About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Monday, June 28, 2010

Wahai Hati...

Ampunkan aku Ya Allah
Andai hati ini masih rapuh dalam mencintaiMU
Ampunkan aku Ya Allah
Andai hati ini masih lalai dalam mengingatiMU
Sesungguhnya hati masih terasa berat, hati terasa sarat dengan musibah
Kadang-kadang terlupa ada hikmah, lupa segala rahmat
Lupa untuk bersyukur...

Sabarlah wahai hati, 
yakinlah bahawa Allah sedang mengujimu....
Bersangka baiklah wahai hati,
Ujian ini bukan musibah
Ujian ini bukan seksaan
Ujian ini rahmat
Ujian ini kasih sayang
Redhalah wahai hati
Redhalah dengan ujian ini....
Yakinlah, setiap yang buruk pada pandanganmu adalah baik di sisi Allah
Allah yang lebih mengetahui...
Jika kau resah, ingat-ingatlah pesanNya
" wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain Syurga"
(HR Ibnu Majah (no: 1597)
*petikan hadis dari blog Genta Rasa

1 comment:

Intanaziela said...

Wahai sahabat ku sayang,
Semoga setiap dugaan yang Allah beri
akan membawa seribu kebahagiaan jua buat diri mu... kuatkan semangat..teruskan berdoa...yakinlah suatu hari nanti, apa yang dipohon akan Allah beri...

sentiasa mendoakan...insyaallah