About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Wednesday, January 27, 2010

Dunia punya cerita....

Hehe...ni kalau hubby baca ni, mesti dia kata... mama ni terbawak-bawak la...bukan la nak ambik port sangat tapi kalau dah cerita tu jadi headlines paper untuk hari tu...tak banyak sikit pun mesti tau jugak. Pasal apa lagi kalau bukan pasal si radio announcer dengan 'teman tapi mesra' dia tu. Malas nak sebut nama tapi cerita depa ni dah meleret-leret sangat...lepas satu, satu...bila nak habis...sampaikan nak kena rujuk pada pakar agama pulak...padahal kita ni banyak lagi masalah besar yang nak kena handle dan ambik lebih perhatian...contohnya, bila perang di Gaza akan berakhir, gempa bumi di Haiti ka ataupun isu-isu semasa dalam Malaysia sendiri yang tak pernah habis....Itu belum lagi kahwin dah saman menyaman...Esok kalau dah masuk mahkamah, satu-satu cerita dalam dan luar kain keluar...Baru semua orang tahu...

Itu baru mahkamah dunia....akhirat esok lagi dahsyat....satu-satu Allah buka amalan kita...kebaikan atau keburukan yang kita buat akan terpampang satu persatu biarpun sekecil hama...waktu ni bukan mulut yang do the talking... tapi anggota badan yang lain...harap-harap hidup kita di dunia diakhiri dengan Husnul Khatimah....Amin.

p/s: saja-saja tukar topik...asyik-asyik mood sedih jer..hahaha...

Saturday, January 23, 2010

Lara Di Hati...

Aku menulis di daerah blog ini bukan niat untuk meraih simpati, jauh sekali nak menunjukkan pada semua aku seorang wanita yang hidup penuh dugaan dan ujian dari Allah...macamlah aku sorang aja yang diuji padahal di luar sana...ada ramai lagi manusia yang serba kekurangan dan dugaan mereka lebih hebat dari aku. Mereka tak pernah merungut dan pasrah pada ketentuanNya. Adakah aku tak bersyukur dengan apa yang Allah beri?

Alhamdulillah...Ya Allah. Aku bersyukur kerana aku masih sihat, dapat menghirup udara dan dapat menjamah makanan dan minum seperti orang normal walaupun aku masih terbaring di sini....Cuma, mungkin jiwa dan perasaan aku tak sekental orang lain. Aku jadi sayu dan hiba melihat orang-orang tersayang di sekeliling aku. Bila aku terkenang segala susah payah yang suami aku terpaksa lalui, aku akan menangis. Memikirkan umur kami masih muda dan dia terpaksa pula menjaga isteri yang sakit....perasaan aku jadi tak menentu. Aku selalu berfikir...bilalah aku nak baik, sampai bila la suami aku sanggup jaga aku...adakah perasaan sayangnya akan berkurangan lama- kelamaan...

Aku akui, sepanjang aku sakit, adakalanya aku tak dapat kawal emosi aku...aku akan menangis dan mengadu pada suami aku....kalaupun waktu tu suami ada kerja, seberapa cepat dia akan balik...kadang-kadang aku rasa aku ni isteri yang membebankan, tak cuba memahami situasi suami...sebab tu kadang2 tercetus di benak fikiranku kiranya Allah ambil nyawa aku, aku redha....asalkan tak menyusahkan orang yang tersayang. Adakah tu maknanya aku sedang berputus asa....Na'uzubillah....

Bantulah hambamu ini, Ya Allah... Pada semua teman2 bloggers yang sudi menitipkan doa dari jauh, terima kasih atas keikhlasan dan keperihatinan semua. Sekurang-kurangnya terubat lara di hati. Hanya Allah yang dapat membalasnya...


Wednesday, January 20, 2010

Menghitung Hari...

Selalunya awal2 tahun lagi aku akan plan event dan catit tarikh2 penting untuk kami satu famili. Bulan berapa nak balik kg. hubby di bandaraya Shah Alam...hehe, anniversary nak pegi mana, birthday hubby nak celebrate kat mana, tahun ni nak bercuti kat mana dan lain2 acara famili. Asalkan within budget dan mampu untuk kami. Tahun lepas, banyak hari2 penting kami, aku hanya terbaring kat sini. Masa terus berlalu. Sekarang dah hampir ke bulan Februari. Aku dah terlepas menyaksikan hari pertama anakku di sekolah. Alhamdulillah, birthday anak aku dapatlah buat secara kecil-kecilan dengan famili walaupun aku cuma duduk atas wheelchair. Ada banyak lagi tarikh2 penting yang akan datang...

