog kawan2 blogger yg lain. Sempat baca ja. Tak sempat nak tulis panjang2.
Nantilah, bila dah OK laptop tu, aku tulis panjang2. Kisah kami di kenduri adik di Taiping, kisah hati dan perasaan dan kisah Azni (wakaka...sapa2 ingat dolu2 ada drama spektra 'Kisah Azni' di TV1...wakaka).
Apa-apa pun, appreciate life..hargai dan bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling kita...manfaatkan umur yg ada sebab kita tak tahu umur kita berapa lama...moga2 ilmu yang kita ada, amal dan ibadat yang kita buat dapat tolong kita di Akhirat sana...Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, June 2, 2010

Dugaan

Alhamdulillah, keadaan mata kanan aku bertambah baik semenjak pulang dari hospital Penang. Macam biasa, aku masih lagi menggunakan Prednosolone aka steroid utk menghalang sebarang peluang utk relapse lagi. Bagaimanapun, saraf mata kiri aku memang tak dpt diselamatkan. Only time and miracle will heal it. Semuanya dengan izin Allah. Tapi aku akan terus berusaha dan berikhtiar untuk berubat selagi terdaya. 

Sebenarnya, ada beberapa kejadian yang memang aku tak sangka akan terjadi. Itulah namanya ketentuan Allah. Hari aku nak discharged dr wad, bibik aku pula lari. Jangan tak percaya, cukup2 sebulan dia lari. Baru saja aku dok berbual2 dengan Supatmi sambil makan nasi bungkus. Dalam pukul 12.30 mcm tu, dia mtk izin nak turun ke surau utk mandi dan salin pakaian. Tunggu punya tunggu, dia tak naik2. Instinct aku mengatakan yg dia dah lari. Aku pun sms la main2 dgn hubby yg tgh nak byr hasil kat kaunter,"abang, agaknya bibik kita ni lari dah naik tongkang...heheh" Rupanya memang dia lari betul....Aku pun mushkil la kenapa, sedangkan aku n hubby x pernah berkira pasal duit dgn dia. Belikan baju, top up dll. Cuma, ada la beberapa permintaan dia yg aku rasa agak melampau nak dipenuhi yg aku tak layan. Dua minggu kerja, dia mtk advance 5 bln gaji....alasan nak htr kmpg rumah nak kena sita....telan air liur aku, kalau gaji RM500 sbln, kali 5 tak ke lebih kurang gaji sebulan hubby aku. Habih, kami anak beranak nak makan apa? Lepas tu, mlm sebelum dia lari, dia mtk aku huluq duit dlm RM1000 dulu nak htr kmpg, kononnya due date umah tu kena byr dah dkt...aku pun jwb la elok2, at least biarla aku keluar hospital dulu...nanti aku akan tlg takat yg mampu....tup tup esok dia dah lari.....dengarnya, dia kerja cleaner kat situ dgn gaji Rm 1000 sbln...itupun ajen indon yg bgtau...

Persoalannya sekarang, aku nak mengadu kat sapa? Hubby report imigresen, dia yg kena denda RM250 sbb PRA lari padahal bukan salah kita...refer kat polis, polis kata ini kes imigresen...mmg la pasport Supatmi tu kita pegang tapi ingat depa tak boleh buat pasport lain ka? Kalau tak, tak adalah beratus ribu PATI dalam Malaysia ni. So kat mana hak majikan yg teraniaya mcm aku ni? Dahla penat lelah duit kupang dekat RM6000 masa nak ambil tu hangus macam tu saja....kesian sangat kat hubby...tapi nak buat mcm mana, semua ni dugaan yang Allah nak bagi...nak tak nak kena terima dengan redha...

Alhamdulillah, masa jadi tu aku boleh terima dengan lpg dada walaupun terbit jugak ayaq mata bila tgk muka hubby...yalah, sblum ambik maid hari tu, aku dah reserved dah awal2 takut apa2 jadi....cuma sekarang ni kami tgh pikir jalan terbaik untuk teruskan hidup...kami mmg perlu pd maid sbb memudahkan hubby, ada orang uruskan aku di rumah,...cuma masalahnya, nak ambik maid sekali lagi adalah satu keputusan yg memerlukan persetujuan semua...susah nak buat keputusan,....susah, susah!


Monday, May 24, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN EFFA & RAZMIE

Alhamdulillah, semuanya sudah selesai....adik aku, Nur Hafifa Iswati bt Ishak selamat diijabkabulkan dengan Ahmad Razmie bin Abd Aziz pada pagi Sabtu 22 Mei dan sebelah petang diteruskan dengan majlis kenduri. Walaupun pada malamnya badan aku agak sakit-sakit, perut semakin membesar, susah nak lelap,dan bengkak di sekitar kaki dan tangan akibat steroid, Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk aku sama-sama meraikan majlis perkahwinan Ifa anak ketiga dalam famili. Bertambah lagi la menantu cikgu Akk dan cikgu Lily. 

Seronok dapat jumpa sanak saudara dan sahabat-sahabat yg datang sama-sama meraikan. Tetamu paling tak diduga tentulah sahabat dari jauh Husna dan Helmi sekeluarga. Thanks Una....pandai betul ko buat surprise. Terima kasih banyak2...Seronok sangat dapat jumpa dengan Eida dan Cik Tie, ex schoolmate yg dah berbelas thn tak jumpa sejak habih SPM...terubat rindu pada kawan2 sekolah. Sayang, cuma gambar tak sempat diambil...Thanks gak utk Che Dee, Dini n Jan, Puan Puteh, kak Ti Tmn Bakau, Ngah Mah, Ngah Jih,  kak Pah sekeluarga dan beberapa org ustazah dan cikgu, ustazah Sharqiah, Ustazah Aisyah dan cikgu Sabariah yg dtg menziarah. Pada kawan2 yg htr sms sbb tak dpt hadir tu, terima kasih atas ingatan. Panjang umur kita jumpa lagi. 
Walaupun dlm keadaan kesihatan yg tak mengizinkan dan penglihatan yg terbatas, terubat duka di hati dengan ingatan dan doa semua...terima kasih. Tak kurang juga ada yg datang mengalirkan air mata melihat keadaan aku...tapi aku dah biasa, orang hanya boleh melahirkan simpati tapi Allah jua yang mengetahui gelora di hati...Moga Allah terus beri kekuatan...Moga aku tergolong dalam kalangan orang yang sabar dan redha...Amin...

Sunday, May 9, 2010

Relapse lagi...

3 hari lepas. mata kiri aku blackout...sblum ni saraf mata kiri mmg rosak tp masih boleh lihat sedikit wpun blur...dalam keadaan tu, ku gagahi juga kaki ke sg. petani petang jumaat lepas...selain bertujuan nak release tension, aku berhajat nak jumpa seorang kenalan yg aku kenal dlm2 dok berblog ni..Kak Nik dan keluarga...Alhamdulillah, Allah permudahkann dn kami pun berjumpa..
blk sj aku terus e mail condition aku pd dr lim...opinion dia, aku relapse dan kena warded...skrg hubby tgh decide mcm mana...so sblum msk wad, aku tulis blog dulu wpun mata dah blur2 ni...Allah bg pinjam, skrg DIa dah ambik balik...mgkin lps ni agak sukar aku nak menulis dan membaca...doakan yg terbaik utk aku ya teman2 bloggers...doakan aku redha dengan  ujian ini walaupun sekiranya selepas ni aku kehilangan anugerah yg amat berharga ...Allah jua yg lebih mengetahui.....salam....

