About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Monday, September 27, 2010

RAYA DAN RELAPSE

Salam Syawal,
Alhamdulillah plan balik beraya di Shah Alam berjalan macam biasa. Cuma raya tahun ni aku relapse lagi. Petang raya pertama tangan kanan aku cramp teruk & lemah. So, spend masa kat rumah je.

Dua hari lepas tu, badan makin lemah. Plan raya yang sepatutnya seminggu dipendekkan. Petang raya keempat kami dah bertolak balik ke Perlis. Sampai umah dah pukul 2 pagi (Selasa). Turun saja kereta tangan kiri aku mula menggeletar tetiba. Masuk je bilik, tangan aku tak berenti menggeletar sehingga aku jadi antara sedar dan tidak. Mulut pun dah berat. Semua panik & en hb call ambulan. Tepat pukul 4 pagi, aku dimasukkan ke wad di Hospital Kangar.

Selepas 10 hari di wad, aku dibenarkan keluar. Keadaan sekarang, kedua-dua tangan aku lemah & kaki masih belum dapat bergerak. Sekarang aku hanya terlantar kerana tak berupaya melakukan apa-apa selain mulut terus berdoa & berharap keadaan akan jadi lebih baik.

Selamat menyambut Aidilfitri, maaf zahir batin.... kalau tidak keberatan tolong doakan yang terbaik untuk aku. Terima kasih.

5 comments:

mrs shaifull said...

ya allah ya tuhanku, kau sembuhkanlah penyakit adik saudaraku ini, kau berikanlah yg terbaik untuk dia, kau berikanlah kekuatan dan ketabahan padanya ya allah, sesungguhnya hanya padaMu kami meminta dan berserah, Amiin

yasmine said...

ayu...setiap kali solat insyaallah aku tak lupa doa kat hang dan bestfren aku yang baru dpt kanser stage 2.....hampa kawan yang baik...aku doakan na....:(

fatinz said...

semoga ALLAH terus bagi ayu kekuatan dan kesabaran.....

Dayah said...

Salam Kak Ayu,

Alahai rindunya kat dia ^___^
Akak sihat?

Dah lama Dayah tak singgah, maaf ya.. keterbasan waktu.

Mudah-mudahan akak dan keluarga sihat2 selalu ya. Take Care kak. Muahhh

Faina Arisya said...

salam kenal..

akak doakan semoga ayu segera sembuh dan dapat menghadapi dugaan ini dengan penuh kesabaran..