About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Thursday, January 14, 2010

Kisah Afif di sekolah...

Alhamdulillah, Afif dah mula ke sekolah dua hari lepas. Niat di hati memang nak tepek gambor Afif hari pertama ke sekolah tapi memandangkan HP abahnya rosak pada hari yang sama, terpaksalah niat tu ditangguh ke hari lain. Punyalah susah nak kejut Afif bangun pagi. Yalah cuti lama sangat. Kalau dulu bolehlah lambat sikit sebab pegi sekolah pra. Tapi sekarang dah masuk darjah satu. Pukul 6.30 dah bangun sebab sekolah mula pukul 7.30 pagi.
First day tu memang aku dah sound kat hubby suruh tunggu tengok Afif macam mana. Nasib baikla opis hubby dengan sekolah anak dalam 15 min. So bolehlah dia on and off. Lepas amik surat kat jabatan, teruslah pegi sekolah. Selesai semua, anak aku pun masuk kelas 1 Omar. Muka dia mula la berubah tengok ramainya dalam kelas. Dulu kalau waktu pra, kelas ada 15 orang jer. Bolehlah tunjuk hero. Hubby kata dia asyik buat signal suruh tunggu. Hehe...hubby pun tunggu la kejap.
Pukul 1 hubby datang balik bawak selipar untuk Afif ambik wuduk utk solat Zuhur berjemaah. Masa nak wuduk tu pun muka dah sebek sebek(mcm nak nangis) sebab dia tengah queue nak amik wuduk, ada budak lain potong line. Yalah, budak darjah 1 sampai darjah 6 semuanya solat sekali. Mestilah kelam kabut sikit. Anak aku memang cepat panik bab2 macam ni. Last-last dengan abah abah sekali solat sama....har..har...har...
Lepas solat, lunch tgh hari and masuk kelas balik untuk sesi petang. Sesi jqaf dengan Bahasa Arab. Balik pukul 4. Pukul 3.45 abah dia dah tercangak tunggu anak balik. Tu jer lah kerja abah dia hari tu....balik umah, pukul 7.30 dah tidor. Fuh! letih benor anak mama...Sian pulak bila pikir2, tapi nak belajar kenalah korban sikit...
Hari kedua dah OK sikit sebab dah ada kawan. Abah dia siap pesan lagi kat kawan tu tolong tengokkan Afif. Hehe...macamla besar sangat kawan tu. Hari  ni abah Afif bolehlah spend masa lebih sikit kat opis. Petang abah ambik terlambat sikit. Buddy dia dah balik dulu. Apalagi, berendam air mata la kejap cik abang kita tu...he..he..he. Anak mama ni memang cengeng sikit. Turun mama kut, tapi dulu-dulu mama tak adalah takut pi sekolah...hehe.
Kali ni mama tak dapat nak join moment penting anak mama. Cuma dengar cerita abah jer. Apapun mama doakan yang terbaik untuk Afif. Harap2 mama dapat hantar Afif ke sekolah lepas ni....itupun kalau Allah izin.

p/s: Selamat Hari Lahir untuk Mama Intan. Semoga sentiasa bahagia dan dirahmati Allah selalu.

6 comments:

Emmy said...

afif advance la kan, masuk setahun awal?...

mama apih said...

Aaa...aa.Dia lahir awal Jan jd boleh request masuk darjah 1 asalkan exam dengan selection lepas...x sangka anak dah darjah 1...hehe

Intanaziela said...

bila ingat peristiwa anak masuk sekolah ni..aku gelak sorang2..mana tak hadif pun masuk satu utk kelas KAFA, lucu tengok dia bergaul dgn kawan2 lebih tua dari dia..insyaallah Ayu.anak kita akan survive..macam kita dulu2..

terima kasih atas ucapan dan doa, aku doa semoga Allah perkenankan doa aku nak tengok ko sembuh macam dulu kala

Intanaziela said...
This comment has been removed by the author.
CT NORAMIZA said...

lor sian afif, kak ct blh imagine mcm mana anak lelaki ni punya kemanjaan tu, depa punya manja lain sket kan :) anak pompuan manja pun blh berdikari lg :) anak o anak

mama apih said...

Intan:harap2 anak anak kita dpt bawak diri...hehe

Kak CT:memang...memang.Afif kalau kelai dengan sepupu pompuan,.. yang nak nak mula sebek dgn report kat mama...dia la dulu. Sepupu dia relek ja...