Thursday, May 6, 2010

Sebu sebal hati...

Pagi tadi bila bangun ja dari tido, dada rasa sebu sangat...rasa macam nak meraung! Bukannya tak pernah meraung tapi sebelum ni depan hubby saja, tak pernah lagi buat perangai depan seisi rumah...saja tak mau kecoh kecoh...muka nampak macam tak ada apa-apa padahal dlm hati Allah saja yang tahu...Semua orang dok mengeluh hal diri, masalah masing-masing...masalah kerja, masalah tu masalah ni...tapi kalaulah depa rasa apa yang aku rasa...sepatutunya mereka lebih bersyukur....

Dah dekat 365 hari ....rutin yg sama, harapan yang sama...

Tuesday, May 4, 2010

Ting....Tong!!!

Rasa-rasanya kita ni sebagai perempuan memang selalu agaknya pendam perasaan. Banyak sangat yang kita pendam. Bila marah, sakit hati, terasa hati, kecewa...kadang-kadang tak terluah dengan perkataan. Habis sangat pun air muka kita berubah. Tak ada mood. Tanya sepatah, jawab sepatah. Paling teruk pun, menangis sorang-sorang...meleleh ja air mata tu keluar. Yalah, kadang-kadang kita terasa hati dengan orang yang kita hormati, kita sayangi....nak cakap takut ada yang terasa. Cakap lebih-lebih kang dilabel derhaka, lagi naya. Apa boleh buat, pejam mata, telan air liur saja la lepas tu mengucap banyak-banyak. Sabar, sabar dan sabar....itu saja yang kita boleh buat. Lepas tu tulis dalam blog....hehehe.

P/S: Sangat lain macam intro aku hari ni....eemmm....

Tuesday, April 27, 2010

cerita semalam...

Petang semalam, dalam renyai-renyai hujan... aku, Afif, Hubby dan Pija adikku yang paling bongsu sempat meluangkan masa ke Pesta Buku Perlis. Tak banyak perubahan dari pesta buku tahun-tahun yg lepas cuma kali ni tempatnya lebih luas. Tak ada nama2 besar (publisher) yang datang, rata-rata cuma kedai buku aja yang involved. Cuma mungkin sudah tuah Afif, waktu nak masuk ke dewan 2020 tu, dia dipanggil ke kaunter urusetia. Ingatkan utk apa, rupanya dia pengunjung bertuah ke 26000..hehe...(mcm tak caya ja). Tersengih-sengih la anak bujang aku tu dapat hamper.

Dalam dok pusing-pusing tu, aku sambar la dua buah buku motivasi Nota Fikir untuk Zikir dan Murabbi Cinta (atas suggestion seorang sahabat) untuk menemani aku di kala boring.  Nak cari novel, tak ada yang berkenan  di hati tambahan pula booth untuk novel hanya satu.

Sejak akhir-akhir ni aku cuba mencari penawar untuk merawat hati...hati yang sarat, hati yang mulai keras, hati yang panas...hati yang kadang2 selalu lupa pada Pencipta-Nya. Lupa pada hikmah di sebalik musibah....ada rasa marah, kecewa, sedih ,sayu, pilu...semuanya bergaul menjadi satu.

Mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan dan mudah-mudahan aku dapat bertahan....

Friday, April 23, 2010

Celoteh Hari Jumaat....

Hari ni hari Jumaat. Bermakna sudah seminggu BIBIK ada kat umah aku ni. So far, Alhamdulillah. Walaupun pada mulanya pot, pet, pok ,pek gak isi rumah ni tapi aku buat tak tau je lah. Janji bibik tu rajin, mau buat kerja bila disuruh walaupun tak ada lah tip top mcm kita buat, sekurang-kurangnya membantu. Lama-lama pandaila tu....

Alhamdulillah, dapur pun kembali la berasap. Sepanjang bibik ada ni, aku dah masuk dapur kembali. Walaupun bukan air tangan aku, aku cuma monitor dan ajar ja dia masak,.......aku puas hati. Sekurang-kurangnya anak aku sekarang dah boleh demand makanan kegemarannya.

Hari pertama hari tu, aku ajar bibik buat Ayam Masak Kunyit Bersantan ataupun Poden panggil, Ayam Masak Kuning. Balik saja dari sekolah, terus saja dia tanya,"Hari ni mama masak apa?". Aku pun suruh la dia pi tengok bawah tudung saji kat dapur. Lepas tu terus saja dia datang peluk aku sambil sebut, "Terima kasih, mama".

Wah...macam iklan2 ja kan...hehe...tapi ini betul2, bukan lakonan. Seronok aku tengok Apih makan dengan penuh selera. Maklumlah, sejak mama dia sakit dah lbh setahun terlantar, hari-hari makan lauk kedai. Itupun kalau ada orang teringat nak beli lauk untuk dia....tu antara sebab yang Afif kena makan telur goreng dengan kicap "selalu selalu". Afif memang alergik dengan makanan pedas ni. Nampak ada cili sikit pun langsung dia tak mau makan. Itu sebab agaknya orang malas nak layan tekaknya...

Sekarang aku tengah tunggu hubby balik nak angkat aku naik wheelchair sorong ke dapur....bumbu2nya aku dah suruh bibik siapkan, tinggal lagi nak tumis dengan cara aku...hehe...hari ni aku buat masakan favourite hubby....Sambal Kicap Ayam...hehe, walla!

Saturday, April 17, 2010

Alahai anak omak....

Pagi ni abah Afif bangun awal drpd biasa (statement utk weekend jer..) sbb nak pegi mesyuarat agung PIBG sekolah Mat Apih...Si Afif tu pun sibuk la dok kejut abah dia bangun siap....prihatin sunggguh la anak mama ni, takut abah dia tak pegi mesyuarat sekolah dia tu...

Tengah2 mama dok breakfast, ada sms masuk...'Abis la kita. Poden periksa no 5...' Rupanya sms dari abah Poden. Mama senyum sampai ke telinga...heheh...Tak sangka betullah anak mama ni boleh tahan geliga gak otaknya...Sebelum peksa penggal hari tu, memang aku ada ayat kat dia...'kalau apih dpt no 1 smpai no 5 mama bg hadiah...lg sikit dpt, lg besar hadiah' ...tak sangka la pulak anak aku ni parking ngam-ngam dekat no 5...memang tak sangka pun, dok bajet kalau dia dpt no 15 ke bwh pun OK la tu sbb kelas dia dalam 34 org. Kira average pun tak pa lah...sbb dia masuk 2 minggu lmbt dr orang lain...

Alhamdulillah, syukur pada Allah...cuma untuk periksa penggal yg akan datang kenalah polish lagi B.Arab dengan B.I sbb dua subjek tu dia dpt B....

Apalah aku ni, anak baru darjah 1, baru periksa penggal satu pun dah kecoh....bukannya dapat best student sekolah pun....alah, anak mama ni lah sorang....permata hati mama ngan abah...tu lah namanya mak, sikit-sikit cerita anak...macamlah orang lain tak ada anak...hehe...jangan mare!! 


Thursday, April 15, 2010

Ada lagi....ingat dah habis

Hari ni aku breakfast pau ayam semalam yang keras kedekiang, nasib baik la intinya sedap...dengan segelas susu. Nak buat macam mana, kurang upaya....makan ajelah apa yg ada...nasib badanlah kan, ada orang dengan hari-hari malasnya....

