About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Sunday, November 29, 2009

HUJAN DI HATI MAMA...

Tajuk di atas bunyinya macam cerita novel..tapi tu lah yang jadi pada aku hari ni. Sepatutnya hari ni aku pegi sesi fisio. Pagi2 lagi hubby dah keluar ada korban kat UniMap. Dah janji nak pegi fisio petang sikit. Jam dah dekat pkl 1.30 tgh hari. Aku masih tergedang atas katil, tanpa mandi, pampers tak bertukar. Hubby call tanya sapa yang nak teman aku ke fisio. Aku jawab, entah. Semua orang sibuk dengan hal masing2. Ada orang yang ambik kesah, ada yang tak. Memang kali ni aku terasa semua orang letih nak melayan. Semua dah macam give up dan tanya bilalah aku nak baik.
 
Tiba-tiba Afif bagitau dia lapar nak makan. Dari tadi rupanya dia tak makan lagi. Aku suruh dia mintak makan kat dapur. Bila dia ke dapur, Afif bagitau tak da lauk. "Mama, Afif lapar. Takkan Afif nak makan ikan dengan kicap lagi. Tak dak kuah. Asik-asik makan dengan kicap". Dia nangis mendayu-dayu. Aku yang tadinya dah nangis di dalam dah mula hujan di luar. Memang sejak aku sakit ni, anak aku asyik makan nasi, lauk dan kicap. Kadang- kadang ja berkuah. Kadang2 tak makan nasi pun sebab lauknya pedas dan tak kena selera dia. Bukanlah orang susah asyik makan dengan kicap.Lauk memang ada.Selalunya beli ja kat kedai. Tapi kekadang tak teringat nak beli untuk anak aku. Ke anak aku yang mengada nak makan best-best?
 
Saat-saat macam ni lah aku mula bertanya, kenapa Allah uji aku sebegini. Kesian anak aku. Aku panggil dia. Sambil nangis dalam cover2, aku bgtau Afif, jangan nangis, nanti mama sihat mama masak sedap2 kat Afif.
"Ya Allah, kasihanilah aku. Bila aku nak baik, kesian kat anak aku. Dia perlukan aku...". Hati aku meronta-ronta nak bangun. Tapi apakan daya...
 
Berat mata memandang...hanya Tuhan yang tahu. Aku terus hujan sampaila hubby balik. Macam biasa, bila dia tengok aku tak seronok, dia terus tenangkan aku. Aku tahu dia letih tapi dalam senyum, dia tukarkan pampers, siapkan aku...pujuk aku. Petang ni plan ke fisio cancel. Dan orang pun terus bertanya, bila aku nak baik?

5 comments:

Intanaziela said...

Ayu, sabar ye. hanya tu la yang kawan ko ni boleh cakap. Kalau la dekat, aku amik afif tu, walaupun tak boleh ganti tempat ko, at least boleh juga bawak dia main2 dgn Hadif...kuatkan semangat. Aku yakin ko akan bangun dan sihat semula. Jangan biarkan perasaan sedih menguasai diri...aku sentiasa doakan kau kembali sihat...

mama apih said...

thanks a lot...tu aje yg aku boleh ckp...thanks sgt2.

CT NORAMIZA said...

dik ayu, tenangkan hati, insya-allah, semua ni allah punya kuasa, kak ct yakin dik ayu akan sembuh, jgn putus asa, kami semua doakan dik ayu sembuh spt sediakala. ingat tau

Umar said...

Ayu, mata saya yg memandang nih pun terasa berat bile tgk ayu. ape lg ayu yg menanggungnya...sabarlah ayu..jgn putus asa berdoa..satu hari nanti doa ayu pasti termakbul...insyallah...aminnnn...

fatinz said...

berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul....
sabar ayu....ALLAH sedang dengar doa ayu.... terus laa bersabar...
semoga ayu tetap tabah...akan sembuh 1 hari nanti... aminnnnnnn