15 Feb - Anniversary perkahwinan yang ke 7
Kebetulan tahun ni jatuh time cuti raya cina so ada cuti panjang. Plannya nak balik umah mertua and celebrate kat sana tapi semuanya bergantung pada tahap kesihatan aku.

13 Mac- Cuti Sekolah
Ada perancangan nak bawak Afif jalan2 walaupun dekat2 je...

26 Mac - Reunion sek. hubby
Tak taula nak follow ke tak...ikutla kalau sihat dan ada bajet

3 April - My birthday
Ni bukan dalam aku punya plan tapi hubby....hehe, tahun ni tak taulah ada surprise ke tak. Tahun lepas aku kat katil hospital....

29 Mei - Kenduri. Adik nak kawin....

12 Jun - Kenduri sebelah lelaki kat Taiping

11 Ogos - Bermulanya Ramadhan....Tahun lepas, aku tak dapat jalankan tggjwb aku. 13 hari di katil hospital... Tak dapat berpuasa, tak dapat berbuka dan bersahur bersama, tak dapat buat terawih...rindu sangat. Harap2 tahun ni Allah izinkan aku sama2 raikan bulan penuh keberkatan ni...

10 September - Hari Raya AidilFitri

3 Oktober - Birthday hubby

20 November - Cuti sekolah akhir tahun

Sekarang ni aku tengah berubat cara tradisional dan buat fisioterapi 3x seminggu. Harapan aku memang tinggi untuk dapat berjalan semula sebagai hadiah anniversary aku tahun ni....tapi semuanya ketentuan Allah. Kalaulah kali ni aku masih di sini, aku mungkin akan pertimbangkan untuk menggunakan ubat yang dicadangkan oleh doktor walaupun risikonya agak tinggi...Dah lama aku terbaring di sini. Semangat pun kadang2 macam biskut Chipsmore...kejap ada, kejap tak ada. Ditambah pulak dengan tekanan sekeliling....Tapi bila aku tengok muka satu-satunya anak aku, semangat aku berkobar-kobar nak bangun....Moga kali ni Allah makbulkan doa aku...Aku nak sihat, panjang umur, nak tengok anak aku besar...masuk universiti..berjaya dan berkarier...berkeluarga...Aku nak ada bersamanya di saat penting dalam hidup dia.... Aku hanya mampu berdoa dan berharap...Hanya Allah yang menentukan.

Thursday, January 14, 2010

Feeling so strong..

 I SWEAR

I see the questions in your eyes
I know what weighting  on your mind
You can be sure I know my heart


Cause I stand beside you through the years
You only cried those happy tears
And though I made mistakes
I'll never break your heart


I swear
By the moon and the stars in the sky
I'll be there
And I swear
Like the shadows that's by your side
I'll be there
For better or worse
Till death do us part
I love you with every beat of my heart
and I swear


I give you everything I can
I built your dreams with these two hands
We'll hang some memories on the wall
And when just the two of us are there
You won't have to ask if I still care
Cause as the time turn the page
My love won't age at all

p/s: Entah kenapa bila dengar jer lagu yang pernah jadi fenomena (ayat hubby) ni...rasa sebak la pulak. Lirik lagu omputih ni kadang2 macam tak ada iman...yalah dah namanya omputih. Tapi lagu ni bila hayati betul2 memang sweet sangat. Sayang sangat lelaki tu dekat wife dia...Aku pun impikan yang sama. Walau apapun yang terjadi, janganlah kasih beralih arah. Perkahwinan kami dah menjangkau ke tahun ke7. Dah 3 tahun aku sakit. Ujian dari Allah untuk kami suami isteri. Harapan aku walaupun aku serba kekurangan, suami masih menyayangi aku seperti dulu. Dan kasih aku makin bertambah dari hari ke hari melihat layanannya yang tak berbelah bagi.....

p/s: Lebih baik aku berhenti sebelum aku keriau kat sini...dekat2 Anniversary ni memang feeling so strong sikit. Emo terlebih....

Kisah Afif di sekolah...