Kenapa la pagi-pagi ni aku dibebelkan dengan perkara-perkara yg negatif aje...mentang-mentanglah maid nak sampai hari ni...tak kasi can,...siap warning dah, kalau tak perform 2,3 bln...hantar balik! Aikk...ni sapa yg bayar sapa nih...yalah, adat menumpang....macam tu lah...tak ada hak nak bersuara....OKU pulak tu!

Sampai bila la kita nak set kepala dengan benda2 negatif...buruk sangka...sampai bila nak habis...
Tak salah nak berjaga-jaga, tapi berpada-pada....
Buruk baik Allah dah atur...terima ajelah...


Wednesday, April 14, 2010

Senang sangat nak dapat pahala.....

Sambil dok kunyah2 roti berintikan telur hancur sebagai breakfast pg ni, aku terfikir-fikir perihal tanggungjawab sebagai seorang isteri...Perempuan ni sebenarnya mudah masuk syurga....Jaga solat, buat benda Allah suka, tinggal benda yang dilarang dan yang bestnye, kalau perempuan tu dah kawin...redha suami buat dia selamat kat akhirat nanti...tapi suami tu pulak kenalah yang berjenis...bukanlah jenis suami yang sama-sama ajak isteri book tiket ke Jahanam ( fuh!ayat..)

Cerita bab tanggungjwb, teringat aku pada satu kisah yang dikisahkan sendiri oleh anak dia pada aku....ada sorang mak cik ni...sampai sekarang dok mengungkit hal2 yang lepas seolah-olah dia tak redha dengan apa yang Allah tentukan pada dia..dia pernah bermadu...Ayahnya pun bukanlah zalim sangat sampai mengabaikan tanggungjawab cuma adalah termiss sekali dua....hidupnya masa bermadu mmglah menyakitkan...tapi skrg madunya dah dijemput Ilahi...Pun kata anak maknya masih mengungkit-ngungkit...tapi bukan di depan ayahnya, di belakang...disuruh buat kopi pun mengeluh...masak jauh sekali, selalunya beli...Ada juga anak dia bertanya, " Mak ni dok kata-kata kat bapak....tapi mak  ni dok sembahyang, mengaji...." Awat...biaq pi kat
aku la...awat takut masuk neraka?...terkedu kejap anak nak menjawab...anak dia kata lagi kat aku, la ni Allah dah bagi peluang mak ngan bapak dia perbaik balik silap yg lepas...gunakanlah masa emas ni untuk tmbh amal ibadat sama-sama, umur pun bukan panjang lagi... bukannya dok kenang dendam yang tak sudah....

Sedih gak bila dengar....macam orang yg sihat, Allah bagi peluang nak buat amal banyak...buat baik pada isteri dpt pahala, buat baik pada suami dapat pahala, buat baik pada anak dapat pahala...tak payah susah-susah nak kena berperang br nak dapat pahala...

Kalau Allah dah tarik nikmat macam aku ni, baru rasa menyesal...sedih tau bila hubby bangun pagi-pagi nak kerja...cari stokin tak jumpa, cari seluar tak jumpa....padahal dulu aku yg dok siapkan semua tu....rasa nak mengesot ja pi tolong cari....bila hubby balik nak makan, tapi tak dak makanan..dulu asal dia balik keja ja tak pernah aku biar bwh tudung saji kosong melainkan kalau dah plan mkn luar....tapi nak buat macam mana, tak dak daya....Allah punya kuasa....

Senang sangat nak tambah pahala, tinggal kita nak buat atau tak saja...

Mintak-mintak kita semua berada dalam rahmat Allah Taala...sama-sama dapat masuk syurga, Ameen...






Tuesday, April 6, 2010

mood tak sihat...

Hari ni masih dalam mood tak sihat....Dah dua, tiga malam tak dapat tidur...Badan kejung semacam...Sakit sangat! Dapat hadiah birthday dari my best buddy, Intan pagi semalam....novel baru kak NB, Layang-Layang Bertali Kaca... siap dengan signature sekali...memanglah seronok tapi dok sibuk melayan kesakitan ni...keterujaan pun hilang....Pegang keypad pun jari kebas-kebas saja. 
Kelmarin dada sesak...susah nak bernafas. Perut rasa cekang semacam...Badan pulak, sejak kena relapse 3, 4 kali thn lepas....asyik keluar masuk hospital, disumbat dengan steroid...tak mau turun-turun, agaknya dah dekat 80 kg dah...rasa sesak dada...memanglah mood betul-betul tak sihat... 

Friday, April 2, 2010

Terimalah kenyataan....Ayu...

Hari ini aku dikejutkan dengan berita pelawak Din Beramboi meninggal dunia di usia 44 tahun.  Apa yang nak dihairankan. Ajal maut di tangan Allah. Cuma cara kematiannya agak mengejutkan. Rapuhnya nyawa  manusia...Bila-bila masa kalau Allah kehendaki, tidak dapat tidak seminitpun kita tak boleh halang. Aku cuba bayangkan kalaulah aku berada di tempatnya, bersediakah aku? Apakah cukup amalan yang nak dibawa bersama?

Sekurang- kurangnya sekarang Allah beri aku sakit. Ingatan kepada mati. Sepatutnya aku bersyukur dan melipat gandakan amalan. Jangan selalu mengeIuh dan menyalahkan takdir. Kadang-kadang aku hilang kawalan emosi, aku mohon perkara yang tidak sepatutnya. Aku mohon Allah tamatkan penderitaan aku ni padahal ada orang lain yang hidupnya lebih teruk diuji tetapi tetap yakin pada ketentuan Allah...

Terimalah kenyataan, Ayu. Berusahalah menjadi hamba Allah yang berlapang dada dan sentiasa yakin setiap dugaan yang Allah beri ada hikmah yang tersembunyi baik di dunia mahupun di akhirat...jadilah hamba Allah yang bersyukur dengan setiap nikmat....sabar dan redha....berusahalah....Ayu. Yakin pada Allah, serah pada Allah...Mampukah aku? InsyaAllah....

Tuesday, March 30, 2010

Ekspresi di usia 31....

Tinggal beberapa hari saja lagi usiaku akan menginjak 31 tahun. Rasa diri semakin tua. Tambahan pula dalam keadaan aku yang  begini. Masih terlantar dan mengharap bantuan orang lain untuk menjalani hidup. Rasa hidup aku kurang bermakna. Dulu aku selalu merancang perjalanan hidup aku. 
Umur 24...kawin.... 25 ada anak....26....grad MBA....27...bina kerjaya dan tambah ahli keluarga.....30....smbg PHD....32..tambah family lg......35....pegi haji....dan sebagainya....

Di saat usia aku yg ke 27, saat aku baru nak membina kerjaya sebagai pensyarah yg sgt aku cintai, di saat aku nak menambah zuriat yg memang lama aku hajati...dugaan yang tak pernah diduga terjadi padaku....Itulah orang kata...Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan....kenapa aku ? Kenapa tidak orang lain,... hanya Allah yang mengetahui....Aku terpaksa berhenti kerja sebagai pensyarah dan kandungan ku yang berusia hampir 5 bulan juga terpaksa dibuang....Biarpun sudah hampir 3 thn berlalu, kesannya masih terasa...kita sering kali mengenangkan dugaan yang Allah berikan pada kita...Kita seringkali berkeluh kesah...Apakah tiada langsung kebaikan yang Allah beri di sebalik dugaan ini?

