About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Friday, June 17, 2011

Corat coret....


Dah dekat sebulan internet tk berfungsi. Kecurian kabel kata orang TM. Banyak benda yang berlaku sepanjang aku tak berblog ni tp tak dpt lg nak dikongsi. Ni pun dptlah buka blog sbb sekarang aku ada di Sungai Petani. Nak jumpa dgn DR di Hospital Seberang Jaya esok.Terpaksa mai awal sehari sbb appmt pukul 8 am. Tak larat nak rushing dr perlis. 

Lepas saja keluar hospital sbb kes mata aku hari tu, kami balik ke shah alam. Saja nak beralih angin sambil balik jumpa keluarga mertua. Dapatlah suami melepas rindu pd keluarga dia. Lagipun senang sikit nak ke mana2 sbb sekarang aku dah ada bibik baru. Dia sampai betul2 masa bday aku hari tu. Dah nak masuk 3 bulan dia dgn kami. So far, Alhamdulillah. Boleh diharap. Sikit2 terkurang tu biasalah. Setakat masalah kecik2 tu pejam mata ajalah. Lapang sikit dada cik abang aku tu sbb ada orang tolong. Tak adalah dia terkejar2 lagi nak urus aku. Harap2 tak ada masalah lg berkaitan dgn maid ni.

Cuti sekolah baru ni, kami sempat beralih angin ke Kelantan. Tp percutian kami harapkan tak seindah yang kami bayangkan. Worst holiday ever!  Tapi tak adalah sampai serik. Mungkin kalau kena perancangannya, bolehlah ke sana lg. Susah nak bawak OKU ni kalau tak rancang betul2. Nak kena berhenti tempat yg bnyk kemudahan, nak kena make sure tempat yg boleh bwk wheelchair dan macam2 lg benda yg nak kena fikir.

Keadaan aku sekarang? Mungkin lebih tenang. Kadangkala jiwa aku terusik tapi aku anggap semua itu dugaan. Harapan aku memang untuk sembuh tapi jika sudah ketentuan Allah aku begini hingga ke akhir hayat, aku redha. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Moga aku terus diberi ketabahan hati menghadapi dugaan ini...Amin ya rabbal alamin.

P/S: seronok dapat jumpa kawan2 yg dtg menziarah. Jazakillahukhairan kathira...zue, kina, aida marhaini, iefa dan utk org jauh, shida n the gang...heheh...terima kasih daun keladi, bila senang mai la lagi..

2 comments:

Intanaziela said...

yessssza...sudah berkeudara... hang marah org tm tu cakap omputeh dak? hahahha

NIk Fauziah Nik Hussin said...

alhamdulillah...mudah2an diberikan Allah kelapangan dan kemudahan dalam mengatur hidup seharian..n moga terus tabah menghadapi hari2 mendatang.