About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Tuesday, April 27, 2010

cerita semalam...

Petang semalam, dalam renyai-renyai hujan... aku, Afif, Hubby dan Pija adikku yang paling bongsu sempat meluangkan masa ke Pesta Buku Perlis. Tak banyak perubahan dari pesta buku tahun-tahun yg lepas cuma kali ni tempatnya lebih luas. Tak ada nama2 besar (publisher) yang datang, rata-rata cuma kedai buku aja yang involved. Cuma mungkin sudah tuah Afif, waktu nak masuk ke dewan 2020 tu, dia dipanggil ke kaunter urusetia. Ingatkan utk apa, rupanya dia pengunjung bertuah ke 26000..hehe...(mcm tak caya ja). Tersengih-sengih la anak bujang aku tu dapat hamper.

Dalam dok pusing-pusing tu, aku sambar la dua buah buku motivasi Nota Fikir untuk Zikir dan Murabbi Cinta (atas suggestion seorang sahabat) untuk menemani aku di kala boring.  Nak cari novel, tak ada yang berkenan  di hati tambahan pula booth untuk novel hanya satu.

Sejak akhir-akhir ni aku cuba mencari penawar untuk merawat hati...hati yang sarat, hati yang mulai keras, hati yang panas...hati yang kadang2 selalu lupa pada Pencipta-Nya. Lupa pada hikmah di sebalik musibah....ada rasa marah, kecewa, sedih ,sayu, pilu...semuanya bergaul menjadi satu.

Mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan dan mudah-mudahan aku dapat bertahan....

2 comments:

Dayah said...

Salam Kak Ayu,

Sama-samalah kita kak, kadang sarat sangat hati ni. Mcm2 tapi nasib kita mungkin tak sama tapi mungkin kita kongsikan benda yang sama ^__^

Nak cari buku-buku tentang masalah hati ni banyak kak. Tapi Dayah ada satu cadangan, akak cuba lawat blog ni, http://ummuhusna99.blogspot.com/ blog kak Ummu. Banyak entri2 dia Dayah baca alhamdulillah membuka hati & mata. Mana tahu akak boleh bersembang dengannya mendapat sedikit kekuatan.

Take care kak ^__^ muahh tok Apih

Intanaziela said...

ayu...tak jumpa buku aku terima nikahnya yang lain2? nanti kak yatie akan turun sana kan..ajak najib bawak pi jumpa kalau sempat..at least boleh jeleskan aku kakkakakakaka

jangan sedih2....kuatkan semangat...insyaallah allah mendengar doa kita ....take care..