Kalau aku renungkan kembali...Ayu di usia 31 tahun....Alhamdulillah, aku ada seorang anak  penyejuk mata dan  sang suami yang setia menemani aku saat suka dan duka....Sepatutnya aku harus bersyukur kerana diberi kesihatan dan pemikiran yang baik walaupun aku masih terlantar di sini....masih mampu bercakap, ketawa dan meluahkan apa yang aku rasa....kalau nak dibandingkan dengan nasib orang lain yang hanya mampu memandang tanpa berkata apa-apa, aku dikira bertuah... Bertuahkah aku?

Sepatutnya aku harus redha pada ketentuannya dan percaya setiap apa yang terjadi ada hikmahnya....tapi aku hanyalah manusia biasa....sentiasa bertanya bila?...bila dan bila...? Entahlah...tiada siapa yang boleh menjawabnya....

Di saat ini, aku hanya mampu berharap moga Allah makbulkan doa....berharap dan terus berdoa...tak pasti sampai bila....adakah aku  sedang berputus asa?...entahlah....

Friday, March 26, 2010

Cerita Dari KL....

Last week, dekat-dekat cuti sekolah dah nak sampai ke penghujung...aku dan family ke KL sebab nak berubat. Berubat cara tradisional dengan seorang Dr dari Terengganu. Aku berubat di sebelah malam, jadi siang tu  dipenuhi dengan aktiviti merehatkan diri di samping berjalan-jalan sekitar KL cari makan. Time nak cari makan ni yang susah ni...aku mmg peminat rancangan JJCM ni pun boleh tak tau nak mkn kat mana. Hubby selalu kata,"kata bnyk sgt tmpt makan, tapi bila time nak makan tak tau kat mana....apa yg mama tgk..?

Hari pertama kami di rumah adik di Bdr Sunway, kami dah berkira-kira nak lunch kat mana...selak2 buku Rasa, adalah satu kopitiam area USJ...sejak isu kopitiam tak ada sijil halal ni, kami memang jaga2, pilih kopitiam yang owner melayu ja...fast food mmg bnyk tapi dah lama tak makan...boikot punya pasal smpai skrg tak makan...dah dekat setahun lbh...harap2 berterusan, InsyaAllah. Pusing punya pusing, siap guna GPS tu cari Geylang Kopitiam...tak jumpa. Lama sgt cari punya cari....kami decide nak makan kat Shah Alam jer. Senang sebab dah biasa. Kami pun lunch kat Restoran Soto Seksyen 8, Shah Alam. Tempat aku dan hubby selalu lunch time balik kelas dulu. Lauk pauk toksah cakap, penuh meja. Rambang mata. Harga pun OK. Bukan main suka mama aku dapat makan tempoyak dengan masak lemak telur itik. Selera nogori lah katakan....

Hari kedua, kami plan nak makan kat Natrabu Minang Kg Baru, KL. Bukannya tak ada tempat lain tapi kalau masakan ala2 seafood atau Thai ni memang dah muak. Kat Perlih dah selalu makan. Maklumlah, dekat dengan sempadan. Lagi murah dari sini.... Restoran Natrabu ni saji makanan ala2 padang gitu...Aku dah 2x makan kat sini...Sekali lg khidmat GPS diperlukan. Ikut punya ikut...dah sampai. Tapi malangnya restoran tu dah ditutup...hehe...kesian. Restoran arab yg take over...Tak tau nak pegi mana, kami pun jalan lagi....

Lalu dekat dengan KLCC, kami decide nak try makan kat Saloma Bistro Theatre Restaurant. Tempatnya OK. Banyak la Mat Salih makan kat situ. Memang restoran berkonsepkan tourism pun. Dekat dengan Matic. Malas nak makan nasi, kami plan nak order ala carte je. Kecuali mama ngan abah yang order nasi hidang. Presentation of the food Ok tapi bila makan...indah khabar dari rupa. Mee goreng yg aku order sedap tapi masin. Sandwich Tuna yg apih order keras kedekiang kata org Perlih. Afif memang penggemar sandwich. Tak kira lunch ke dinner kalau kat restoran, mesti order sandwich. 

Esoknya hari Isnin, kami check- in di Hotel De Palma Ampang untuk berubat selama 2 hari. Niat di hati nak ke PWTC...dah dekat dah, boleh borong buku tapi tu lah...kita rancang jer, Allah yg tentukan...tak ada rezeki..
Masa lunch kat Restoran Saloma sempat la adik snap beberapa gambar....so, layan...




Wednesday, March 24, 2010

Bila anak bertanya...

Dalam perjalanan pulang dari fisio tadi, hubby berhenti solat di sebuah masjid kat Jitra. Tinggallah aku dengan Afif dalam kereta menunggu hubby dan adik lelaki aku selesai solat. Afif ni jenis budak yang kuat bertanya dan suka bersembang. Tengah kami makan2 biskut, dia pun tanya. Bersoal jawab la dua beranak tu dalam loghat Perlih ...
"Mama, pompuan boleh jadi imam kat masjid dak? Aku pun jawab, " Tak boleh..."
"Ooo...laki saja buleh, awat? Dia tanya lagi.
"Allah dah tulih tak buleh...(Jawapan mudah, tak mau bagi dia tanya banyak) 
"Apih boleh jadi imam?
"Tak boleh lagi...Apih kecik lagi.
"Bila buleh? Bila Apih dah keja? Dia tanya lagi...
"Dak, bila Apih dah baligh.
"Oooo... baligh tu apa mama? Alamak, dia dah start dah. Apa aku nak jawab ni.... 
"Baligh tu maksudnya bila Apih dah boleh kawin..."alamak betui ka aku jawab ni...
"Pak ndak dah boleh kawin? Pulak, dia merujuk pada adik aku yang baru umur 18...yalah, kadang-kadang Apih solat berimamkan Pak Ndaknya...
"Emmm, boleh....." aku jawab.
"Awat Pak Ndak tak kawin? 
"Kena keja dulu, ada duit dulu baru boleh kawin.
"Berapa duit nak kawin? 
"Banyak....
"Banyak tu berapa? 
"Dalam 10 ribu...kena bagi duit kat pompuan, kena kenduri..."saja ja aku bagitau macam tu supaya dia berhenti sembang pasal topik tu. 
"Kalau murah lagi tak dak ka?  Dia tanya lagi
"Ada... tapi tak payah buat kenduri la...
"Haa,.. tak payah buat kenduri la...murah sikit
"Eh, kalau tak buat kenduri pun,...Apih kena bagi duit kat pompuan gak...mcm mak lang nak kawin ni, pak lang bagi duit kt mak lang...." hish... aku pulak yang terbawak-bawak...
"Oooo...Apih ingat dalam 2 ribu ja..."Lepas tu dia terus diam sambil main permainan dia...
Selamat la mama dia dari menjawab soalan dia yang ntah apa-apa ntah....
Pergh...cakap macam pandai-pandai ja...dia ingat ada anak dara orang mau kat dia kalau belanja takat 2 ribu? Hai la anak...

Monday, March 15, 2010

Payah...payah...

Rupanya bukan mudah nak ambik Pembantu Rumah Asing (PRA). Macam-macam prosedur yang kena lalui. Borang pula toksah cakap. Penat nak isi. Ditambah pulak, kalaulah PRA tu datang dengan menimbulkan masalah. Lagi haru...
 
