About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Thursday, October 8, 2009

BERBAUR RASA

Dah lama terbaring atas katil ni. Kalau ikut kiraan dah lebih 150 hari. Bulan puasa, raya, birthday suami, birthday my mom and pertunangan adik, aku masih di katil ni. Lying hopelessly. Am I? Kadang kadang itu yang aku rasa. Hati kadangkala bertanya, kenapa aku? Kenapa aku diuji Allah sebegini rupa?Bila doa aku akan termakbul?Bila hati aku sarat dengan rasa yang berbaur...sedih, marah, kecewa, rasa diri menyusahkan...aku akan menangis semahunya. Kadang kadang dalam keadaan yang tak terkawal.

Aku akan lepaskan rasa yang berbagai bagai itu pada suami aku. Dan dia tetap menjadi pendengar yang setia. Dia akan cakap sesuatu yang menyebabkan hati aku kembali tenang. Bukan aku tak tahan diuji. Aku dah melaluinya. Tapi sebagai manusia biasa kadanng kadang kita kalah dengan perasaan sendiri. Aku terfikir sampai bila aku akan sakit, kemudian baik untuk satu tempoh dan kemudian sakit lagi. Perasaan aku bila tak dapat jalankan tugas sebagai seorang isteri dan  ibu hanya Allah yang tahu.

BUAT KESEKIAN KALINYA AKU BERMOHON PADAMU YA ALLAH KEMBALIKANLAH KESIHATAN YANG BAIK PADAKU SUPAYA AKU DAPAT KEMBALI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBAMU, ISTERI, IBU DAN ANAK DENGAN SEMPURNA. AMIN

9 comments:

Umar said...

ayu, sabarlah...Allah swt sayang sangat pada ayu, sebab itu Allah swt memberikan dugaan yg dirasakan tempohnya agak lama.
saya faham situasi n perasaan ayu, sebab mak saya pernah sakit yg saya rasakan agak lama....dari sy ting.2 sampai sy dah keje beberapa tahun, maybe lebih dari 13 tahun.
Mak saya terbaring dikatil...if datang sakitnye teruk, nak angkat leher pun x boleh....leher jadik lembik. Time tuh adik bradik saya semuanya masih kecil, ayah saya orang susah. Nak buat rawatan kat hospital x mampu, mak sy cuma terbaring di katil tanpe rawatan apa2 n tiada ubat..cuma if terlalu teruk, bile mak sy asyik pengsan je, barulah ayah bawak ke hospital. wpun hidup saya n family sgt susah n sedih, tapi tetap harung mengikut waktu n sentiasa berdoa supaya mak saya suatu hari nanti akan sihat walafiat mcm mak org lain. Perasaan anak2 n suami yg melihat n menjaga mak yg sakit, samalah rasanya mcm org yg sakit...wpun beban sakit tuh, tiada pd kami, tp ayah, saya n adik2 sentiasa menangis bersama mak.
Alhamdulillah, syukur sgt2 pd Allah swt, Allah maha penyayang...3 thn kebelakangan nih, mak sy dah sihat cam mak org lain, wpun masa mudanya dihabiskan dgn sakit....tp mak sy tetap gembira mcm mak org lain....Alhamdulillahh...

Umar said...

Semoga ayu cepat sembuh n sihat spt biasa...amin

mrs shaifull said...

dik ayu, jgn berputus asa, dlm hidup kita, mcm2 ujian, maybe dik ayu diuji dgn sakit mcm ni, tp org lain diuji dgn dugaan yg lain, mcm kak ct pun, ada jugak ujian yg sgt besar dlm hidup, tp kak ct cuma cerita kat org tertentu, sbbnya takut org melahirkan simpati, masa tu nnt air mata x terbendung lg, utk dik ayu rasanya x salah kalau kak ct bgtau kan, allah dah takdirkan anak kak ct hanya seorang, kalau teringin nak ada anak lg, satu2nya cara yg ada, buat IVF, tp kerana kos yg sgt tinggi bg kak ct, baik kak ct gunakan duit tu utk rifqy, sbb IVF ni ada percentage dia utk success, so pendapat kak ct n abg shaifull, baik kami gunakan duit sebanyak tu utk kepentingan rifqy, kami bersyukur, walaupun hanya seorang anak, tp dlm hati allah yg mengetahui, dlm umur blm cecah 30 thn lg ari tu, kak ct kena terima berita ni dgn redha, kak ct x menangis dpn org lain, tp dlm hati mmg sedih x terkira...

mama apih said...

noni:thanks sbb sudi berkongsi rasa...sgt2 dihargai... doakan ayu supaya kuat semangat dan sentiasa bersyukur

kak T:alhamdulillah..Allah anugerah Rifqy kat kak T n abg Shaiful.Dik U tau mcm mana rasa bila dc bgtau x leh beranak lg.Kandungan no 2 terpaksa dibuang sbb sakit ni.Masa tu baby dah dkt 5 bln.Sedih sbb kami mmg plan nak tmbh lg...dc pulak bgtau yg dik u kena guna ubat ni long life..x bleh pregnant selagi pkai ubat ni sbb bahaya pd kandungan..
anyway thanks for your concern n support...sgt2 dihargai

fAtimah Yong said...

salam ayu..
semoga ayu cepat sembuh...
dugaan Allah dtg dlm pelbagai...kak ty doakan semoga ayu tetap tabah dan bersabar,,

Anonymous said...

ayu...

sabar & tabah ya...moga kembali sihat.

Intanaziela said...

Ayu...janganlah macam ni...kuatkan semangat, dan sentiasa positif utk sihat ok..insyaallah...doa kita sebagai hambanya ini akan diperkenankan Allah...cuma cepat atau lambat...aku sentiasa doakan kau segera sembuh...kembali dapat menjalankan tugas rutin sebagai isteri, ibu...anak....insyaallah. Aku yakin kau akan sihat macam dulu. Dan, kau pun mesti ada keyakinan yang jitu, ok?

Muhammad SAfuan said...

saya doakan kak ayu sentiasa tabah dengan dugaan..
setiap yang berlaku dalam hidup ada sebab dan musabab dia..
semuanya dah tertulis dalam penceritaan hidup masing2..
makin kuat dugaan.. makin kuat iman diri..
saya harap.. saya sendiri dapat contohi kak ayu..
saya sangat2 kagum..
allah itu maha pengasih lagi maha penyayang..
amin...

hazila said...

Salam kenal. Setiap org ada dugaan yg tersendiri. Yg berbeza, mungkin berat dan ringan dugaan tu dan bagaimana kita menghadapinya. Bak kata org, Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.Selagi terdaya, kita hanya mampu berusaha dan berdoa.