About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Thursday, March 26, 2009

SAKIT SATU ANUGERAH...

Dalam bulan ni aje,dah dekat 2,3 kali hubby ambik half day, emergency leave dan ada jugak berjaga malam sebab keadaan kesihatan aku tak berapa OK. Walaupun tak seteruk dulu, tapi bila time datang sakit tu, panik jugak dia. Takut aku RELAPSE...maksudnya serangan sakit saraf aku akan berulang lagi...Dr ada cakap, kadang2 pesakit MS ni bila relapse kemungkinan dia akan baik seperti sediakala 50/50.Mungkin dia akan jadi teruk ataupun kesihatan dia akan lebih baik dari sebelumnya.

Bila orang tengok aku boleh jalan, memasak, drive dan buat kerja seperti biasa, mereka ingat aku dah baik 100%. So, semua orang pun mulalah bertanya soalan yang sama, BILA NAK KERJA BALIK? BILA NAK TAMBAH ANAK LAGI? BILA TU, BILA NI,..Tapi diorang tak tahu yang aku ni bawak kereta guna sebelah mata ja sebab mata kiri aku sarafnya rosak. Dr sendiri kata tak ada ubat dan ianya akan sembuh bergantung pada masa sbb ianya melibatkan saraf. Kalau malam ataupun hujan lebat, aku dah tak boleh drive sbb penglihatan aku terhad. Kadang2 nak parking kereta pun susah sbb tak tau nak agak takut terhentam bumper ke, bonet orang. Bagaimanapun, aku tetap bersyukur masih punya mata untuk melihat.

Diorang juga tak tahu yang dalam seminggu, aku cuma dapat tidur nyenyak 2,3 mlm dan selebihnya aku akan bangun menahan sakit kepala yang amat sangat kesan dari injection yang perlu aku ambik 3x seminggu, ataupun terpaksa menahan sakit dan pedih dada,pedih ulu hati dan sakit belakang...

Dan hari ni, pukul tiga pagi badan aku menggigil sejuk yang amat sangat. Masa kejadian tu, kami tidur di kuarters. Hubby aku yang panik terus ke dapur ambik air zamzam sapu kepala aku dan bagi aku minum. Bila dia tengok aku masih menggigil, dia ambik minyak panas lumur satu badan. Kejap kejap dia gosok kaki. Kejap kejap dia gosok badan sambil mulut dia tak putus putus sebut,"Mama baca doa sikit mama". Dia cium dahi, dia usap rambut aku. Muka dia panik sangat. Aku pulak tak boleh bagi respons sbb aku menggigil sampai tak boleh bercakap. Agaknya dia dah tak tau nak buat apa. Ajak aku ke hospital ,aku tak nak. Last2 dia telefon parents aku. Dalam pukul 3 pagi tu jugak la mama dan abah aku redah pegi tengok aku kat kuarters.

Aku ingatkan apa pulak kali ni...ataupun mungkin dah sampai ajal ke. Aku pandang muka Mat Apih yang tengah tidor sebelah aku, dalam hati aku berdoa...Ya Allah, panjangkanlah umur aku sampai selesai tugas aku nak besarkan Apih jadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat...kesian dia kalau dia tak ada mama ....Amin...














Saturday, March 21, 2009

HATI YANG RAWAN...


Kesedihan tidak boleh mengembalikan sesuatu yang telah hilang. Ketakutan tidak baik untuk masa depan. Kekhuatiran tidak akan dapat mewujudkan kejayaan. Akan tetapi jiwa yang tenang dan hati yang redha adalah dua sayap untuk terbang menuju kebahagiaan.


mutiara kata,
Dr Aidh Abdullah Aidh Ali Majdu al-Qarni




Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar dan solat, sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu mengata terhadap orang-orang yang gugur di jalan ALLAH(bahawa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup tapi kamu tidak menyedarinya.Dan sungguh akan Kami berikan cubaan padamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu orang yang ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "innalillahiwainnailaihirojiun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.

Surah Al-Baqarah ayat 153-157

Antara hati dan perasaan, hanya Allah yang mengetahui...

Thursday, March 19, 2009

SELAMAT BERTUNANG...HANIM!!!

Alhamdulillah...akhirnya dapat gak meng'upload' gambar2 pertunangan Hanim...

Bergambar bersama sepupu2 yg masing2 dah jadi anak dara dan anak teruna...Mak orang pun ada dah...Dari kiri: Syahirah, Adik, Hafiz(yg dah lebih 6 thn tak jumpa...baru blk dr Jepun)dan Airin. Duduk dari kanan: Mimi, Jua, me and Ifa.
Pose jangan tak pose...Hanim and the cousins....sukanya dia...
Posing dlm bilik mak ndak...masa ni baru sudah sesi make up yg diketuai oleh Deepa...hehehe...manis Hanim hari tu...
Ni saja ja nak interframe...maklumlah datang jauh2 dari Perlis takkan tak posing kut...
Adik ngan Essan posing dengan anak Airin yang baru berusia 2 bulan lebih...ambik berkat...geramnya, bilalah agaknya nak pegang baby lagi....InsyaAllah.

Kami doakan semoga semuanya berjalan lancar...Orang kata masa bertunang banyak dugaan...All the best utk Hanim. Tahniah...wah, tak lama lagi dah nak jadi isteri orang...hehehe...

HASRAT TERTANGGUH....

Alahai...sebenarnya sejak dari hari tu lg aku nak update blog dgn gmbr2 pertunangan my beloved cousin Hanim... tapi mcm2 yg jadi...bila blk bukak VCAM ,sekali gmbr yg diambik bgai nak rak tak lekat...frustnye...lepas tu sms adikku Jua suruh emailkan gmbr dari HP nya...dia pulak tak smpt nak ke lab...katanya...tertangguh lg hajat aku nak update blog ni dgn gmbr2 Hanim...sori ler Nim ye...akan diusahakan secepat mungkin...

Last 2 weeks, (9 mac 2009) bersamaan Maulidur Rasul adalah hari pertunangan sepupuku Hanim...meriah walaupun dalam keadaan hujan...Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. InsyaAllah, kalau tak ada aral...majlis perkahwinannya akan berlangsung 1 Januari 2010. Wah, tarikh...Berseri-seri muka mak ndak aku hari tu...Mak ndak aku ni kira mak sedara yg paling ngam dan rapat sgt smpaikan masa dia dating dulu aku dibawaknya...hehehe, ingat lagi...

InsyaAllah next post gmbr2 kan menyusul...