Salam Syawal,
Alhamdulillah plan balik beraya di Shah Alam berjalan macam biasa. Cuma raya tahun ni aku relapse lagi. Petang raya pertama tangan kanan aku cramp teruk & lemah. So, spend masa kat rumah je.
Dua hari lepas tu, badan makin lemah. Plan raya yang sepatutnya seminggu dipendekkan. Petang raya keempat kami dah bertolak balik ke Perlis. Sampai umah dah pukul 2 pagi (Selasa). Turun saja kereta tangan kiri aku mula menggeletar tetiba. Masuk je bilik, tangan aku tak berenti menggeletar sehingga aku jadi antara sedar dan tidak. Mulut pun dah berat. Semua panik & en hb call ambulan. Tepat pukul 4 pagi, aku dimasukkan ke wad di Hospital Kangar.
Selepas 10 hari di wad, aku dibenarkan keluar. Keadaan sekarang, kedua-dua tangan aku lemah & kaki masih belum dapat bergerak. Sekarang aku hanya terlantar kerana tak berupaya melakukan apa-apa selain mulut terus berdoa & berharap keadaan akan jadi lebih baik.
Selamat menyambut Aidilfitri, maaf zahir batin.... kalau tidak keberatan tolong doakan yang terbaik untuk aku. Terima kasih.