About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.
Showing posts with label Poden.... Show all posts
Showing posts with label Poden.... Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

Manjalebek...

" Anak mama memang manjalebek. Abang la bapak yang babai paling banyak dalam sekolah ni. Silap2 dalam Perlis...." heehe..Tu lah isi sms hubby aku hari Isnin hari tu. Muhammad Afif Imran memang manja. Kami panggil dia manjalebek...sebab dia manja + sebek...bayangkan dari hari pertama pi sekolah sampailah sekarang dah masuk tengah tahun dah, masih ada hari2 yang dia nangis bila nak pi sekolah. 
Tapi selalunya hari Isnin (sebab ada perhimpunan) dan hari di mana abah dia tak dapat hantar dan diganti dengan tok atau chaq dia. Kalau abah dia hantar, kenalah spend dekat 10 minit kat sekolah sampailah dia dah comfort, barulah balik. Hari-hari cium abah dekat 10 kali dalam kereta, salam dekat 20 kali dan babai (tata@lambai tangan hehe...) dekat 20 kali....abah dia ada gak usik,.."kalau apih nangis masa nak pi sekolah, abah dukung sampai kelas.." Tu yang kembang kempis hidung tahan tak mau nangis.Tau pun dia malu kawan2 sekolah tengok (walaupun kat umah selalu gak abah dia dukung).

Hari ni sekali lagi dia nangis. Abah seawal 7.15 dah keluar sebab ada kerja. Terpaksalah mintak tolong chaq dia hantaq. Dari mula pakai baju dah sebek. Bila time sikat rambut sambil tengok cermin, kawan dah mula nangis. Time ni abah dia dah pi dah. Dia pun datanglah dengan sedu sedan mengadu kat mama. Mama pun pujuklah yang minggu depan dia nak tuang sekolah 2 hari sebab nak balik Shah Alam. Mama pun tanyalah, "Kenapa Apih tak mau pi sekolah, takut kawan2 buat ka takut cikgu garang?....
" Apih rindu kat mama ngan abah...Apih rasa macam mama dengan abah ada dalam kelas...sebab tu Apih nangis"
Haha...adoi anak...bab rindu merindu ni memang aku mengaku ada sikit tempias2 mama dia..heheh..tak leh nak berenggang pun...
Aku pun jawab la..." Kan dalam beg duit Apih ada gambar mama dengan abah, kalau rindu tengoklah..."

Jangan tak tau, anak aku siap simpan gambar mama dengan abah dalam wallet...ada ka budak darjah satu pi sekolah bwk gambaq mak ayah dlm wallet sebab takut rindu? Apa pesen nih....hahaha,... Poden, Poden!


My precious...anugerah Allah yang tidak ternilai......

Wednesday, March 24, 2010

Bila anak bertanya...

Dalam perjalanan pulang dari fisio tadi, hubby berhenti solat di sebuah masjid kat Jitra. Tinggallah aku dengan Afif dalam kereta menunggu hubby dan adik lelaki aku selesai solat. Afif ni jenis budak yang kuat bertanya dan suka bersembang. Tengah kami makan2 biskut, dia pun tanya. Bersoal jawab la dua beranak tu dalam loghat Perlih ...
"Mama, pompuan boleh jadi imam kat masjid dak? Aku pun jawab, " Tak boleh..."
"Ooo...laki saja buleh, awat? Dia tanya lagi.
"Allah dah tulih tak buleh...(Jawapan mudah, tak mau bagi dia tanya banyak) 
"Apih boleh jadi imam?
"Tak boleh lagi...Apih kecik lagi.
"Bila buleh? Bila Apih dah keja? Dia tanya lagi...
"Dak, bila Apih dah baligh.
"Oooo... baligh tu apa mama? Alamak, dia dah start dah. Apa aku nak jawab ni.... 
"Baligh tu maksudnya bila Apih dah boleh kawin..."alamak betui ka aku jawab ni...
"Pak ndak dah boleh kawin? Pulak, dia merujuk pada adik aku yang baru umur 18...yalah, kadang-kadang Apih solat berimamkan Pak Ndaknya...
"Emmm, boleh....." aku jawab.
"Awat Pak Ndak tak kawin? 
"Kena keja dulu, ada duit dulu baru boleh kawin.
"Berapa duit nak kawin? 
"Banyak....
"Banyak tu berapa? 
"Dalam 10 ribu...kena bagi duit kat pompuan, kena kenduri..."saja ja aku bagitau macam tu supaya dia berhenti sembang pasal topik tu. 
"Kalau murah lagi tak dak ka?  Dia tanya lagi
"Ada... tapi tak payah buat kenduri la...
"Haa,.. tak payah buat kenduri la...murah sikit
"Eh, kalau tak buat kenduri pun,...Apih kena bagi duit kat pompuan gak...mcm mak lang nak kawin ni, pak lang bagi duit kt mak lang...." hish... aku pulak yang terbawak-bawak...
"Oooo...Apih ingat dalam 2 ribu ja..."Lepas tu dia terus diam sambil main permainan dia...
Selamat la mama dia dari menjawab soalan dia yang ntah apa-apa ntah....
Pergh...cakap macam pandai-pandai ja...dia ingat ada anak dara orang mau kat dia kalau belanja takat 2 ribu? Hai la anak...