About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Tuesday, April 27, 2010

cerita semalam...

Petang semalam, dalam renyai-renyai hujan... aku, Afif, Hubby dan Pija adikku yang paling bongsu sempat meluangkan masa ke Pesta Buku Perlis. Tak banyak perubahan dari pesta buku tahun-tahun yg lepas cuma kali ni tempatnya lebih luas. Tak ada nama2 besar (publisher) yang datang, rata-rata cuma kedai buku aja yang involved. Cuma mungkin sudah tuah Afif, waktu nak masuk ke dewan 2020 tu, dia dipanggil ke kaunter urusetia. Ingatkan utk apa, rupanya dia pengunjung bertuah ke 26000..hehe...(mcm tak caya ja). Tersengih-sengih la anak bujang aku tu dapat hamper.

Dalam dok pusing-pusing tu, aku sambar la dua buah buku motivasi Nota Fikir untuk Zikir dan Murabbi Cinta (atas suggestion seorang sahabat) untuk menemani aku di kala boring.  Nak cari novel, tak ada yang berkenan  di hati tambahan pula booth untuk novel hanya satu.

Sejak akhir-akhir ni aku cuba mencari penawar untuk merawat hati...hati yang sarat, hati yang mulai keras, hati yang panas...hati yang kadang2 selalu lupa pada Pencipta-Nya. Lupa pada hikmah di sebalik musibah....ada rasa marah, kecewa, sedih ,sayu, pilu...semuanya bergaul menjadi satu.

Mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan dan mudah-mudahan aku dapat bertahan....

Friday, April 23, 2010

Celoteh Hari Jumaat....

Hari ni hari Jumaat. Bermakna sudah seminggu BIBIK ada kat umah aku ni. So far, Alhamdulillah. Walaupun pada mulanya pot, pet, pok ,pek gak isi rumah ni tapi aku buat tak tau je lah. Janji bibik tu rajin, mau buat kerja bila disuruh walaupun tak ada lah tip top mcm kita buat, sekurang-kurangnya membantu. Lama-lama pandaila tu....

Alhamdulillah, dapur pun kembali la berasap. Sepanjang bibik ada ni, aku dah masuk dapur kembali. Walaupun bukan air tangan aku, aku cuma monitor dan ajar ja dia masak,.......aku puas hati. Sekurang-kurangnya anak aku sekarang dah boleh demand makanan kegemarannya.

Hari pertama hari tu, aku ajar bibik buat Ayam Masak Kunyit Bersantan ataupun Poden panggil, Ayam Masak Kuning. Balik saja dari sekolah, terus saja dia tanya,"Hari ni mama masak apa?". Aku pun suruh la dia pi tengok bawah tudung saji kat dapur. Lepas tu terus saja dia datang peluk aku sambil sebut, "Terima kasih, mama".

Wah...macam iklan2 ja kan...hehe...tapi ini betul2, bukan lakonan. Seronok aku tengok Apih makan dengan penuh selera. Maklumlah, sejak mama dia sakit dah lbh setahun terlantar, hari-hari makan lauk kedai. Itupun kalau ada orang teringat nak beli lauk untuk dia....tu antara sebab yang Afif kena makan telur goreng dengan kicap "selalu selalu". Afif memang alergik dengan makanan pedas ni. Nampak ada cili sikit pun langsung dia tak mau makan. Itu sebab agaknya orang malas nak layan tekaknya...

Sekarang aku tengah tunggu hubby balik nak angkat aku naik wheelchair sorong ke dapur....bumbu2nya aku dah suruh bibik siapkan, tinggal lagi nak tumis dengan cara aku...hehe...hari ni aku buat masakan favourite hubby....Sambal Kicap Ayam...hehe, walla!

Saturday, April 17, 2010

Alahai anak omak....

Pagi ni abah Afif bangun awal drpd biasa (statement utk weekend jer..) sbb nak pegi mesyuarat agung PIBG sekolah Mat Apih...Si Afif tu pun sibuk la dok kejut abah dia bangun siap....prihatin sunggguh la anak mama ni, takut abah dia tak pegi mesyuarat sekolah dia tu...

Tengah2 mama dok breakfast, ada sms masuk...'Abis la kita. Poden periksa no 5...' Rupanya sms dari abah Poden. Mama senyum sampai ke telinga...heheh...Tak sangka betullah anak mama ni boleh tahan geliga gak otaknya...Sebelum peksa penggal hari tu, memang aku ada ayat kat dia...'kalau apih dpt no 1 smpai no 5 mama bg hadiah...lg sikit dpt, lg besar hadiah' ...tak sangka la pulak anak aku ni parking ngam-ngam dekat no 5...memang tak sangka pun, dok bajet kalau dia dpt no 15 ke bwh pun OK la tu sbb kelas dia dalam 34 org. Kira average pun tak pa lah...sbb dia masuk 2 minggu lmbt dr orang lain...

Alhamdulillah, syukur pada Allah...cuma untuk periksa penggal yg akan datang kenalah polish lagi B.Arab dengan B.I sbb dua subjek tu dia dpt B....

Apalah aku ni, anak baru darjah 1, baru periksa penggal satu pun dah kecoh....bukannya dapat best student sekolah pun....alah, anak mama ni lah sorang....permata hati mama ngan abah...tu lah namanya mak, sikit-sikit cerita anak...macamlah orang lain tak ada anak...hehe...jangan mare!! 


