About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Tuesday, June 21, 2011

Hikmah di sebalik...

Hari ni aku buka website National MS Society. Dekat halaman utama website tu ada satu kolum utk komen, Share what MS mean to you. Macam2 ekspresi setiap pesakit atau orang yang hampir dengan pesakit. Ada yang positif, ada yang negatif.

Some of them described MS as " thief, hate, uncertain future, unfair...., endless heartaches,......, helplessness, wrecked...took my freedom and happiness away! But some gives inspired expressions..."..greater appreciation for a pain free days...a blessing which makes me appreciate my life.......continuing the fight until there is a cure...acknowledging my hidden strength.

Pada diri aku sendiri, MS mengajar aku lebih mengenali siapa diri suami sebenarnya. Aku rasa amat bersyukur pada Allah. Di saat DIA berikan aku penyakit ini, Allah kurniakan aku seorang teman pendamping yang cukup setia, amat menyayangi dan sentiasa di sisi sepanjang aku bertarung dengan penyakit ini. Tidak pernah rasa malu untuk usung isteri yang lumpuh ni bawa makan--makan, jalan-jalan. Dia dah buktikan yang perkahwinan bukan sekadar hubungan kelamin. Rasa tanggungjawab, kasih sayang, simpati dan sentiasa berdoa semoga rumahtangga  dalam lindungan Allah lebih penting. Cinta dan sayang bukan sekadar di bibir.

Semoga Allah beri abang kesihatan yang baik, limpahkan pahala sebab jaga mama dengan ikhlas, murah rezeki dan dirahmati hidup dunia dan akhirat. Terima kasih sebab jaga mama sampai hari ni.
Syukur, Ya Allah!

Saturday, June 18, 2011

Entry tertangguh, 2 dalam 1...

Masih belum terlambat utk aku ucapkan SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT HARI BAPA pada semua teman2 blogger yang sentiasa berazam menjadi ibubapa yang terbaik utk anak-anak masing2. Moga Allah permudahkan perjalanan kita mendidik zuriat kita menjadi anak-anak yang soleh, Amin.

Agak jarang aku bercerita tentang kedua ibubapa aku di dalam blog kerana aku rasa agak peribadi. Aku sebenarnya dibesarkan di Kg. Bawah Bukit, Chuping, Perlis. Memang budak kampung! Terjun sawah toksah cakap la berapa kali dah...siap dengan motor pun ikut terjun sama sebab corner tak lepas..hahaha. Kalau sesiapa yang mengikuti slot lagenda Mata Ayer di TV3, mesti akan perasan Bukit Chuping yang menjadi latar belakang drama tersebut. Memang diorang shooting depan rumah aku ja tapi haram tak minta izin pun...hehehe... 

Sedari usia aku setahun lebih hinggalah habis darjah 6, aku tinggal dengan tok dan arwah chak (panggilan klasik org Perlis utk tok lelaki). Memang anak tok, chak dan cu (adik abah yg bongsu). Bila cuti sekolah, baru aku balik duduk dengan mama dan abah aku di Jejawi, tak jauh pun. 20 minit dari umah tok. Jadi banyak kenangan masa kecil aku dengan tok, arwah chak dan cu. Bila dah sekolah menengah, baru duduk dengan mama dan abah sebab aku bersekolah di Pekan Kangar. Tapi bila ada cuti saja, aku balik duduk rumah tok aku sebab dah biasa dan rapat dengan mereka. 

Sebenarnya aku tak berapa rapat dengan mama aku sebab karakter kami berbeza. Kalau aku ada masalah berkaitan apa-apa aku lebih suka berkongsi dengan Cu atau Mak Ndak aku (adik Mama)

Abah pula sibuk, jarang ada dirumah, tapi dia seorang yang sangat mengambil berat perihal pelajaran  dan ilmu agama anak-anak. Abah cuma mahu tahu setiap kali exam aku mesti cemerlang. Itu sahaja. Banyak masa dirumah dengan mama, tapi kami jarang bersembang. Mama seorang yang pendiam dan jarang berkomunikasi dengan anak-anak. Jarang-jarang sekali kami berkongsi perasaan sehinggalah ada masalah keluarga yang berlaku barulah aku rapat sikit dengan mama. Yalah, anak sulung. Kalau bukan aku yang menjadi harapan siapa lagi.

Walau apapun, mama dan abah tetap ibubapa yang tiada gantinya. Allahumargfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani saghira...Semoga Allah memberi rahmat pada mama dan abah di dunia dan akhirat. Amin...

Selamat hari ibu dan bapa utk mak dan abah di Shah Alam...Semoga dalam lindungan Allah selalu...
Cu...selamat hari ibu! Terima kasih sbb sentiasa di sisi chik dari kecik sampailah laa ni...moga Allah beri yang terbaik untuk Cu dunia akhirat, amin...










Friday, June 17, 2011

Corat coret....


Dah dekat sebulan internet tk berfungsi. Kecurian kabel kata orang TM. Banyak benda yang berlaku sepanjang aku tak berblog ni tp tak dpt lg nak dikongsi. Ni pun dptlah buka blog sbb sekarang aku ada di Sungai Petani. Nak jumpa dgn DR di Hospital Seberang Jaya esok.Terpaksa mai awal sehari sbb appmt pukul 8 am. Tak larat nak rushing dr perlis. 

Lepas saja keluar hospital sbb kes mata aku hari tu, kami balik ke shah alam. Saja nak beralih angin sambil balik jumpa keluarga mertua. Dapatlah suami melepas rindu pd keluarga dia. Lagipun senang sikit nak ke mana2 sbb sekarang aku dah ada bibik baru. Dia sampai betul2 masa bday aku hari tu. Dah nak masuk 3 bulan dia dgn kami. So far, Alhamdulillah. Boleh diharap. Sikit2 terkurang tu biasalah. Setakat masalah kecik2 tu pejam mata ajalah. Lapang sikit dada cik abang aku tu sbb ada orang tolong. Tak adalah dia terkejar2 lagi nak urus aku. Harap2 tak ada masalah lg berkaitan dgn maid ni.

Cuti sekolah baru ni, kami sempat beralih angin ke Kelantan. Tp percutian kami harapkan tak seindah yang kami bayangkan. Worst holiday ever!  Tapi tak adalah sampai serik. Mungkin kalau kena perancangannya, bolehlah ke sana lg. Susah nak bawak OKU ni kalau tak rancang betul2. Nak kena berhenti tempat yg bnyk kemudahan, nak kena make sure tempat yg boleh bwk wheelchair dan macam2 lg benda yg nak kena fikir.

Keadaan aku sekarang? Mungkin lebih tenang. Kadangkala jiwa aku terusik tapi aku anggap semua itu dugaan. Harapan aku memang untuk sembuh tapi jika sudah ketentuan Allah aku begini hingga ke akhir hayat, aku redha. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Moga aku terus diberi ketabahan hati menghadapi dugaan ini...Amin ya rabbal alamin.

P/S: seronok dapat jumpa kawan2 yg dtg menziarah. Jazakillahukhairan kathira...zue, kina, aida marhaini, iefa dan utk org jauh, shida n the gang...heheh...terima kasih daun keladi, bila senang mai la lagi..