Sebenarnya aku dalam proses nak mengambil PRA ni. Susah....Susah bukan disebabkan prosedur ni tapi susah dari segi nak mendapatkan persetujuan seisi rumah. Maklumlah, aku kan duduk ngan famili. Macam-macam tohmahan yang telinga ni kena dengar. Belum sampai pun PRA tu kat sini, benda-benda negatif ja yg hinggap kat telinga aku. Aku pulak bukannya boleh simpan dalam hati. Tambah-tambah dalam keadaan aku yang kurang upaya ni...semuanya aku luahkan pada suami. 
 
Idea nak ambik PRA ni datang daripada suami. Dia kesian tengok aku yang kadang tak terurus, lambat nak diurus dan susah nak ke mana-mana. Bukan dia nak mengelak dari tanggungjawab tapi dia ada tanggungjawab lain. Kadang-kadang tengah kerja, terpaksa la dia balik kejap utk uruskan aku  ( bila time aku dah sebek2, emo2....x ada sapa pesahkan aku)....nasib baik la ofis dia dekat dan bos dia memahami...aku tau orang lain penat uruskan umah, sbb tu kena ada orang bantu....sampai bila dia nak lari sana, lari sini...Tu pun besar rahmat la dia nak jaga aku....kalau dia fed-up, dia yg lari...kalau dia bwk aku ngan afif lari sama tak pa la, tapi kalau dia lari sorang-sorang....baru padan dengan muka semua orang....nauzubillah...
 
Aku cuma takut hubby terasa...yalah, cadangan dia org amik acuh tak acuh., mulut kata OK tapi belakang kata macam-macam.....sekurang-kurangnya bagilah sokongan....kami bukan mintak duit pun....kalau nak ikut kami pun tak mampu nak ambik PRA, gaji pun cukup-cukup...ubat aku lagi, barang2 keperluan lagi...tapi sekurang-kurangnya cubalah berfikir cara rasional kebaikan ada PRA...dapat sama-sama meringankan beban...
Ikhlas cakap, aku memang terasa...terasa hati....aku tau, kalaulah PRA tu jd dtg lepas tu buat perangai, kena la aku tadah telinga...

Memanglah takut pun ada...dengan bermacam-macam kes pasal PRA ni sekarang...kalau ikut hati, aku pun tak mau tapi nak buat macam mana....berdoa ajelah moga dipermudahkan Allah, moga Allah makbulkan doa aku utk dpt PRA yg elok...supaya tak timbul lg kontroversi di kemudian hari..
 
P/S: sori la kalau entry ni emo sikit....memang emo pun...







Thursday, March 11, 2010

Kerusi...kursiyun, bilik darjah....faslun, pintu....

Salam pukul 10, hari Khamis.
Hari ni result SPM keluar. Berdebar-debar nak tunggu result satu-satunya waris dlm family aku, adik aku Haeqal, anak buah aku Hanim dan dua orang sepupu aku, Dik Wan n Nadiah. Harap2 result diorang OK. Seronok kan imbau balik zaman2 ambik result SPM...aku dulu bukanlah pelajar yang cemerlang sangat, sederhana ja...tapi Alhamdulillah, dpt gak masuk U.

Kelmarin masa dlm perjalanan ke Fisio di Alor Setar, hubby tanya,
" Apa la yg excited sangat pasal result SPM ni...? 
" Yalah , kalau abang ( panggilan utk adik lelaki aku) dpt bnyk A ke, mestilah mama ngan abah bangga...
   satu -satunya anak lelaki dia berjaya dalam pelajaran," aku jawab.
" Biasa-biasa je lah, kenapa nak lebih-lebih lak,'' time dia pulak balas.
" Alah bukan time anak kita, memanglah... hari tu Afif dpt masuk darjah satu pun dah seronok tak 
  sangga- sangga...'selamba ja aku  jawab. Hehe...dan dan tu hubby aku sengih...

Bercakap pasal exam ni, hari ni hari ketiga Afif periksa penggal. Hari ni kertas BI dengan BA. Kelmarin subjek Math dengan Sains. Kalau tengok perkembangan pelajaran dia, dia ni memang kurang  berminat sikit dalam BI ni nak dibandingkan dengan Math. Tapi, aku tetap bersyukur  setakat ni  pembelajarannya tak ada masalah. Cuma dia mungkin ada masalah sikit dengan Bahasa Arab. Semalam sempat gak aku ulangkaji Bahasa Arab dengan Afif.
Selepas selesai mengeja dan menulis, aku pun mula menguji ingatan dia terhadap apa yang dihafalnya.
" Ni gambar apa?
 Lama dia pikir. Aku pun bagilah hint.
" Mula dgn huruf Kaf...Ku,"
" Kursiyun - kerusi " Afif jawab
" Ni....mula dgn Fa,"
" Faslun - bilik darjah"
" Ni...ba.."
" Babun- pintu'
Tapi pagi ni sebelum ke sekolah, aku dgr dia dgn pak ndaknya menghafal....
Kerusi- kursiyun, bilik darjah - faslun, lima-  hamsatun, pintu-.....lama sikit baru dia jawab...ahmad albab, tergelak aku dan hubby bila dengar jawapan dia...hahaha...memanglah Poden ni buat lawak pagi-pagi ni....





Wednesday, March 3, 2010

Anakku Poden.....

Mata tengah layan Na O Mei, tapi teringin nak cerita pasal my only son....Afif. Tiap-tiap hari pegi sekolah, keluar rumah sblum 7.30 sbb loceng bunyi 7.50 pg. Petang balik pkl 4,tapi kalau abah dia bawak pegi opis, sampailah umah dlm pkl 6 lbh sikit gitu...Baju sekolah toksah cakapla, macam belacan. Kesian kat Tok nak tonyoh hari-hari.Kotornya tak tau nak cakap. Macam dalam iklan Fab pulak. Peginya putih bersih, balik baju dah tak nampak putihnya. Bila sampai jer, terusla melepek...penat. Tapi sebelum dia tido kejap ataupun main game dia akan kata,"Malam ni kita tengok kerja sekolah dengan jadual Afif, na mama?".
Itulah kerja mama dia hari-hari. Tengok jadual esok, susun buku nak bawak dan tengok homework dia. Lepas solat Maghrib dengan abah dia, mai la menepek kat mama buat homework. Tapi sejak sekolah ni, dia rajin buat homework. Takut cikgu marah especially cikgu Math. Yalah, masuk kelas bawak rotan, mana budak2 tak takut.
Afif kata, "Cikgu Matematik cikgu yang paling garang dalam dunia..." Tapi bila tanya nama cikgu, satu pun dia tak tahu...hehe...

Hari ni dah 2 hari dia dok umah...demam, batuk, selsema...Isnin depan dah mula periksa penggal pertama....saja ja cakap kat dia, kalau dapat no 1-5, mama bagi hadiah....hehe, tak dapat pun takpa...buat yang mampu...asalkan anak mama ni jadi anak yang membahagiakan mama dan abah, anak yang soleh...Alhamdulillah.

Aksi Apih Poden dengan baju sekolah....hehe, kedut seribu sbb time ni baru beli...saja nak posing2...hehe...

Sunday, February 28, 2010

Cucu-cucu Opah dan Wan....

