About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Wednesday, January 20, 2010

Menghitung Hari...

Selalunya awal2 tahun lagi aku akan plan event dan catit tarikh2 penting untuk kami satu famili. Bulan berapa nak balik kg. hubby di bandaraya Shah Alam...hehe, anniversary nak pegi mana, birthday hubby nak celebrate kat mana, tahun ni nak bercuti kat mana dan lain2 acara famili. Asalkan within budget dan mampu untuk kami. Tahun lepas, banyak hari2 penting kami, aku hanya terbaring kat sini. Masa terus berlalu. Sekarang dah hampir ke bulan Februari. Aku dah terlepas menyaksikan hari pertama anakku di sekolah. Alhamdulillah, birthday anak aku dapatlah buat secara kecil-kecilan dengan famili walaupun aku cuma duduk atas wheelchair. Ada banyak lagi tarikh2 penting yang akan datang...

15 Feb - Anniversary perkahwinan yang ke 7
Kebetulan tahun ni jatuh time cuti raya cina so ada cuti panjang. Plannya nak balik umah mertua and celebrate kat sana tapi semuanya bergantung pada tahap kesihatan aku.

13 Mac- Cuti Sekolah
Ada perancangan nak bawak Afif jalan2 walaupun dekat2 je...

26 Mac - Reunion sek. hubby
Tak taula nak follow ke tak...ikutla kalau sihat dan ada bajet

3 April - My birthday
Ni bukan dalam aku punya plan tapi hubby....hehe, tahun ni tak taulah ada surprise ke tak. Tahun lepas aku kat katil hospital....

29 Mei - Kenduri. Adik nak kawin....

12 Jun - Kenduri sebelah lelaki kat Taiping

11 Ogos - Bermulanya Ramadhan....Tahun lepas, aku tak dapat jalankan tggjwb aku. 13 hari di katil hospital... Tak dapat berpuasa, tak dapat berbuka dan bersahur bersama, tak dapat buat terawih...rindu sangat. Harap2 tahun ni Allah izinkan aku sama2 raikan bulan penuh keberkatan ni...

10 September - Hari Raya AidilFitri

3 Oktober - Birthday hubby

20 November - Cuti sekolah akhir tahun

Sekarang ni aku tengah berubat cara tradisional dan buat fisioterapi 3x seminggu. Harapan aku memang tinggi untuk dapat berjalan semula sebagai hadiah anniversary aku tahun ni....tapi semuanya ketentuan Allah. Kalaulah kali ni aku masih di sini, aku mungkin akan pertimbangkan untuk menggunakan ubat yang dicadangkan oleh doktor walaupun risikonya agak tinggi...Dah lama aku terbaring di sini. Semangat pun kadang2 macam biskut Chipsmore...kejap ada, kejap tak ada. Ditambah pulak dengan tekanan sekeliling....Tapi bila aku tengok muka satu-satunya anak aku, semangat aku berkobar-kobar nak bangun....Moga kali ni Allah makbulkan doa aku...Aku nak sihat, panjang umur, nak tengok anak aku besar...masuk universiti..berjaya dan berkarier...berkeluarga...Aku nak ada bersamanya di saat penting dalam hidup dia.... Aku hanya mampu berdoa dan berharap...Hanya Allah yang menentukan.

12 comments:

mrs shaifull said...

insya-allah, sama2 kita doa, dik ayu dpt bgn, buat apa yg dik ayu rasa tertinggal. x pa, allah mendengar setiap doa hambanya. dik ayu, dah dkt anniversary kita kan, dah nak masuk 7 thn rupanya..

mama apih said...

dah 7 thn da kak CT..., pejam celik pejam celik...harap2 semangat ni pun kuatla jugak...Anniversary kita pun dah dekat,...maklumla kawin dekat2, bday pun dekat2,hehe...

yasmine said...

AMIN...SEMOGA APA YG KITA HAJATI TERCAPAI..WAH DAH 7 THN KAWIN HAMPA NA...SAT JA KAN...MASA AYU INVITE AKU G KENDURI AKU BR KENAI HUBBY AKU,..KIRA AKU ANNIVERSARY CINTAN CINTUN LA YANG KE 7...

mama apih said...

Aku pun doakan yang terbaik utk hang n famili...dan utk che puteh yg baru pi sekolah...gebu la anak hang Min...chubby2 gitu...hehe

Intanaziela said...

insyaallah...perancangan Allah..hanya dia sahaja yang tahu apa yang terbaik utk kita...aku sentiasa berdoa dan mendoakan agar sahaabat aku kembali sihat dan ceria..

dah tahun ke 7 kita kawin kan? rasanya baru lagi kita sama2 menangis dikatil hostel, bercerita dan berkongsi cerita..bahagia..atau duka..punyalah nak sama, aku kawin..ko pun kawin...dapat anak pun selang dua hari...semoga Allah berkati persahabatan kita ayu... hingga ke akhir hayat...

uii..cam aku nak sambut anniversary dgn ko pulak..kuikuikui...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Ayu..insya-ALLAH Ayu akan sembuh. Jangan putus berharap dan kami akan doakan ayu dari jauh.

harz... said...

Saya mengetahui blog Ayu melalui blog Norhayati Berahim... Mudah2n Ayu kuat, tabah, sabar mengharungi ujian Allah ini... Saya juga mendoakan Ayu sembuh...

adzmarfazami said...

insyaALLAH kak!!

sya doakan akak untuk kembali pulih!!

NIk Fauziah Nik Hussin said...

semoga Allah perkenankan doa Ayu...jangan putus harap dengan rahmat Allah..

Zaimah Zakaria said...

Insyaalah ...Harap Ayu jng putus asa.saya sentiasa mendoakan Ayu semoga cepat sembuh...

mama apih said...

Intan: bila tah kita punya friendship anniversary...hehe..ingat tahun pun jadilah...

NB: Terima kasih kak Yatie atas doa yang tak pernah putus...

Harz: Salam Harz...terima kasih

MissNera: Salam ukhwah..terima kasih

Nik Fauziah:Salam kak Nik. Terima kasih. Harap2 Ayu tak termasuk dlm golongan yang berputus asa...

Pearl: Salam miss Pearl. Thanks a lot....

Emmy said...

insya allah...akan ada kekuatan buat ayu untuk mengharungi semua ni....