Hobi aku sebelum terlantar sakit ni banyak. Antaranya membaca (paling suka majalah dan buku masakan selain novel), menulis...(tulis diari hari-hari), suka dengar radio, jalan2 cuci mata n cari makan dan yang paling ngetop...memasak. Aku ni bukanlah pandai sangat memasak, setakat jamu family n sedara makan bolehlah. Bab-bab memasak lauk pauk dan goreng- gorengan memangla favourite aku kalau nak dibandingkan dengan nak buat desert, kuih2 tradisional ataupun kek2 moden. Bab2 ni aku serah kat adik aku sbb tangan aku ni tak begitu pandai menguli, membakar. Mesti tersalah kiraaan dr segi adunan ataupun time membakar. Seingat aku last aku buat kuih karipap 9 bulan lepas sbb tu favourite hubby. Walaupun kelimnya tak sekemas dan secantik orang lain, janji karipap tu hubby suka...hehe. Cuma karipap pusing aku tak pass lagi...Nak kena menuntut lagi ni...hehe.
So bila dah sakit macam ni, tak dapatla buat xtvt masak memasak yang paling aku suka...yang aku anggap sebagai terapi untuk diri sendiri. Sekarang hobi aku melawat dan singgah ke blog masakan teman2 cyber yang lagi terror memasak dari aku. Sekurang-kurangnya terubat gak rindu aku nak memasak...Seronok tengok diorang dapat memasak hari-hari...
Tahun depan kalau ada rezeki, Afif masuk darjah 1. Azam aku, walaupun aku tak boleh berjalan, biarlah kedua-dua tangan aku kuat untuk uruskan makan minum anak. Kalau tak, siapa yang nak siapkan breakfast seawal pagi dan bekal untuk dia ke sekolah. Tahun depan, kalau ada rezeki Afif akan belajar di Sek. Rendah Islam 1. Sesi persekolahan pukul 7.30 pg sampai 4 ptg. Kalaulah aku sihat, bolehlah aku hantarkan ke sekolah, bawakkan makanan waktu rehat dan ambik dia balik sekolah. Itupun, kalau aku sihat...:(