Selalunya aku upload gambar-gambar Afif dan mak2 sedara memandangkan Afif@Afifi@Poden@Mat Apih@Apih ataupun kadang2 aku panggil Imran (bila time aku nak sound dia dgn serius).....adalah cucu sulung Tok dan Chak dlm family aku....sebab tu dia manja lebek...
Tapi hakikatnya, di sebelah hubby aku, Afif merupakan cucu Opah dan Wan yang ke 5...dan sekarang Afif ada 12 orang sepupu sepapat....so bila kami balik sekali sekala memang meriah sbbnya hubby anak paling bongsu dan paling jauh duduk dr family...kakak2 dan abang2 memang dok area KL dan Shah Alam...kali ni aku nak share gambar2 Afif dengan sepupu2nya...bila cuti ja, mesti asyik tanya, bila nak balik umah opah...yalah seronok ramai geng...
 
Banyak juga percutian family yg kami tak dpt join sbb jauh...lebih2 lagi sekarang aku dah tak macam dulu...tapi diorang selalu datang tengok kami kalau ada kelapangan...terubatlah rindu Afif pada sepupu2nya...Tak apalah Nak, nanti kalau abah cuti, mama sihat n Afif pun cuti, kita balik umah opah ngan wan ye...layan gambar....

Friday, February 26, 2010

Harapan Sirna....

SALAM MAULIDUR RASUL

Semalam kami ke hospital Penang utk mendapatkan pandangan seorang Dr Pakar dari hospital swasta berkenaan dengan rawatan yang akan aku ambil seperti yang aku ceritakan dalam entry yang lepas. Bukanlah menidakkan cadangan Dr Lim, Dr yang merawat aku tapi sengaja nak mendengar second opinion dari pakar neurologi yang lebih senior. Manalah tau, mungkin rawatannya agak berlainan dan tidak memerlukan aku mengambil ubat utk pesakit kanser. Tapi mengikut perbincangan aku dan suami dengan Dr Samuel,  seorang  pakar Neuro yang dah bersara tapi masih aktif melakukan kerja2 amal....Malaysia memang tiada pakar yang khusus untuk penyakit MS (Multiple Sclerosis) sementelah penyakit ini adalah amat jarang  dijumpai dan rawatan yang digunakan adalah sama, baik di hospital kerajaan ataupun swasta.

Kata Dr Samuel lagi, kalau aku nak yang terbaik, terpaksa mendapatkan rawatan ke luar negara tapi mungkin kosnya agak tinggi. Dia juga menasihatkan aku supaya aku tangguhkan hasrat untuk mengggunakan Rituximab@Mitoxantrone yang dicadangkan oleh Dr Lim memandangkan sejak aku diserang relapse yg terakhir 6 bln lepas, sehingga kini tiada lagi major relapse walaupun keadaan aku tidak berubah, katanya walaupun ubat yang aku gunakan kurang berfungsi, sekurang-kurangnya tiada serangan saraf yang teruk buat masa ini....sekiranya dalam 2,3 bulan seterusnya aku diserang lagi dan keadaannya makin teruk, baru dia nasihatkan aku supaya guna jalan yang terakhir tu...Menurut Dr Samuel, risiko menggunakan ubat Rituximab@Mitoxantrone amat tinggi sehingga boleh menyebabkan kegagalan jantung berfungsi dan tiada bukti yang mengatakan pesakit MS boleh pulih...hanya sebagai penghalang utk relapse lagi...

Kali ini aku dan suami pasrah...kami masih memikirkan jalan yang terbaik dan aku akan terus berdoa dan berharap... Moga satu hari nanti, doa, rintihan dan tangisan aku akan didengari dan Allah akan memakbulkan doa aku...Masih mengharap,  Ya Allah....Masih....



Tuesday, February 23, 2010

Jalan-jalan...raya cina....

Gambar-gambar yang tak berapa professional yang diambil dari kamera HP masa cuti2 raya cina hari tu. Walaupun dlm keadaan yang tak sempurna, dptlah juga bwk Poden tgk lampu kat i-city, main2 kat Jusco , jalan2 dan lepak hotel walaupun pool dia kecik...asalkan anak seronok, dah cukup menggembirakan aku. Cuma ada beberapa gambar tak sempat nak ambik, termasuklah gambar Afif main dgn Hadif. Mama-mama asyik bersembang, langsung lupa nak bergambar....balik ja dari Shah Alam, Mak Ngah Apih ajak lak makan ikan bakar kat Kola...maklumla orang mengidam...tapi gambar makanan tak sempat nak snap memandangkan bila sampai ja lauk, kami terus balun tanpa bagi can...hehe...layan gambar.

Thursday, February 11, 2010

HOPE FLOATS...

Hajat di hati nak cerita pasal my only and beloved son, Afif ....pasal hari-hari dia di sekolah...Tapi sejak dua , tiga hari ni badan rasa tak sedap. Panas sejuk, panas sejuk, kepala sakit sangat, kaki dan tangan kejap2 mengeras, kadang-kadang cramp. Risau takut relapse lagi. Sebenarnya, aku dalam proses memikirkan tawaran doktor Lim untuk menggunakan ubat Mitoxantrone. Sejenis ubat yg digunakan untuk merawat pesakit kanser terutamanya  metastatic breast cancer, acute myeloid leukimia dan sebagainya. Kesan yang mungkin akan aku hadapi bila aku mula guna ubat ini ialah selsema, muntah-muntah, hair loss, sistem pertahanan diri lemah dan paling teruk sekali akan membawa kepada heart damage/failure. Tapi ajal maut di tangan Allah. Mana tahu ianya berkesan untuk aku...kalaupun tak, aku kena Redha.

What to do? Life must go on...Itu aje jalan penyelesaiannya. Walaupun ubat ni is not for cure, tapi sekurangnya kalau ia berjaya...aku ada peluang back on track as a mother and a devoted wife to my family. Walaupun chances aku akan relapse lagi tetap ada, sekurang-kurangnya bolehlah aku berjalan semula untuk beberapa tahun...hopefully. Hope floats...

p/s: Masih mengharap, Ya Allah...

Monday, February 8, 2010

Layan Retro...

TERBANG HELANG

Di angkasa nan luas
Terbang Sang Helang bebas
Melebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Membelahi angkasa
Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau endah
Mengganas kau di angkasa

Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa 
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya...

Di angkasa nan luas
Terbang Sang Helang bebas
Melebarkan sayapnya
Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri
Nanti lemas sendiri...
p/s : Lagu retro nyanyian Datuk Pah...mula-mula dengar masa Hari Konvokesyen Diploma 10 thn dulu...live band dari UiTM...terus melekat di hati Hubby sampaila sekarang...lagu sedap, lirik pun best...me and Hubby memang suka retro2 ni...maklumla dah tuo...hehe...dalam makna lagu ni....layan....



Thursday, February 4, 2010

Only Allah knows...

Tadi aku baru jengok email2 lama dlm box. Sejak ada blog ni, amat jarang-jarang sekali aku check email. Kadang-kadang sampai sebulan barulah aku jengah tengok. Dalam tengah meng'delete' email2 lama, ada satu email yang aku dapat dr MS SUPPORT GROUP. Sad to hear that, Mr Patrick Theng had passed away this early January. Dan aku juga dapat tau, seorang lagi member of this group, Ms Lee juga dah meninggal last December. Mr Patrick Theng, ataupun aku panggil Theng aje merupakan pengasas persatuan ni. Dia di antara orang pertama yang dapat penyakit MS ni...agaknya adalah dalam 8 thn lebih sebelum dc dpt ubat utk mengurangkan relapse atau serangan semula penyakit ni. Masa ada gathering utk MS patients dan launching ceremony, dia tak hadir sebab time tu dia kena relapse dan ditahan di wad.

Walaupun dalam groups ni, lebih kurang 20 org, semuanya non-muslims dan hanya aku jer Melayu Islam....the groups had been very helpful terutama sekali Theng ni. Sedih sangat sebab  dia ni memang seorang yang sangat supportive, positive and encouraging to other MS patients including me. Sayang kan, dia ni Cina. Kalau masuk Islam mesti banyak pahala dia dapat sebab tolong orang.

Macam tu lah sakit MS ataupun Multiple Sclerosis. MS will cause the patients be weaker, but not death. Tapi kalau badan dah lemah, macam-macam penyakit boleh singgah dan boleh menyebabkan maut...Sad to know but it's a truth...What will happen to me, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui....

 
Masa hari launching MS Support Group...gambar kami satu famili x ade sebab dah balik. Lgpun event ni kat Penang...diorang semua dekat2 tu je, aku yg kena berkejar balik Perlis...Baju kurung biru yg duduk tu la dc yang incharge aku, Dr. Looi Irene. Sorang lagi dc yang bnyk sgt tolong aku ialah Dr Lim Thien Thien (berdiri, 2 dari kanan). Kedua- duanya Pakar Neurologi di GH Penang. Kenapa kat Penang....sebab di sebelah Utara ni, Penang saja yang ada Pakar...hospital lain x ade.

Tuesday, February 2, 2010

Perihal Kawan dan Sahabat.....

Bila kita bercerita tentang asam garam dalam mengenali kawan dan mencari sahabat, semestinya banyak benda pahit manis yang kita lalui. Ada kawan yang boleh diharap dan ada kawan yang sekadar bermanis muka di hadapan kita kerana kepentingan lain tapi hakikatnya ibarat api dalam sekam. Macam-macam ada...

Sepanjang aku berkawan, bermacam2 jenis kawan yang aku jumpa. Dari zaman kanak2, lepas tu time sekolah rendah , masuk pulak ke alam sekolah menengah, jumpa pulak masa di universiti hinggalah sekarang umur aku dah menginjak ke 31 tahun. Aku sebenarnya suka berkawan. Kalau boleh, aku nak jadi kawan baik pada semua orang. Tapi itu adalah mustahil. Perangai dan pe'el seseorang amatllah berlainan. Kadang2 seseorang tu boleh kita jadikan kawan tapi bukan sahabat....


Masa aku di sekolah rendah, aku ada ramai kawan dan kebanyakkannya adalah anak askar. Maklumlah, sekolah kampung. Betul-betul dekat kem. Pada aku zaman sekolah rendah adalah zaman yang amat dirindui. Aku ada ramai kawan. Dari anak cikgu hinggalah ke anak orang buat bendang. Aku pun Tok dengan Cak yang bela waktu tu. Satu kampung kenal. Semuanya baik-baik belaka. Maklumlah, budak-budak ni seronok nak berkawan. Tak ada niat nak caras sesama sendiri. Seingat aku, ada seorang anak askar ni. Namanya Marlinawati. Ada seorang lagi. Harnany namanya. Kalau tak silap aku ,ayah dia buat kerja kampung. Rajin  dan baik budaknya. Selalu pinjamkan nota bila aku tak hadir ke sekolah. Aku rapat dengan mereka ni tapi bila masing2 dah ke sekolah menengah...kami pun lost contact. Lagipun anak askar kan selalu berpindah randah. Aku pulak bila naik sekolah menengah, dah tak duduk di kampung lagi.


Bila aku ke sekolah menengah, macam-macam pe'el kawan yang aku jumpa. Pergaulan aku di sekolah menengah lebih luas dan lebih ramai kawan. Aku mengaku, aku seorang yang cepat mesra dalam berkawan. Kadang-kadang, baru berbual sejam dua, aku dah rasa dia kawan yang baik. Nak rapat dengannya, nak share everythinglah....Dulu, aku tak ada istilah reservedkan diri aku untuk berkawan. Semuanya aku followed janji tak mempengaruhi aku melakukan perkara yang melampaui batas. Agaknya, sebab tu aku cepat terluka.... Keadaan persekitaran sekolah yang semuanya perempuan kadangkala mencetuskan kumpulan yang berpuak-puak. Tapi aku tak ambik port sangat pasal tu sebab aku kawan dengan semua orang...kejap-kejap dengan orang ni, kejap-kejap dengan geng ni....tapi dalam waktu ni aku jumpa seorang sahabat.


Rasanya kalau budak2 sekolah menengah aku dulu baca ni, mesti depa boleh teka siapa. Kat mana ada dia, kat situlah ada aku. Kami memang rapat antara satu dengan lain. Macam kembar. Dari sekolah hinggalah ke universiti, persahabatan kami tak pernah putus. Walaupun resultnya 2x ganda bagus dari aku dan dia dapat masuk U, aku pula masuk ITM saja (dulu)...itu tak memutuskan hubungan kami....Cuma bila masing2 dah berumahtangga dan menghadapi dugaan masing-masing, hubungan tu makin renggang...she's no longer my bestfriend...aku pun tak tahu kenapa. Seingat aku, bila dia ada masalah rumahtangga...aku sentiasa bertanya khabar dan berkongsi kesedihan. Saat dia melahirkan dan rasa tertekan, aku sering menitipkan doa dan kata2 semangat dalam SMS. Saat anaknya ditahan di wad, bergegas aku ke hospital menenangkannya. Aku sering bertanya khabar melalui telefon ataupun sms biarpun dia jarang-jarang sekali melakukannya...Mungkin kedengaran macam aku ni mengharapkan something in returns dalam friendship, tapi di saat aku memerlukan sokongan teman-teman, di manakah mereka? Adakah aku ni jenis yang suka mengungkit kebaikan sendiri pada orang lain? Aku teringin sekali berbaik sangka pada semua orang....mungkin dia ada masalah sendiri, sibuk, tak nak ganggu life orang tapi salahkah sekadar menghantar sms dan telefon kalaupun terlampau sibuk untuk menjengok...Mungkin dugaan dalam hidupnya yang menyebabkan dia menjauhkan diri...

Di UiTM menemukan aku dengan ramai kawan-kawan. Walaupun aku ada terjumpa dengan spesies yang bermuka-muka, baik ada makna....aku tetap berkawan dengan mereka biarpun kali ni, aku terluka lagi...Dan di sini juga aku bertemu dengan kawan-kawan terbaik yang boleh aku anggap sebagai sahabat.

Walaupun pertemuan kita (aku dan ko) hanya untuk satu semester, persahabatan kita tetap bertahan hingga hari ini dan aku doakan semoga ianya berkekalan. Aku pun heran, kawan baik dari kecik tapi bila besar dah tak ngam...tapi ko aku jumpa satu sems ja...boleh long lasting sampai hari ni...agaknya sebab every cuti sems aku banyak makan nasi kat umah Cik Yah kut, terus jadi anak...wakaka...Thanks Intan.

Dan untuk ko, walaupun dulu aku pernah gak la kecik hati dengan ko pasal bertunang tak bagitau aku....hehe, ko tetap la sahabat aku yang walaupun sekejap timbul sekejap tenggelam yang amat dekat di hati aku. Tima kasihla jadi best buddy aku waktu kat UiTM dulu hinggalah sekarang....Thanks Una.

I' m gonna love you till the end
I'm gonna be your very true friend
I'm gonna share your ups and down
I'm gonna be around you.....

P/S : Terima kasih untuk semua kawan-kawan yang mengambil berat biarpun tak bergelar sahabat., hanya Allah yang dapat membalas...dan untuk teman terulung...tentulah suami tercinta,...dialah segala-galanya. Thank you my love...

Wednesday, January 27, 2010

Dunia punya cerita....

Hehe...ni kalau hubby baca ni, mesti dia kata... mama ni terbawak-bawak la...bukan la nak ambik port sangat tapi kalau dah cerita tu jadi headlines paper untuk hari tu...tak banyak sikit pun mesti tau jugak. Pasal apa lagi kalau bukan pasal si radio announcer dengan 'teman tapi mesra' dia tu. Malas nak sebut nama tapi cerita depa ni dah meleret-leret sangat...lepas satu, satu...bila nak habis...sampaikan nak kena rujuk pada pakar agama pulak...padahal kita ni banyak lagi masalah besar yang nak kena handle dan ambik lebih perhatian...contohnya, bila perang di Gaza akan berakhir, gempa bumi di Haiti ka ataupun isu-isu semasa dalam Malaysia sendiri yang tak pernah habis....Itu belum lagi kahwin dah saman menyaman...Esok kalau dah masuk mahkamah, satu-satu cerita dalam dan luar kain keluar...Baru semua orang tahu...

Itu baru mahkamah dunia....akhirat esok lagi dahsyat....satu-satu Allah buka amalan kita...kebaikan atau keburukan yang kita buat akan terpampang satu persatu biarpun sekecil hama...waktu ni bukan mulut yang do the talking... tapi anggota badan yang lain...harap-harap hidup kita di dunia diakhiri dengan Husnul Khatimah....Amin.

p/s: saja-saja tukar topik...asyik-asyik mood sedih jer..hahaha...

Saturday, January 23, 2010

Lara Di Hati...

Aku menulis di daerah blog ini bukan niat untuk meraih simpati, jauh sekali nak menunjukkan pada semua aku seorang wanita yang hidup penuh dugaan dan ujian dari Allah...macamlah aku sorang aja yang diuji padahal di luar sana...ada ramai lagi manusia yang serba kekurangan dan dugaan mereka lebih hebat dari aku. Mereka tak pernah merungut dan pasrah pada ketentuanNya. Adakah aku tak bersyukur dengan apa yang Allah beri?

Alhamdulillah...Ya Allah. Aku bersyukur kerana aku masih sihat, dapat menghirup udara dan dapat menjamah makanan dan minum seperti orang normal walaupun aku masih terbaring di sini....Cuma, mungkin jiwa dan perasaan aku tak sekental orang lain. Aku jadi sayu dan hiba melihat orang-orang tersayang di sekeliling aku. Bila aku terkenang segala susah payah yang suami aku terpaksa lalui, aku akan menangis. Memikirkan umur kami masih muda dan dia terpaksa pula menjaga isteri yang sakit....perasaan aku jadi tak menentu. Aku selalu berfikir...bilalah aku nak baik, sampai bila la suami aku sanggup jaga aku...adakah perasaan sayangnya akan berkurangan lama- kelamaan...

Aku akui, sepanjang aku sakit, adakalanya aku tak dapat kawal emosi aku...aku akan menangis dan mengadu pada suami aku....kalaupun waktu tu suami ada kerja, seberapa cepat dia akan balik...kadang-kadang aku rasa aku ni isteri yang membebankan, tak cuba memahami situasi suami...sebab tu kadang2 tercetus di benak fikiranku kiranya Allah ambil nyawa aku, aku redha....asalkan tak menyusahkan orang yang tersayang. Adakah tu maknanya aku sedang berputus asa....Na'uzubillah....

Bantulah hambamu ini, Ya Allah... Pada semua teman2 bloggers yang sudi menitipkan doa dari jauh, terima kasih atas keikhlasan dan keperihatinan semua. Sekurang-kurangnya terubat lara di hati. Hanya Allah yang dapat membalasnya...


Wednesday, January 20, 2010

Menghitung Hari...

Selalunya awal2 tahun lagi aku akan plan event dan catit tarikh2 penting untuk kami satu famili. Bulan berapa nak balik kg. hubby di bandaraya Shah Alam...hehe, anniversary nak pegi mana, birthday hubby nak celebrate kat mana, tahun ni nak bercuti kat mana dan lain2 acara famili. Asalkan within budget dan mampu untuk kami. Tahun lepas, banyak hari2 penting kami, aku hanya terbaring kat sini. Masa terus berlalu. Sekarang dah hampir ke bulan Februari. Aku dah terlepas menyaksikan hari pertama anakku di sekolah. Alhamdulillah, birthday anak aku dapatlah buat secara kecil-kecilan dengan famili walaupun aku cuma duduk atas wheelchair. Ada banyak lagi tarikh2 penting yang akan datang...

15 Feb - Anniversary perkahwinan yang ke 7
Kebetulan tahun ni jatuh time cuti raya cina so ada cuti panjang. Plannya nak balik umah mertua and celebrate kat sana tapi semuanya bergantung pada tahap kesihatan aku.

13 Mac- Cuti Sekolah
Ada perancangan nak bawak Afif jalan2 walaupun dekat2 je...

26 Mac - Reunion sek. hubby
Tak taula nak follow ke tak...ikutla kalau sihat dan ada bajet

3 April - My birthday
Ni bukan dalam aku punya plan tapi hubby....hehe, tahun ni tak taulah ada surprise ke tak. Tahun lepas aku kat katil hospital....

29 Mei - Kenduri. Adik nak kawin....

12 Jun - Kenduri sebelah lelaki kat Taiping

11 Ogos - Bermulanya Ramadhan....Tahun lepas, aku tak dapat jalankan tggjwb aku. 13 hari di katil hospital... Tak dapat berpuasa, tak dapat berbuka dan bersahur bersama, tak dapat buat terawih...rindu sangat. Harap2 tahun ni Allah izinkan aku sama2 raikan bulan penuh keberkatan ni...

10 September - Hari Raya AidilFitri

3 Oktober - Birthday hubby

20 November - Cuti sekolah akhir tahun

Sekarang ni aku tengah berubat cara tradisional dan buat fisioterapi 3x seminggu. Harapan aku memang tinggi untuk dapat berjalan semula sebagai hadiah anniversary aku tahun ni....tapi semuanya ketentuan Allah. Kalaulah kali ni aku masih di sini, aku mungkin akan pertimbangkan untuk menggunakan ubat yang dicadangkan oleh doktor walaupun risikonya agak tinggi...Dah lama aku terbaring di sini. Semangat pun kadang2 macam biskut Chipsmore...kejap ada, kejap tak ada. Ditambah pulak dengan tekanan sekeliling....Tapi bila aku tengok muka satu-satunya anak aku, semangat aku berkobar-kobar nak bangun....Moga kali ni Allah makbulkan doa aku...Aku nak sihat, panjang umur, nak tengok anak aku besar...masuk universiti..berjaya dan berkarier...berkeluarga...Aku nak ada bersamanya di saat penting dalam hidup dia.... Aku hanya mampu berdoa dan berharap...Hanya Allah yang menentukan.