About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Tuesday, November 10, 2009

Pejam celik pejam celik.....

Sekejap saja masa berlalu...dah nak cuti sekolah. Tak sempat nak tengok perkembangan Mat Poden di sekolah disebabkan terlantar macam ni. Afif tahun ni jer dah berapa kali tuang sekolah disebabkan mama dia yg sorang ni. Nasib la cikgu Afif ni memahami.

Ada dua, tiga event bulan ni yang dikira besar dan penting untuk Afif. 18hb ni Afif ada konvokesyen pra-sekolah di Dewan 2020. Tak pasti aku dapat hadir ke tak. Rasa ralat sangat bila waktu-waktu penting macam ni aku tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

23hb pulak, Afif ada ujian temuduga dan bertulis di Jabatan Pendidikan Perlis untuk tentukan layak atau tak masuk darjah 1 untuk sesi persekolahan tahun depan.. Saja nak cuba. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tak dapat pun, dia tak rugi apa-apa sebab umur dia baru 6 tahun. Hoping for the best for him, Amin.

Sekejapnya masa berlalu...pejam celik dah nak masuk tahun 2010. Aku masih di sini mengharap dan terus berdoa...

2 comments:

CT NORAMIZA said...

dik ayu, insya-allah, kak ct doakan dik ayu dpt p masa konvo afif nnt. :)

Intanaziela said...

all the best tu mat apih poden..wah cepatlah afif masuk darjah satu yek... :) tak saing la anak kita nanti...hahahah. Hadif masih kena pi tadika next week.

Ayu, take a good care..semoga cepat sembuh..cepat2 boleh jalankan tanggungjawab sebagai ibu...insyaallah...Allah mendengar doa hambanya...