About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Tuesday, January 5, 2010

BENGANG.....

Hari ni dah masuk 2 hari budak budak pegi sekolah. Afif jugak tak pegi2 sekolah. Sebabnya nak tunggu surat dari Putrajaya. Bila Putrajaya dah hantar surat, baru pihak Jabatan Pelajaran Perlis boleh keluarkan surat untuk Mat Poden masuk sekolah. Punyala lama nak proses permohonan nak masuk darjah satu padahal yang mohon cuma 3 orang...Dah banyak kali hubby call jabatan. Talipoh hari Khamis, suruh call balik Jumaat. Call Jumaat, suruh call balik Isnin. Call Isnin, jabatan kata Putrajaya tak fax lagi keputusan.

Hubby pun call direct Putrajaya, kerani yang ada rekod tu cuti. Hari ni hubby call dari pagi sampai petang tak ada orang angkat. Bila call department lain, ada pulak orang angkat. Bila tanya unit sekolah menengah kenapa unit sekolah rendah tak angkat, dia boleh jawab tak tahu, tak tahu, tak tahu. Tanya apa pun tak tahu. Tak ada inisiatif nak tolong. Aku yang kat umah ni pun tension...anak aku dapat ke tak dapat ni?
Kalau tak dapat bolehlah proceed benda lain...masuk tadika balik ke, masuk pra sekolah ke...ni tak ada kata putus.

Aku ingat kalau minggu depan tak ada solution, mungkin hantar dia masuk sekolah lama balik. Tak apalah kalau tak ada rezeki tapi yang aku bengang tu punyala lembab proses ni padahal anak aku exam bulan 11 hari tu. Takkanlah exam budak 5 thn pun nak kena tunggu sebulan lebih, mengalahkan permohonan masuk sekolah berasrama...majulah tu, technology wise la konon...!

2 comments:

yasmine said...

ayu give me ur nombor...aku kat kementerian pelajaran...

mama apih said...

012 2231975...tak tau pulak hang kat sana...hehe..kalau tau leh mtk tolong awai2