About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Friday, November 7, 2008

MACAM-MACAM CERITA...

Lama betul tak tulih blog. Bukannya apa, skrang ni line internet tak brapa elok...pc pulak buat hal. Rosak. Sibuk pun salah satu sbb yg menyebabkan tak sempat nak nulih cerita dalam blog ni...penat betul nak menjalankan kerja2 orang kawin ni...Almaklumlah, my beloved sister is getting married next month...Mintak2 semuanya berjalan dengan lancar..Aku pulak sekejap sihat, kejap tak...badan dah tak fit mcm dulu...kalau tak dulu mmg tak kasi can punya...selagi tak pengsan, selagi tu lah bdn ni bekerja...Apapun, Alhamdulillah...semoga ALLAH berikan kesihatan yg baik utk jalankan kenduri adik aku ni dan lepas tu nak tempuh perjalanan jauh utk ke Tanah Suci menunaikan umrah...Amin..Moga diberikan kesihatan yg baik..
Baru2 ni fikiran aku tak berapa ok...agaknya bnyk sgt Syaitan2 yg suka menyesatkan ni dok suruh kita pikir yg bukan2...biasalah, aku kan tak bekerja, so bila dok sorang2 kat umah, mulalah perasaan yg bukan2 datang mengganggu...aku ada mtk nak kerja balik, at least masa kita bnyk diisi dengan hal2 yg berkaitan kerja...tapi my hubby tak benarkan. Katanya dia risaukan thp kesihatan aku...risau aku stress kerja. Dia suruh aku tggu tahun depan barulah apply kerja balik...Sbb tu agaknya dia beriya suruh pasang Streamyx kat umah n beli laptop baru wpun bajet agak ketat...hehe. Nak suruh aku YM dgn kengkawan katanya...
Dan sbb aku tak boleh pikir yg bukan2lah, persahabatan aku dgn sorang kawan aku ni agak renggang...Al kisahnya begini...Aku ada sorang long time best friend yg sekarang ni dah tak berapa best dah...Kisah hidup dia mmg berbeza dgn kisah hidup aku wpun kami kawan rapat...Kami berkahwin dlm jarak masa yg sama dan sama2 mempunyai anak yg sebaya..Dia sorang wanita yg berkerjaya, cantik cuma mgkin nasib tak menyebelahinya dlm perkahwinan. Her first marriage with his lover was ended. The second one is still going on...but it still on the rock.
Dan her financial situation was still tough too...Aku akui, dia memang tip top dr a to z kalau bab bergaya ni. Lelaki kalau tak pandang dia mmg maknanya bukan lelaki...Baru2 ni dia ada join satu MLM yg katanya gempak n the best in Malaysia. Katanya duit dia tak pernah cukup. Nak byr tu nak byr ni ,nak maintain tu, maintain ni...Aku pun tak kerja gak ...Harapkan duit suami tapi tak pernahlah rasa terdesak sgt mcm dia padahal dia duduk serumah dgn her mother...Pada aku yg penting bersyukur dgn setiap rezeki yg ALLAH bagi...
Adalah dia promote kat aku suruh join tapi caranya tu aku tak berapa berkenan...mcm2 dia kata, kena ada persiapan utk hari esok lah kut laki ko mati sapa nak bela ko, jgn dok harap duit laki hang ajalah...esok2 dia tak bagi duit macam mana, anak hang ngan hang nak mkn apa... laki ni bukan boleh percaya sgt...tak dak laki yg baik, esok2 mesti dia akan cari lain jugak...dan mcm2 lg yg dia ckp utk pujuk aku join her MLM yg rata2nya pd aku bukannya ayat2 yg positif...Memang aku akui kata2 dia tu ada benarnya tapi bukan mcm tu cara nak ajak orang beli brg kita or servis kita...wpun aku dan dia ni dah mcm adik beradik...
Sebagai kawan patutnya kita doakan yg baik2 saja utk kawan kita...Aku tau mungkin sejarah perkahwinan dia yg menyebabkan dia tak percaya pada lelaki tapi semua tu adalah ujian dari Allah. Ada sebab kenapa Allah jadikan sesuatu peristiwa...Dia pernah mengaku kat aku yg dia pernah terdetik perasaan cemburu kenapa my life was more sweeter than her life...Dia cantik, berkerjaya tapi tak bahagia dlm rumahtangga pdhal aku hanya perempuan biasa yg jd surirumah tapi tak diuji mcm dia...Hanya ALLAH yg mengetahui...
Dan seandainya aku diuji oleh ALLAH dgn ujian yg sebegitu kelak(mintak2 lah tak ada... Nauzubillah)tapi kalau dah tertulis, aku bersyukur Allah bagi peluang utk aku hidup 5 tahun yg bahagia...dan aku akan terus berdoa pada ALLAH semoga kasih sayang aku dan suami serta kami anak beranak berkekalan hingga ke Syurga...tetap teguh wpun diuji dengan segala mcm ujian...Amin...
Dan aku akan doakan yg baik2 untuk semua kengkawan aku...moga dirahmati dan dimurahkan rezeki serta dilindungi Allah selalu...Terutama utk kawan aku tu...semoga berjaya dlm bisnes MLMnya tu dan bahagia di dunia dan di akhirat. Harap2 rumahtangganya juga berkekalan...

1 comment:

Intanaziela said...

ayu, duit bkn pengukur kebahagiaan, duit x bole beli cinta, dan nasib kita telah pun ditentukan allah, bahagia, kecewa...derita, diuji dgn pelbagai ujian...itu tandanya Allah sentiasa bersama kita...

jaga kesihatan diri baik2, seronokkan nak terima adik lagi dalam family wpun penatnya..tak terkata..tapi puas hati sangat..

tentang "kawan" yang dalam cerita tu..sama2 kita iring doa semoga idup dia sentiasa dirahmati allah..

p/s: panjang giler komen aku...lama tak bersembang...bz nak pekso..nanti den call ko yo... :)