About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Monday, May 24, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN EFFA & RAZMIE

Alhamdulillah, semuanya sudah selesai....adik aku, Nur Hafifa Iswati bt Ishak selamat diijabkabulkan dengan Ahmad Razmie bin Abd Aziz pada pagi Sabtu 22 Mei dan sebelah petang diteruskan dengan majlis kenduri. Walaupun pada malamnya badan aku agak sakit-sakit, perut semakin membesar, susah nak lelap,dan bengkak di sekitar kaki dan tangan akibat steroid, Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk aku sama-sama meraikan majlis perkahwinan Ifa anak ketiga dalam famili. Bertambah lagi la menantu cikgu Akk dan cikgu Lily. 

Seronok dapat jumpa sanak saudara dan sahabat-sahabat yg datang sama-sama meraikan. Tetamu paling tak diduga tentulah sahabat dari jauh Husna dan Helmi sekeluarga. Thanks Una....pandai betul ko buat surprise. Terima kasih banyak2...Seronok sangat dapat jumpa dengan Eida dan Cik Tie, ex schoolmate yg dah berbelas thn tak jumpa sejak habih SPM...terubat rindu pada kawan2 sekolah. Sayang, cuma gambar tak sempat diambil...Thanks gak utk Che Dee, Dini n Jan, Puan Puteh, kak Ti Tmn Bakau, Ngah Mah, Ngah Jih,  kak Pah sekeluarga dan beberapa org ustazah dan cikgu, ustazah Sharqiah, Ustazah Aisyah dan cikgu Sabariah yg dtg menziarah. Pada kawan2 yg htr sms sbb tak dpt hadir tu, terima kasih atas ingatan. Panjang umur kita jumpa lagi. 
Walaupun dlm keadaan kesihatan yg tak mengizinkan dan penglihatan yg terbatas, terubat duka di hati dengan ingatan dan doa semua...terima kasih. Tak kurang juga ada yg datang mengalirkan air mata melihat keadaan aku...tapi aku dah biasa, orang hanya boleh melahirkan simpati tapi Allah jua yang mengetahui gelora di hati...Moga Allah terus beri kekuatan...Moga aku tergolong dalam kalangan orang yang sabar dan redha...Amin...

Sunday, May 9, 2010

Relapse lagi...

3 hari lepas. mata kiri aku blackout...sblum ni saraf mata kiri mmg rosak tp masih boleh lihat sedikit wpun blur...dalam keadaan tu, ku gagahi juga kaki ke sg. petani petang jumaat lepas...selain bertujuan nak release tension, aku berhajat nak jumpa seorang kenalan yg aku kenal dlm2 dok berblog ni..Kak Nik dan keluarga...Alhamdulillah, Allah permudahkann dn kami pun berjumpa..
blk sj aku terus e mail condition aku pd dr lim...opinion dia, aku relapse dan kena warded...skrg hubby tgh decide mcm mana...so sblum msk wad, aku tulis blog dulu wpun mata dah blur2 ni...Allah bg pinjam, skrg DIa dah ambik balik...mgkin lps ni agak sukar aku nak menulis dan membaca...doakan yg terbaik utk aku ya teman2 bloggers...doakan aku redha dengan  ujian ini walaupun sekiranya selepas ni aku kehilangan anugerah yg amat berharga ...Allah jua yg lebih mengetahui.....salam....

Thursday, May 6, 2010

Sebu sebal hati...

Pagi tadi bila bangun ja dari tido, dada rasa sebu sangat...rasa macam nak meraung! Bukannya tak pernah meraung tapi sebelum ni depan hubby saja, tak pernah lagi buat perangai depan seisi rumah...saja tak mau kecoh kecoh...muka nampak macam tak ada apa-apa padahal dlm hati Allah saja yang tahu...Semua orang dok mengeluh hal diri, masalah masing-masing...masalah kerja, masalah tu masalah ni...tapi kalaulah depa rasa apa yang aku rasa...sepatutunya mereka lebih bersyukur....

Dah dekat 365 hari ....rutin yg sama, harapan yang sama...

Tuesday, May 4, 2010

Ting....Tong!!!

Rasa-rasanya kita ni sebagai perempuan memang selalu agaknya pendam perasaan. Banyak sangat yang kita pendam. Bila marah, sakit hati, terasa hati, kecewa...kadang-kadang tak terluah dengan perkataan. Habis sangat pun air muka kita berubah. Tak ada mood. Tanya sepatah, jawab sepatah. Paling teruk pun, menangis sorang-sorang...meleleh ja air mata tu keluar. Yalah, kadang-kadang kita terasa hati dengan orang yang kita hormati, kita sayangi....nak cakap takut ada yang terasa. Cakap lebih-lebih kang dilabel derhaka, lagi naya. Apa boleh buat, pejam mata, telan air liur saja la lepas tu mengucap banyak-banyak. Sabar, sabar dan sabar....itu saja yang kita boleh buat. Lepas tu tulis dalam blog....hehehe.

P/S: Sangat lain macam intro aku hari ni....eemmm....