About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Sunday, January 3, 2010

KENDURI DI AWAL TAHUN...

Lepas saja dapat tau adik aku kena masuk wad hari tu, mama aku ambik keputusan nak pegi tengok Ima memandangkan keadaanya amat lemah. Kebetulan petang rabu tu hubby sepatutnya amik flight ke Subang sbb petang Khamis dia ada meeting di UTeM. Bincang punya bincang, petang rabu 23hb tu kami pi naik kereta. Dengan aku aku sekali diusung naik sbb kalau tinggal aku, sapa yang nak pesah? Hubby tak ada, mak pun tak ada.
Alhamdulillah, pukul 12.30 tgh mlm kami sampai HUKM. Lepas mtk izin guard nak masuk tengok adik, mama aku pun sorong la kerusi roda naik wad tgkt 6. Mak aiii ...jauh gila! Mama aku pun semput tolak aku naik. Dah mlm., so 2 orang ja yg dibenarkan naik lagipun dah lepas time melawat pun. Dah puas hati tengok keadaan adik aku, kami pun balik la ke Melawati umah mak ndak aku. Jam pun dah pukul 2 pagi.

Haa...tetiba ja ada gambar kawin ni. Sebenarnya kami mmg ada plan nak pi kenduri ni tapi disebabkan adik masuk wad, plan pun dah jd lain. Kenduri my beloved cousin, satu-satunya anak tunggal perempuan mak Ndak aku, Hanim dan pasangannya Tajul jatuh pd 1 Jan 2010. Plannya nak turun 30hb tapi dah turun awal malas nak ulang alik so stay smpai hari kenduri.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Hanim pun cute n manis sangat mcm anak patung hari tu. Sama padan...aku tumpang seronok walaupun sedih tak dapat join jadi orang kuat hari tu. Tapi yang seronoknya dapat jumpa semua sepupu dan mak sedara yang dah lama tak jumpa. Rindu sangat that moment...
Salam Maal Hijrah...selamat tahun baru. Azam tahun baru?
Aku berazam untuk sembuh dan harapkan Allah makbulkan doa aku kemudian baru aku boleh tunaikan azam aku yang lain ...Amin.

2 comments:

E4 said...

azam tahun baru ifa nak naik gajah..huhuhu

Intanaziela said...

azam tahun baru aku nak lebih positif..dan sentiasa doakan ko agar cepat sembuh...yakin boleh sahabat..insyaallah...