About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Friday, March 26, 2010

Cerita Dari KL....

Last week, dekat-dekat cuti sekolah dah nak sampai ke penghujung...aku dan family ke KL sebab nak berubat. Berubat cara tradisional dengan seorang Dr dari Terengganu. Aku berubat di sebelah malam, jadi siang tu  dipenuhi dengan aktiviti merehatkan diri di samping berjalan-jalan sekitar KL cari makan. Time nak cari makan ni yang susah ni...aku mmg peminat rancangan JJCM ni pun boleh tak tau nak mkn kat mana. Hubby selalu kata,"kata bnyk sgt tmpt makan, tapi bila time nak makan tak tau kat mana....apa yg mama tgk..?

Hari pertama kami di rumah adik di Bdr Sunway, kami dah berkira-kira nak lunch kat mana...selak2 buku Rasa, adalah satu kopitiam area USJ...sejak isu kopitiam tak ada sijil halal ni, kami memang jaga2, pilih kopitiam yang owner melayu ja...fast food mmg bnyk tapi dah lama tak makan...boikot punya pasal smpai skrg tak makan...dah dekat setahun lbh...harap2 berterusan, InsyaAllah. Pusing punya pusing, siap guna GPS tu cari Geylang Kopitiam...tak jumpa. Lama sgt cari punya cari....kami decide nak makan kat Shah Alam jer. Senang sebab dah biasa. Kami pun lunch kat Restoran Soto Seksyen 8, Shah Alam. Tempat aku dan hubby selalu lunch time balik kelas dulu. Lauk pauk toksah cakap, penuh meja. Rambang mata. Harga pun OK. Bukan main suka mama aku dapat makan tempoyak dengan masak lemak telur itik. Selera nogori lah katakan....

Hari kedua, kami plan nak makan kat Natrabu Minang Kg Baru, KL. Bukannya tak ada tempat lain tapi kalau masakan ala2 seafood atau Thai ni memang dah muak. Kat Perlih dah selalu makan. Maklumlah, dekat dengan sempadan. Lagi murah dari sini.... Restoran Natrabu ni saji makanan ala2 padang gitu...Aku dah 2x makan kat sini...Sekali lg khidmat GPS diperlukan. Ikut punya ikut...dah sampai. Tapi malangnya restoran tu dah ditutup...hehe...kesian. Restoran arab yg take over...Tak tau nak pegi mana, kami pun jalan lagi....

Lalu dekat dengan KLCC, kami decide nak try makan kat Saloma Bistro Theatre Restaurant. Tempatnya OK. Banyak la Mat Salih makan kat situ. Memang restoran berkonsepkan tourism pun. Dekat dengan Matic. Malas nak makan nasi, kami plan nak order ala carte je. Kecuali mama ngan abah yang order nasi hidang. Presentation of the food Ok tapi bila makan...indah khabar dari rupa. Mee goreng yg aku order sedap tapi masin. Sandwich Tuna yg apih order keras kedekiang kata org Perlih. Afif memang penggemar sandwich. Tak kira lunch ke dinner kalau kat restoran, mesti order sandwich. 

Esoknya hari Isnin, kami check- in di Hotel De Palma Ampang untuk berubat selama 2 hari. Niat di hati nak ke PWTC...dah dekat dah, boleh borong buku tapi tu lah...kita rancang jer, Allah yg tentukan...tak ada rezeki..
Masa lunch kat Restoran Saloma sempat la adik snap beberapa gambar....so, layan...




4 comments:

Deeeee said...

Salam Kak Ayu,
Baru Dayah dpt tgk rupa kak Ayu cantik ^__^ hehehe.. mcm rupa Apih.

Ala..lala.. pandainya Apih ambik gambar.. harap2 akak sihat dari hari ke hari ya..

idasm said...

salam, pertama kali berkunjung ke sini. bukan kak ayu aje yg terkena kat saloma bistro tu. dh byk kali dh dengar pasal indah khabar dr rupa ni.. hehe. lain kali kalau nak try pakistani food, bolehlah singgah yea...

mama apih said...

Dayah :hehe...malu laa..mana ada cantik, gemuk ada laa...

Idasm : tq sudi sgah...kalau ada masa nak gak rasa pakistani food...InsyaAllah

mrs shaifull said...

dik ayu, patutnya tempat xclusive camtu, kenalah jaga kualiti masakan depa kan? sayang, nama dah cantek, makanan plak x sedap, baik mkn kat kola perlis, lg best :)