Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita adik aku Ima dimasukkan ke wad kerana demam denggi berdarah. Memang banyak hari dah dia demam tak kebah2. Orang yang paling susah hati tentulah mama aku. Yalah...anak yang sorang ni sakit tak bangun2, abah aku pulak baru lepas buat operation hati...sekarang ni adik aku pulak. Dahlah jauh di HUKM sana tu. Kalau kat sini bolehlah sedara mara tolong tengok. Berbelah bagi, husband kat sini tak sihat...teringat anak kat sana tapi nanti pegi anak and husband kat sini sapa nak tengokkan?
Kesian mama....kalaulah aku boleh bangun dapat gak aku runner sana sini tolong mama...bilalah aku boleh bangun ni....?
4 comments:
ini la pengorbanan seorang ibu kan ayu...aku ingat lagik setahun aku tak bleh berjalan..barak kencing semua mak aku yang uruskan...
la, ima kena denggi, mintak2 sihat selamat semua, dik ayu, bila plak pakcik sahak kena operate tu? x pa, sama2 kita doa, semua akan seperti sediakala, insya-allah.
assalamualaikum ayu,
maaf kerana singgah membaca kisah ayu ni. mmg ayu tak kenal saya. saya tak sengaja terjumpa blog ayu.
saya ingat nak jadi silent reader jer, tapi hati tak tahan nak komen gak.
walaupun tak boleh memahami sepenuhnya sakit dan kepayahan yang ayu sedang hadapi sekarang ini, tapi saya faham keadaan yang ayu hadapi sekrg ini sebab arwah mama saya juga pernah sakit teruk (bukan MS, jadi more or less i can understand ur situation. Tak da org nak sakit...semua org nak sihat, nak menikmati hidup....saya tahu....
saya doakan ayu cepat sembuh, boleh bangun, berjalan, bekerja semula, seperti sediakala...
2 hari saya baca blog ayu, siap mengalir airmata lagi....saya betul2 harap ayu tabah menghadapi semua dugaan. Dan saya betul2 berharap ayu akan sembuh segera, Insya Allah....saya harap ayu juga kuat untuk menulis selalu di blog ayu...harap dapat selalu baca kisah ayu dan harap2 selalu dpt baca good news di blog ayu...insya allah.
min:Itulah baru nama mak...tak paham sungguh mcm mana ada orang sanggup buang anak.
kak ct:baru lps operate 3 minggu lps.Harap2 tahun baru ni semuuanya ok.
emmy:salam perkenalan.Tq sbb sudi sgah.Sy taklah bagus sgt menulis. Sekadar tempat utk luah perasaan...alhamdulillah ada yg sudi berkongsi rasa.Thanks.
Post a Comment