About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Sunday, November 29, 2009

HUJAN DI HATI MAMA...

Tajuk di atas bunyinya macam cerita novel..tapi tu lah yang jadi pada aku hari ni. Sepatutnya hari ni aku pegi sesi fisio. Pagi2 lagi hubby dah keluar ada korban kat UniMap. Dah janji nak pegi fisio petang sikit. Jam dah dekat pkl 1.30 tgh hari. Aku masih tergedang atas katil, tanpa mandi, pampers tak bertukar. Hubby call tanya sapa yang nak teman aku ke fisio. Aku jawab, entah. Semua orang sibuk dengan hal masing2. Ada orang yang ambik kesah, ada yang tak. Memang kali ni aku terasa semua orang letih nak melayan. Semua dah macam give up dan tanya bilalah aku nak baik.
 
Tiba-tiba Afif bagitau dia lapar nak makan. Dari tadi rupanya dia tak makan lagi. Aku suruh dia mintak makan kat dapur. Bila dia ke dapur, Afif bagitau tak da lauk. "Mama, Afif lapar. Takkan Afif nak makan ikan dengan kicap lagi. Tak dak kuah. Asik-asik makan dengan kicap". Dia nangis mendayu-dayu. Aku yang tadinya dah nangis di dalam dah mula hujan di luar. Memang sejak aku sakit ni, anak aku asyik makan nasi, lauk dan kicap. Kadang- kadang ja berkuah. Kadang2 tak makan nasi pun sebab lauknya pedas dan tak kena selera dia. Bukanlah orang susah asyik makan dengan kicap.Lauk memang ada.Selalunya beli ja kat kedai. Tapi kekadang tak teringat nak beli untuk anak aku. Ke anak aku yang mengada nak makan best-best?
 
Saat-saat macam ni lah aku mula bertanya, kenapa Allah uji aku sebegini. Kesian anak aku. Aku panggil dia. Sambil nangis dalam cover2, aku bgtau Afif, jangan nangis, nanti mama sihat mama masak sedap2 kat Afif.
"Ya Allah, kasihanilah aku. Bila aku nak baik, kesian kat anak aku. Dia perlukan aku...". Hati aku meronta-ronta nak bangun. Tapi apakan daya...
 
Berat mata memandang...hanya Tuhan yang tahu. Aku terus hujan sampaila hubby balik. Macam biasa, bila dia tengok aku tak seronok, dia terus tenangkan aku. Aku tahu dia letih tapi dalam senyum, dia tukarkan pampers, siapkan aku...pujuk aku. Petang ni plan ke fisio cancel. Dan orang pun terus bertanya, bila aku nak baik?

Tuesday, November 10, 2009

Pejam celik pejam celik.....

Sekejap saja masa berlalu...dah nak cuti sekolah. Tak sempat nak tengok perkembangan Mat Poden di sekolah disebabkan terlantar macam ni. Afif tahun ni jer dah berapa kali tuang sekolah disebabkan mama dia yg sorang ni. Nasib la cikgu Afif ni memahami.

Ada dua, tiga event bulan ni yang dikira besar dan penting untuk Afif. 18hb ni Afif ada konvokesyen pra-sekolah di Dewan 2020. Tak pasti aku dapat hadir ke tak. Rasa ralat sangat bila waktu-waktu penting macam ni aku tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

23hb pulak, Afif ada ujian temuduga dan bertulis di Jabatan Pendidikan Perlis untuk tentukan layak atau tak masuk darjah 1 untuk sesi persekolahan tahun depan.. Saja nak cuba. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tak dapat pun, dia tak rugi apa-apa sebab umur dia baru 6 tahun. Hoping for the best for him, Amin.

Sekejapnya masa berlalu...pejam celik dah nak masuk tahun 2010. Aku masih di sini mengharap dan terus berdoa...

Monday, November 2, 2009

Thanks...terima kasih...

Thanks pd kawan2 yang sudi singgah menjengok bertanya khabar...yg buat aku terharu tu, bila diorang dtg jer Perlis mesti singgah..tp kawan2 satu negeri tak pulak datang...aku faham, kadang2 kita bnyk komitmen lain tp xkan call pun tak sempat...bila ada kawan2 lain yg  jauh dtg, barulah sibuk2 call mtk maap bgtau tak sempat...layan jer la...yg penting Allah tau kita ikhlas ke tak...

Thanks utk noni n kak t...jiran merangkap teman blogger yg dtg jumaat lps, E're n Ayu yg dtg dr Penang 2 hr lps dan x lupa Iefa n Man, abg faiz n ana yg tiap2 kali balik beraya ke bercuti ke mesti dtg jumpa. Thanks...really appreciate it...