Thursday, April 15, 2010

Ada lagi....ingat dah habis

Hari ni aku breakfast pau ayam semalam yang keras kedekiang, nasib baik la intinya sedap...dengan segelas susu. Nak buat macam mana, kurang upaya....makan ajelah apa yg ada...nasib badanlah kan, ada orang dengan hari-hari malasnya....

Kenapa la pagi-pagi ni aku dibebelkan dengan perkara-perkara yg negatif aje...mentang-mentanglah maid nak sampai hari ni...tak kasi can,...siap warning dah, kalau tak perform 2,3 bln...hantar balik! Aikk...ni sapa yg bayar sapa nih...yalah, adat menumpang....macam tu lah...tak ada hak nak bersuara....OKU pulak tu!

Sampai bila la kita nak set kepala dengan benda2 negatif...buruk sangka...sampai bila nak habis...
Tak salah nak berjaga-jaga, tapi berpada-pada....
Buruk baik Allah dah atur...terima ajelah...


Wednesday, April 14, 2010

Senang sangat nak dapat pahala.....

Sambil dok kunyah2 roti berintikan telur hancur sebagai breakfast pg ni, aku terfikir-fikir perihal tanggungjawab sebagai seorang isteri...Perempuan ni sebenarnya mudah masuk syurga....Jaga solat, buat benda Allah suka, tinggal benda yang dilarang dan yang bestnye, kalau perempuan tu dah kawin...redha suami buat dia selamat kat akhirat nanti...tapi suami tu pulak kenalah yang berjenis...bukanlah jenis suami yang sama-sama ajak isteri book tiket ke Jahanam ( fuh!ayat..)

Cerita bab tanggungjwb, teringat aku pada satu kisah yang dikisahkan sendiri oleh anak dia pada aku....ada sorang mak cik ni...sampai sekarang dok mengungkit hal2 yang lepas seolah-olah dia tak redha dengan apa yang Allah tentukan pada dia..dia pernah bermadu...Ayahnya pun bukanlah zalim sangat sampai mengabaikan tanggungjawab cuma adalah termiss sekali dua....hidupnya masa bermadu mmglah menyakitkan...tapi skrg madunya dah dijemput Ilahi...Pun kata anak maknya masih mengungkit-ngungkit...tapi bukan di depan ayahnya, di belakang...disuruh buat kopi pun mengeluh...masak jauh sekali, selalunya beli...Ada juga anak dia bertanya, " Mak ni dok kata-kata kat bapak....tapi mak  ni dok sembahyang, mengaji...." Awat...biaq pi kat
aku la...awat takut masuk neraka?...terkedu kejap anak nak menjawab...anak dia kata lagi kat aku, la ni Allah dah bagi peluang mak ngan bapak dia perbaik balik silap yg lepas...gunakanlah masa emas ni untuk tmbh amal ibadat sama-sama, umur pun bukan panjang lagi... bukannya dok kenang dendam yang tak sudah....

Sedih gak bila dengar....macam orang yg sihat, Allah bagi peluang nak buat amal banyak...buat baik pada isteri dpt pahala, buat baik pada suami dapat pahala, buat baik pada anak dapat pahala...tak payah susah-susah nak kena berperang br nak dapat pahala...

Kalau Allah dah tarik nikmat macam aku ni, baru rasa menyesal...sedih tau bila hubby bangun pagi-pagi nak kerja...cari stokin tak jumpa, cari seluar tak jumpa....padahal dulu aku yg dok siapkan semua tu....rasa nak mengesot ja pi tolong cari....bila hubby balik nak makan, tapi tak dak makanan..dulu asal dia balik keja ja tak pernah aku biar bwh tudung saji kosong melainkan kalau dah plan mkn luar....tapi nak buat macam mana, tak dak daya....Allah punya kuasa....

Senang sangat nak tambah pahala, tinggal kita nak buat atau tak saja...

Mintak-mintak kita semua berada dalam rahmat Allah Taala...sama-sama dapat masuk syurga, Ameen...






Tuesday, April 6, 2010

mood tak sihat...

Hari ni masih dalam mood tak sihat....Dah dua, tiga malam tak dapat tidur...Badan kejung semacam...Sakit sangat! Dapat hadiah birthday dari my best buddy, Intan pagi semalam....novel baru kak NB, Layang-Layang Bertali Kaca... siap dengan signature sekali...memanglah seronok tapi dok sibuk melayan kesakitan ni...keterujaan pun hilang....Pegang keypad pun jari kebas-kebas saja. 
Kelmarin dada sesak...susah nak bernafas. Perut rasa cekang semacam...Badan pulak, sejak kena relapse 3, 4 kali thn lepas....asyik keluar masuk hospital, disumbat dengan steroid...tak mau turun-turun, agaknya dah dekat 80 kg dah...rasa sesak dada...memanglah mood betul-betul tak sihat... 

Friday, April 2, 2010

Terimalah kenyataan....Ayu...

Hari ini aku dikejutkan dengan berita pelawak Din Beramboi meninggal dunia di usia 44 tahun.  Apa yang nak dihairankan. Ajal maut di tangan Allah. