About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Monday, November 7, 2011

DUNIA YANG GELAP

Assalam, hasrat di hati nak berkongsi rasa dengan semua teman-teman blogger tak pernah padam walaupun tangan tak dapat memegang dan mata tak dapat melihat.
Sebab tu kali ni aku minta tolong en. hubby taip kan untuk ceritakan sedikit mengenai diri aku sejak menjadi orang yang tak berupaya.
Bukan mudah nak meniupkan semangat dalam diri untuk melawan rasa sedih di hati. Keadaan aku sekarang boleh diibaratkan seperti patung bernyawa. Tak berupaya bergerak dan melihat, hanya mampu bercakap, mendengar dengan orang sekeliling.
Keadaan diri aku semakin lemah dari hari ke sehari. Harapan untuk sembuh terasa jauh sangat. Saban malam aku menangis, merintih, memohon pada Allah agar diberikan apa yang terbaik untuk aku. Semangat aku semakin lemah dan tak berupaya untuk bangun. Segala ikhtiar telah kami usahakan, namun belum ada apa-apa perubahan. Malahan penglihatan aku semakin gelap dari hari ke sehari.
Adakala aku memohon supaya ajalku dipercepatkan kerana aku tak sanggup untuk melalui hari-hari yang mendatang. Adakala aku mahu sembuh, tapi jauh di sudut hati aku tahu tiada harapan. Aku cuma mampu memohon supaya diberi kekuatan, ketenangan dan kesabaran untuk melalui hari-hari yang gelap...


 ***Baru-baru ini aku ada pulang ke Shah Alam bertemu keluarga dan sahabat handai...Sekurang-kurangnya hati yang bercelaru sedikit tenang bila berjumpa mereka. Untuk Intan, Una dan Kak Nik, terima kasih kerana sudi meluangkan masa berjumpa dan berkongsi rasa. Saat ini memang aku amat memerlukan teman untuk berbicara dan berkongsi rasa supaya aku tidak terasa keseorangan dalam dunia gelapku. Terima kasih.***

Tuesday, August 23, 2011

Hingga Berjumpa Lagi.....

Bukan niat dihati tak nak menulis, tapi mata tak dapat melihat dan tangan pula tak sampai... Salam Ramadan walaupun dah sampai ke hujung dan selamat meraikan Syawal yang tinggal tak berapa hari lagi.
 
Ini merupakan Ramadan ketiga aku terlantar dikatil. Tak dapat sambut macam orang lain. Ibadah pun buat takat yang mampu je. Tapi yang seronoknya tahun ni afif imran dapat belajar puasa , dah12 hari setakat hari ini. Nak banding dengan tahun lepas dapat sehari je. Alhamdulillah...

Selain aku, Ramadan ni juga satu ujian untuk abah. Abah tiba-tiba tak sihat dan terpaksa duduk di wad selama 8 hari. Dia tak dapat lagi masuk bilik aku dan menyembang dengan aku macam selalu sebab dia tak dapat bergerak dan terpaksa bergantung dengan tongkat untuk berjalan. Aku pula yang rajin keluar tengok abah baring di depan. Terasa sangat hatinya tak seronok....Mudah-mudahan Allah kembalikan kesihatan abah seperti sedia kala.
 
Mungkin aku terpaksa berhenti menulis buat seketika, bila keadaan kembali pulih aku akan kembali bercerita dan berkongsi rasa dengan teman-teman bloggers semua.
Akhir kata, selamat menjalani ibadah dihari-hari terakhir Ramadan dan selamat menyambut Aidilfitri.

Maaf zahir dan batin. Kiranya ada kelapangan, mohon doakan agar aku cepat sembuh. Terima kasih.






 



Friday, July 22, 2011

Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah...

Kita tak akan tahu betapa berharganya pancaindera anugerah Allah kalau kita tak merasai kehilangannya... Itulah yang aku rasa  sebulan yang lalu bila mata aku tak lagi dapat melihat seperti biasa. Dunia yang cerah menjadi bayang2 gelap....Siang dan malam tiada beza. Aku tak dapat lagi menatap wajah anakku kecuali jika mukanya didekatkan seinci dari muka ku aku. Aku tidak dapat mengenal warna langsung apatah lagi membaca atau menonton TV..hanya dengan suara dan kelibat saja memberi peluang aku untuk mengenal orang sekeliling....

Saat dikhabarkan keadaan aku, semua orang terkejut. Abah, mama, adik2, cu dan saudara mara.Abah, setiap pagi datang ke bilik mengusap kepala dan memegang tangan aku tanpa berkata apap2, Cu setiap malam datang tidur di rumah menemani aku, Sms dan telefon bertalu-talu bertandang. Paling sebak bila suami mengalirkan air mata. Sepanjang masa aku bergelap dia yang menjasdi mata aku. Dia yang membacakan sms semangat dari kawan dan sahabat handai,, suratkhabar ,blog dan bercerita drama minfggu ini yang disiar di TV pdku..hehehe,,,Semua orang di sekeli;ling aku menangis kerana tak dapat menyemmbunyikan rasa sedih dan simpati mereka.Saat itu hanya zikir dan wirid menjadi sumber kekuatan dan ketenangan jiwa Syukur, aku boleh menerima dgn tenang. tipu kalau aku katakan aku tidak sedih dan tidak menangis. Aku manuusia biasa. Perasaan takut, runsing dan panik menguasai bila kita berada dlm gelap. Tapi syukur aku tidak melolong, menjerit dan menuyesalli keadaan diri.Aku menangis kerana aku rasakan betapa aku tiada upaya melainkan dgn pertolongan Allah. Terasa betapa kerdilnya kita jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah, zat yang Maha Besar.

Alhamdulilllah, keadaan mata aku semakin baik. Berkat doa semua orang, penglihatan aku sudah kembali walaupun masih ada 15-10% kekurangan, aku bersyukur. Walaupun aku tahhu berkemungkinan akan diserang lagi...Tuhan, tolong beri aku kekuatan. Ya Allah rahmatilah mereka yang tak putus berdoa, yang membantu dari segenap segi...mudaha-mudahan usaha  dan doa mereka diiiiiberkati...

Terima kasih atas segalanya..tak terbalas rasanya,...Allah jualah yang dapat membalasnya....

Tuesday, June 21, 2011

Hikmah di sebalik...

Hari ni aku buka website National MS Society. Dekat halaman utama website tu ada satu kolum utk komen, Share what MS mean to you. Macam2 ekspresi setiap pesakit atau orang yang hampir dengan pesakit. Ada yang positif, ada yang negatif.

Some of them described MS as " thief, hate, uncertain future, unfair...., endless heartaches,......, helplessness, wrecked...took my freedom and happiness away! But some gives inspired expressions..."..greater appreciation for a pain free days...a blessing which makes me appreciate my life.......continuing the fight until there is a cure...acknowledging my hidden strength.

Pada diri aku sendiri, MS mengajar aku lebih mengenali siapa diri suami sebenarnya. Aku rasa amat bersyukur pada Allah. Di saat DIA berikan aku penyakit ini, Allah kurniakan aku seorang teman pendamping yang cukup setia, amat menyayangi dan sentiasa di sisi sepanjang aku bertarung dengan penyakit ini. Tidak pernah rasa malu untuk usung isteri yang lumpuh ni bawa makan--makan, jalan-jalan. Dia dah buktikan yang perkahwinan bukan sekadar hubungan kelamin. Rasa tanggungjawab, kasih sayang, simpati dan sentiasa berdoa semoga rumahtangga  dalam lindungan Allah lebih penting. Cinta dan sayang bukan sekadar di bibir.

Semoga Allah beri abang kesihatan yang baik, limpahkan pahala sebab jaga mama dengan ikhlas, murah rezeki dan dirahmati hidup dunia dan akhirat. Terima kasih sebab jaga mama sampai hari ni.
Syukur, Ya Allah!

Saturday, June 18, 2011

Entry tertangguh, 2 dalam 1...

Masih belum terlambat utk aku ucapkan SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT HARI BAPA pada semua teman2 blogger yang sentiasa berazam menjadi ibubapa yang terbaik utk anak-anak masing2. Moga Allah permudahkan perjalanan kita mendidik zuriat kita menjadi anak-anak yang soleh, Amin.

Agak jarang aku bercerita tentang kedua ibubapa aku di dalam blog kerana aku rasa agak peribadi. Aku sebenarnya dibesarkan di Kg. Bawah Bukit, Chuping, Perlis. Memang budak kampung! Terjun sawah toksah cakap la berapa kali dah...siap dengan motor pun ikut terjun sama sebab corner tak lepas..hahaha. Kalau sesiapa yang mengikuti slot lagenda Mata Ayer di TV3, mesti akan perasan Bukit Chuping yang menjadi latar belakang drama tersebut. Memang diorang shooting depan rumah aku ja tapi haram tak minta izin pun...hehehe... 

Sedari usia aku setahun lebih hinggalah habis darjah 6, aku tinggal dengan tok dan arwah chak (panggilan klasik org Perlis utk tok lelaki). Memang anak tok, chak dan cu (adik abah yg bongsu). Bila cuti sekolah, baru aku balik duduk dengan mama dan abah aku di Jejawi, tak jauh pun. 20 minit dari umah tok. Jadi banyak kenangan masa kecil aku dengan tok, arwah chak dan cu. Bila dah sekolah menengah, baru duduk dengan mama dan abah sebab aku bersekolah di Pekan Kangar. Tapi bila ada cuti saja, aku balik duduk rumah tok aku sebab dah biasa dan rapat dengan mereka. 

Sebenarnya aku tak berapa rapat dengan mama aku sebab karakter kami berbeza. Kalau aku ada masalah berkaitan apa-apa aku lebih suka berkongsi dengan Cu atau Mak Ndak aku (adik Mama)

Abah pula sibuk, jarang ada dirumah, tapi dia seorang yang sangat mengambil berat perihal pelajaran  dan ilmu agama anak-anak. Abah cuma mahu tahu setiap kali exam aku mesti cemerlang. Itu sahaja. Banyak masa dirumah dengan mama, tapi kami jarang bersembang. Mama seorang yang pendiam dan jarang berkomunikasi dengan anak-anak. Jarang-jarang sekali kami berkongsi perasaan sehinggalah ada masalah keluarga yang berlaku barulah aku rapat sikit dengan mama. Yalah, anak sulung. Kalau bukan aku yang menjadi harapan siapa lagi.

Walau apapun, mama dan abah tetap ibubapa yang tiada gantinya. Allahumargfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani saghira...Semoga Allah memberi rahmat pada mama dan abah di dunia dan akhirat. Amin...

Selamat hari ibu dan bapa utk mak dan abah di Shah Alam...Semoga dalam lindungan Allah selalu...
Cu...selamat hari ibu! Terima kasih sbb sentiasa di sisi chik dari kecik sampailah laa ni...moga Allah beri yang terbaik untuk Cu dunia akhirat, amin...










Friday, June 17, 2011

Corat coret....


Dah dekat sebulan internet tk berfungsi. Kecurian kabel kata orang TM. Banyak benda yang berlaku sepanjang aku tak berblog ni tp tak dpt lg nak dikongsi. Ni pun dptlah buka blog sbb sekarang aku ada di Sungai Petani. Nak jumpa dgn DR di Hospital Seberang Jaya esok.Terpaksa mai awal sehari sbb appmt pukul 8 am. Tak larat nak rushing dr perlis. 

Lepas saja keluar hospital sbb kes mata aku hari tu, kami balik ke shah alam. Saja nak beralih angin sambil balik jumpa keluarga mertua. Dapatlah suami melepas rindu pd keluarga dia. Lagipun senang sikit nak ke mana2 sbb sekarang aku dah ada bibik baru. Dia sampai betul2 masa bday aku hari tu. Dah nak masuk 3 bulan dia dgn kami. So far, Alhamdulillah. Boleh diharap. Sikit2 terkurang tu biasalah. Setakat masalah kecik2 tu pejam mata ajalah. Lapang sikit dada cik abang aku tu sbb ada orang tolong. Tak adalah dia terkejar2 lagi nak urus aku. Harap2 tak ada masalah lg berkaitan dgn maid ni.

Cuti sekolah baru ni, kami sempat beralih angin ke Kelantan. Tp percutian kami harapkan tak seindah yang kami bayangkan. Worst holiday ever!  Tapi tak adalah sampai serik. Mungkin kalau kena perancangannya, bolehlah ke sana lg. Susah nak bawak OKU ni kalau tak rancang betul2. Nak kena berhenti tempat yg bnyk kemudahan, nak kena make sure tempat yg boleh bwk wheelchair dan macam2 lg benda yg nak kena fikir.

Keadaan aku sekarang? Mungkin lebih tenang. Kadangkala jiwa aku terusik tapi aku anggap semua itu dugaan. Harapan aku memang untuk sembuh tapi jika sudah ketentuan Allah aku begini hingga ke akhir hayat, aku redha. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Moga aku terus diberi ketabahan hati menghadapi dugaan ini...Amin ya rabbal alamin.

P/S: seronok dapat jumpa kawan2 yg dtg menziarah. Jazakillahukhairan kathira...zue, kina, aida marhaini, iefa dan utk org jauh, shida n the gang...heheh...terima kasih daun keladi, bila senang mai la lagi..

Monday, April 18, 2011

izinkan aku terus melihat...

dua tiga hari lepas, mata kanan aku mula kabur. pada mulanya aku menerima keadaan ini dengan tenang. tapi bila aku kenangkan anak aku afif, hati aku jadi sebak.

hari ini aku ke seberang jaya berjumpa dengan dr irene untuk check up. memang relapse. dia nasihatkan aku untui k admit ke hospital. mulai esok aku akan berada di hospital sultanah bahiyah alor setar selama tiga hari untuk rawatan lanjut.n
Ya Allah izinkan aku terus melihat.....izinkan aku terus mamandang kebesaran alam ciptaanMu Ya Allah...izinkan aku terus melihat supaya aku dapat menatap wajah suami dan anak yang amat ku kasihi...aku perlukannya Ya Allah untuk terus menjalankan tanggung jawab aku sebagai seorang ibu disaat  menemani anakku belajar membaca, mengaji, mengira...hanya itu yang mampu aku lakukan....amin ya rabbal alamin

p/s. thank you to kak zira sekeluarga yg sudi meluangkan masa melawat kami tempoh hari......






Friday, April 1, 2011

Tiada gambar secantik lukisan, nak ku tunjuk perasaan....

3 April 2011, umur aku akan bertambah lagi ke satu angka. Sekiranya aku masih di sini, aku bersyukur. Allah masih memberi aku peluang untuk memperbaiki diri walaupun dalam serba kekurangan. Alhamdulillah, ada suami, anak, keluarga dan teman2 di sisi menemani aku di saat sukar. Tiada  kata secantik bahasa, untuk kupuji kekanda...(kredit sikit utk che abang,..ha,ha).

Walaupun kadang ada hati yang tercalar, aku anggap ia sebagai dugaan untuk menjadi manusia yang lebih matang...yalah, bukan senang nak puaskan hati semua orang dan berpuas hati dengan semua benda...tak ada yang sempurna kecuali Allah...Aku masih lagi belajar, belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik. Harapan aku tinggi menggunung untuk kembali sembuh...aku akan tetap berusaha dan berdoa semoga satu hari nanti aku akan kembali...back on my feet and walk again!

Sejak aku sakit, aku belajar untuk menjadi orang yg lebih sabar. Menerima kekurangan diri seadanya. Sentiasa mengharap pada kebesaran dan kekuasaan Allah...Sakit ni juga menyedarkan aku ttg satu idioms yg berbunyi "Laugh and the world laugh with you, weep and you weep alone..." Hikmahnya, aku lebih mengenal true colour kawan2  disekeliling aku...ada yg datang, ada yg pergi...ada yg setia menemani...syukur!

Alhamdulillah...Semoga usia aku yang meningkat ni dapat aku manfaatkan ke arah yang lebih baik...Amin.

Wednesday, March 16, 2011

layan gambar...






gambar2 sekitar kenduri kesyukuran hari tu....afif dan 2 puteri baru dlm keluarga cikgu aak..nur aleesya kamelia 5 bln dan nur alya fathia 27 hari...

Wednesday, March 9, 2011

aku mahu sembuh...

salam...hari ni auntie faridaah n her hb, mr key dtg ke rumah utk monitor progress terapi yg dia ajar utk aku amalkan di rumah dgn bantuan adik aku jua...saat2 harapan aku kian bersisa, allah temukan aku dgn dia. auntie faridah hilang pglihatan disebabkan oleh penyakit keturunan...dia juga br sj kehilangan anaknya thn lepas...apa yg menyebabkan aku kagum. dia tak pernah putus asa menjaga anaknya yg cedera di otak akibat kemalangan selaama 19 thnn hggalah ke akhir hayat...wpun anaknya hanya maampu melihat, layanannya tak pernah berkurang.....

hari ni dia datang utk berkongsi semangat dan rasa dgn aku... moga semangat yg kian hilang kembali bertandang...tuhan, aku mahu sembuh!

Thursday, February 24, 2011

bertemu kerana Allah...

salam..segala pujian bg allah yg maha berkuasa,,selawat dan salm ke atas junjungan besar nabi muhammad s.w,t...syukur krn aaku masih dpt menulis wpun hanya tgn kanan shj yg berfungsi...tp tidaklah sekuat mana.
 di saat hati aku mula goyah dgn perasaan hampa, sedih...allah temukan aku dgnn seorg wanita yg hidupnya juga diuji...dia ditakdirkan buta krn penyakit keturunan...dia dah terima hakikat bhw smpai pd satu peringkat umur matanya akan mula rabun dan akhirnya akan buta...no cure for her condition wpun dia mampu dr segi duit kupang...
aku sendiri susah nak terima kenyataan yg aku akan lumpuh seumur hidup...kecuali dgn izin allah...moga allah jdikan aku hambanya yg sentiasa bersyukurr dan redha pd setiap yg berlaku...

Monday, February 14, 2011

HATI YG RAPUH.............

di hatiku lakarkan sebuah impian
yg aku namakan harapan
apabila kutentukan arah serta tujuan
relaku tempuhi cabaran

jalan ke puncak itu
beronak dan berliku
menyukarkan pendakianku
namun harus ku gagahi
hati yg rapuh ini
demi hasrat yg suci

aku sangkakan harapan selembut impian
yg menguliti tidur insan
kiranya kehidupan tidak sedemikian
goyah hatiku oleh kenyataan


TAK HARUS KU TURUTI
KELEMAHAN DIRI
TAK DAYA BERTAHAN DIUJI
LALU AKU MENGUMPULKAN
SEMULA KEKUATAN
BERLANDASKAN KEIMANAN ...

lagu ni mewakili apa yg aku rasa...dr segi perubtan, no cure for MS. aku hanya terus menghaarap moga2 ada keajaiban yg berlaku...harapan hanya pd ALLAH.

Thursday, January 13, 2011

Nukilan Tahun Baru...

salam..selamat thn baru...agaknya masih belum terlmbht utk aku ucapkan...hari ni aku rasa rindu sgt nak berblog...wp-un tgn aku masih d taikuk yg sama,...hasrat utk berblog x npernah pdm...kalau ada
ejaan yg salah, harap maklum...i'msorry!

bnyk perkara suka dan duka berlaku menjelang thn baru...antaranya Poden dpt no 2 exam final dan dpt naik kelas 1 Abu Bakar.Pencapaian dia agak mengejutkan sbb exam pertghan dia jatuh dr no 5 ke no 18. Kebetulan masan exam kedua tu aku kena admitted d hosp.Tak ada siapa nak temankan dia belajar.Mula2b tu aku agak frust tp maku percaya kalau parents luangkan masa sejam dua belajar dgn anak, InsyaAllah akan ada hasil.Allah tu maaha segala galanya. Dalam keadaan aku yg taki upayal,,Dia permudahkan dlm aku mendidik anak aku...Thank Youb Allah! Thn ni kami tukrkan Afif ke sek yg lain disebabkian kami dah berpindah..wpun prasarana tak setanding sek lama, kami puas hati sbb sek ni lbh beri tumpuan kpdm p3engajian Al Quran dan Sunnah...lebih tarbiyah...mudah-mudahan usaha kami diberkati Allah..bak kata ust Norhisyam, biarlah anak kita nak jd doktor ka, arkitek ataupun guru tp biarlah dirinya dibekalkan dgn agama, cintakan Quran,sayangkan Rasul..cintakan Allah!

Perkara ke 2 yg mggembirakan  ialah bertkmbh lg sorang ahli keluargan kami. My beloved sister Ima dpt baby girl. Nur Aleesya Kamelia bt Mohd Ihsanafees;. nanti ada masa aku ltk gmbr aleesya yg bulat tu. Adik ngan Ihsan dah jd mama nn ayah?heheh....betul ka combination ni....tahniah dik...apih pun dah ada  kawan la lps 6 thn dok main nso0rang2...dia pggil Aleesya ADIK ABANG!Bulan 2 ni sorang lg on d way..;anak my lovely sister Deepa n Mie..;Alhamdulillah, beranak la bnyk2, biaq terubat hati mkaklong yg lara ni..;;.iskh..iskh....
satu-satunya adik lelaki aku dpt smbg belajar dlm bidang agama di Morocco...Alhamdullilah, ada juga sorang ustaz dalam famili ni....Tahniah abang...

Thn ni jgk rezeki abah aku murah..rumah keluarga yg dah bertyhn2 dok pos[[poned nak buat akhirnya siap...;n0vg 6thn lps kamim pindah blk kekg halaman abajh aku di Kg Balik Bukit, betui2 dpn Bukit Chuping... Dok lpa kami 8 beranak kat sini, kalau baliki semua ada 15 org...s3elesa la sikitr...

cuma aku masih lagi di katil ini ...keadaan aku kejap stabil,kejap tak ...ada mlm tidurku lena, ada mlm aku mngerang kesakitan....ditambah pula dgn beg cbd tiub kencing yg masih dipsg dsbbkan luka bedsore dbelakang. Aku hanya mampu baring shj...dan terus berhrp dan berdoa bsemoga thn 2011 ada setitis harapan utk aku kembali menjalani hidup seperti biasa..//.

UTK SEMUA SHBT BLOGGER , TERIMA KASIH SBB SUDI BERI SMGT../..(misstiny, thank u)....;harap Allah murahkan rezki dan panjangkan umur kita semua...manalah tahu, ada rezki boleh jumpa....InsyaAllah