Alhamdulillah, Afif dah mula ke sekolah dua hari lepas. Niat di hati memang nak tepek gambor Afif hari pertama ke sekolah tapi memandangkan HP abahnya rosak pada hari yang sama, terpaksalah niat tu ditangguh ke hari lain. Punyalah susah nak kejut Afif bangun pagi. Yalah cuti lama sangat. Kalau dulu bolehlah lambat sikit sebab pegi sekolah pra. Tapi sekarang dah masuk darjah satu. Pukul 6.30 dah bangun sebab sekolah mula pukul 7.30 pagi.
First day tu memang aku dah sound kat hubby suruh tunggu tengok Afif macam mana. Nasib baikla opis hubby dengan sekolah anak dalam 15 min. So bolehlah dia on and off. Lepas amik surat kat jabatan, teruslah pegi sekolah. Selesai semua, anak aku pun masuk kelas 1 Omar. Muka dia mula la berubah tengok ramainya dalam kelas. Dulu kalau waktu pra, kelas ada 15 orang jer. Bolehlah tunjuk hero. Hubby kata dia asyik buat signal suruh tunggu. Hehe...hubby pun tunggu la kejap.
Pukul 1 hubby datang balik bawak selipar untuk Afif ambik wuduk utk solat Zuhur berjemaah. Masa nak wuduk tu pun muka dah sebek sebek(mcm nak nangis) sebab dia tengah queue nak amik wuduk, ada budak lain potong line. Yalah, budak darjah 1 sampai darjah 6 semuanya solat sekali. Mestilah kelam kabut sikit. Anak aku memang cepat panik bab2 macam ni. Last-last dengan abah abah sekali solat sama....har..har...har...
Lepas solat, lunch tgh hari and masuk kelas balik untuk sesi petang. Sesi jqaf dengan Bahasa Arab. Balik pukul 4. Pukul 3.45 abah dia dah tercangak tunggu anak balik. Tu jer lah kerja abah dia hari tu....balik umah, pukul 7.30 dah tidor. Fuh! letih benor anak mama...Sian pulak bila pikir2, tapi nak belajar kenalah korban sikit...
Hari kedua dah OK sikit sebab dah ada kawan. Abah dia siap pesan lagi kat kawan tu tolong tengokkan Afif. Hehe...macamla besar sangat kawan tu. Hari  ni abah Afif bolehlah spend masa lebih sikit kat opis. Petang abah ambik terlambat sikit. Buddy dia dah balik dulu. Apalagi, berendam air mata la kejap cik abang kita tu...he..he..he. Anak mama ni memang cengeng sikit. Turun mama kut, tapi dulu-dulu mama tak adalah takut pi sekolah...hehe.
Kali ni mama tak dapat nak join moment penting anak mama. Cuma dengar cerita abah jer. Apapun mama doakan yang terbaik untuk Afif. Harap2 mama dapat hantar Afif ke sekolah lepas ni....itupun kalau Allah izin.

p/s: Selamat Hari Lahir untuk Mama Intan. Semoga sentiasa bahagia dan dirahmati Allah selalu.

Tuesday, January 12, 2010

Letih....

Aku dah letih dengan keadaan sekeliling...kalaulah aku boleh lari.dari semua ni..keadaan yang menyebabkan semangat aku semakin pudar, lemah, letih....sungguh!Sangat-sangat meletihkan....

Friday, January 8, 2010

SURAT HARI JADI AFIF...


Selamat Hari Ulang Tahun yang ke 6 buat anakku...Muhammad Afif Imran b. Muhammad Najib. Walaupun tahun ni mama tak dapat buat majlis yang selalu2 kita tengok dalam TV tu, ada belon2, ada kek besar, ada ayam goreng, panggil ramai kawan2, ada goodies2...maybe ada makan2 family jer malam ni...mama tetap sayang Poden tau. Nanti mama sihat, kita pegi makan angin yer...nanti mama bawak Afif pegi Sunway Lagoon dekat umah mak ngah Ima...Afif kan nak sangat pegi tapi abah suruh tunggu mama sihat dulu. Doalah selalu2 kat Allah bagi mama sihat cepat2,.. boleh hantar Afif pegi sekolah, mama boleh masak untuk Afif bawak bekal, bawak Afif jalan2, kan ?
Mama nak ucapkan tahniah sebab dapat masuk darjah satu. Hehe...surat tak dapat lagi tapi mama dah mintak tolong Auntie Min kat Putrajaya tolong tengokkan(thank you Min)...Alhamdulillah. Mungkin minggu depan Afif mula bersekolah. Mama mengaku Mama risau nak lepaskan Afif ke sekolah. Yalah, anak Mama sorang ni lah. Risau takut anak tak makan ke, gaduh dengan kawan2 ke, kena marah dengan cikgu ataupun ada problem nak pi toilet ke...macam2 Mama pikir. Moga dipermudahkan Allah semuanya.
Sempena dengan birthday anak Mama hari ni, Mama doakan Afif berjaya dalam hidup, dunia dan Akhirat. Jadi anak yang soleh, dapat membahagiakan Mama dan Abah bila besar nanti. Menjadi insan yang berguna, beriman dan diberkati Allah. Amin...Mama sayang Afif. Moga Allah sentiasa melindungimu, nak!

