Selamat Hari Ulang Tahun yang ke 6 buat anakku...Muhammad Afif Imran b. Muhammad Najib. Walaupun tahun ni mama tak dapat buat majlis yang selalu2 kita tengok dalam TV tu, ada belon2, ada kek besar, ada ayam goreng, panggil ramai kawan2, ada goodies2...maybe ada makan2 family jer malam ni...mama tetap sayang Poden tau. Nanti mama sihat, kita pegi makan angin yer...nanti mama bawak Afif pegi Sunway Lagoon dekat umah mak ngah Ima...Afif kan nak sangat pegi tapi abah suruh tunggu mama sihat dulu. Doalah selalu2 kat Allah bagi mama sihat cepat2,.. boleh hantar Afif pegi sekolah, mama boleh masak untuk Afif bawak bekal, bawak Afif jalan2, kan ?
Mama nak ucapkan tahniah sebab dapat masuk darjah satu. Hehe...surat tak dapat lagi tapi mama dah mintak tolong Auntie Min kat Putrajaya tolong tengokkan(thank you Min)...Alhamdulillah. Mungkin minggu depan Afif mula bersekolah. Mama mengaku Mama risau nak lepaskan Afif ke sekolah. Yalah, anak Mama sorang ni lah. Risau takut anak tak makan ke, gaduh dengan kawan2 ke, kena marah dengan cikgu ataupun ada problem nak pi toilet ke...macam2 Mama pikir. Moga dipermudahkan Allah semuanya.
Sempena dengan birthday anak Mama hari ni, Mama doakan Afif berjaya dalam hidup, dunia dan Akhirat. Jadi anak yang soleh, dapat membahagiakan Mama dan Abah bila besar nanti. Menjadi insan yang berguna, beriman dan diberkati Allah. Amin...Mama sayang Afif. Moga Allah sentiasa melindungimu, nak!
P/S: Tadi Mama Intan call wish hepi birthday kat Afif. Dia doakan Afif jadi anak yang soleh..Amin.
3 comments:
masa dia kecik pi beli kuih kat aku dia nyanyi lagu VE....ingat dak ?
Ooo...ooo...pop,ooo...ooo...pop,ooo...ooo pop yeh yeh...........hehe, skrang dok gila lagu Aril dgn lagu iklan Brands...
ayu..anak2 ni sama je kan..hadif mulut pok pet pok pet nyanyi segala lagu yang budak2 AF tu nyanyi..naik risau aku..
selamat hari lahir Afif sayang..walaupun jauh beribu batu..doa tak pernah putus buat Afif..semoga Afif sentiasa menjadi anak yang menyenangkan hati mama dan abah. rindu nak jumpa afif..rindu nak tengok anak2 kita gelak suka layan game dinasour..insyaallah Ayu..ko akan segera sembuh..jangan berhenti berdoa..jangan berhenti berharap...
Post a Comment