About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Thursday, March 26, 2009

SAKIT SATU ANUGERAH...

Dalam bulan ni aje,dah dekat 2,3 kali hubby ambik half day, emergency leave dan ada jugak berjaga malam sebab keadaan kesihatan aku tak berapa OK. Walaupun tak seteruk dulu, tapi bila time datang sakit tu, panik jugak dia. Takut aku RELAPSE...maksudnya serangan sakit saraf aku akan berulang lagi...Dr ada cakap, kadang2 pesakit MS ni bila relapse kemungkinan dia akan baik seperti sediakala 50/50.Mungkin dia akan jadi teruk ataupun kesihatan dia akan lebih baik dari sebelumnya.

Bila orang tengok aku boleh jalan, memasak, drive dan buat kerja seperti biasa, mereka ingat aku dah baik 100%. So, semua orang pun mulalah bertanya soalan yang sama, BILA NAK KERJA BALIK? BILA NAK TAMBAH ANAK LAGI? BILA TU, BILA NI,..Tapi diorang tak tahu yang aku ni bawak kereta guna sebelah mata ja sebab mata kiri aku sarafnya rosak. Dr sendiri kata tak ada ubat dan ianya akan sembuh bergantung pada masa sbb ianya melibatkan saraf. Kalau malam ataupun hujan lebat, aku dah tak boleh drive sbb penglihatan aku terhad. Kadang2 nak parking kereta pun susah sbb tak tau nak agak takut terhentam bumper ke, bonet orang. Bagaimanapun, aku tetap bersyukur masih punya mata untuk melihat.

Diorang juga tak tahu yang dalam seminggu, aku cuma dapat tidur nyenyak 2,3 mlm dan selebihnya aku akan bangun menahan sakit kepala yang amat sangat kesan dari injection yang perlu aku ambik 3x seminggu, ataupun terpaksa menahan sakit dan pedih dada,pedih ulu hati dan sakit belakang...

Dan hari ni, pukul tiga pagi badan aku menggigil sejuk yang amat sangat. Masa kejadian tu, kami tidur di kuarters. Hubby aku yang panik terus ke dapur ambik air zamzam sapu kepala aku dan bagi aku minum. Bila dia tengok aku masih menggigil, dia ambik minyak panas lumur satu badan. Kejap kejap dia gosok kaki. Kejap kejap dia gosok badan sambil mulut dia tak putus putus sebut,"Mama baca doa sikit mama". Dia cium dahi, dia usap rambut aku. Muka dia panik sangat. Aku pulak tak boleh bagi respons sbb aku menggigil sampai tak boleh bercakap. Agaknya dia dah tak tau nak buat apa. Ajak aku ke hospital ,aku tak nak. Last2 dia telefon parents aku. Dalam pukul 3 pagi tu jugak la mama dan abah aku redah pegi tengok aku kat kuarters.

Aku ingatkan apa pulak kali ni...ataupun mungkin dah sampai ajal ke. Aku pandang muka Mat Apih yang tengah tidor sebelah aku, dalam hati aku berdoa...Ya Allah, panjangkanlah umur aku sampai selesai tugas aku nak besarkan Apih jadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat...kesian dia kalau dia tak ada mama ....Amin...














2 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

Salam
Moga2 disembuhkan penyakit tersebut, setiap penyakit pasti ada ubatnya dan berdoalah.akak tumpang simpati..

Umar said...

insyallah, semoga ayu akan sihat walafiat spt dulu...syukur dan bertuah krn dikurniakan suami dan anak yg sgt baik... :)