P/S: Tadi Mama Intan call wish hepi birthday kat Afif. Dia doakan Afif jadi anak yang soleh..Amin.


 




Tuesday, January 5, 2010

BENGANG.....

Hari ni dah masuk 2 hari budak budak pegi sekolah. Afif jugak tak pegi2 sekolah. Sebabnya nak tunggu surat dari Putrajaya. Bila Putrajaya dah hantar surat, baru pihak Jabatan Pelajaran Perlis boleh keluarkan surat untuk Mat Poden masuk sekolah. Punyala lama nak proses permohonan nak masuk darjah satu padahal yang mohon cuma 3 orang...Dah banyak kali hubby call jabatan. Talipoh hari Khamis, suruh call balik Jumaat. Call Jumaat, suruh call balik Isnin. Call Isnin, jabatan kata Putrajaya tak fax lagi keputusan.

Hubby pun call direct Putrajaya, kerani yang ada rekod tu cuti. Hari ni hubby call dari pagi sampai petang tak ada orang angkat. Bila call department lain, ada pulak orang angkat. Bila tanya unit sekolah menengah kenapa unit sekolah rendah tak angkat, dia boleh jawab tak tahu, tak tahu, tak tahu. Tanya apa pun tak tahu. Tak ada inisiatif nak tolong. Aku yang kat umah ni pun tension...anak aku dapat ke tak dapat ni?
Kalau tak dapat bolehlah proceed benda lain...masuk tadika balik ke, masuk pra sekolah ke...ni tak ada kata putus.

Aku ingat kalau minggu depan tak ada solution, mungkin hantar dia masuk sekolah lama balik. Tak apalah kalau tak ada rezeki tapi yang aku bengang tu punyala lembab proses ni padahal anak aku exam bulan 11 hari tu. Takkanlah exam budak 5 thn pun nak kena tunggu sebulan lebih, mengalahkan permohonan masuk sekolah berasrama...majulah tu, technology wise la konon...!

Sunday, January 3, 2010

KENDURI DI AWAL TAHUN...

Lepas saja dapat tau adik aku kena masuk wad hari tu, mama aku ambik keputusan nak pegi tengok Ima memandangkan keadaanya amat lemah. Kebetulan petang rabu tu hubby sepatutnya amik flight ke Subang sbb petang Khamis dia ada meeting di UTeM. Bincang punya bincang, petang rabu 23hb tu kami pi naik kereta. Dengan aku aku sekali diusung naik sbb kalau tinggal aku, sapa yang nak pesah? Hubby tak ada, mak pun tak ada.
Alhamdulillah, pukul 12.30 tgh mlm kami sampai HUKM. Lepas mtk izin guard nak masuk tengok adik, mama aku pun sorong la kerusi roda naik wad tgkt 6. Mak aiii ...jauh gila! Mama aku pun semput tolak aku naik. Dah mlm., so 2 orang ja yg dibenarkan naik lagipun dah lepas time melawat pun. Dah puas hati tengok keadaan adik aku, kami pun balik la ke Melawati umah mak ndak aku. Jam pun dah pukul 2 pagi.

Haa...tetiba ja ada gambar kawin ni. Sebenarnya kami mmg ada plan nak pi kenduri ni tapi disebabkan adik masuk wad, plan pun dah jd lain. Kenduri my beloved cousin, satu-satunya anak tunggal perempuan mak Ndak aku, Hanim dan pasangannya Tajul jatuh pd 1 Jan 2010. Plannya nak turun 30hb tapi dah turun awal malas nak ulang alik so stay smpai hari kenduri.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Hanim pun cute n manis sangat mcm anak patung hari tu. Sama padan...aku tumpang seronok walaupun sedih tak dapat join jadi orang kuat hari tu. Tapi yang seronoknya dapat jumpa semua sepupu dan mak sedara yang dah lama tak jumpa. Rindu sangat that moment...
Salam Maal Hijrah...selamat tahun baru. Azam tahun baru?
Aku berazam untuk sembuh dan harapkan Allah makbulkan doa aku kemudian baru aku boleh tunaikan azam aku yang lain ...Amin.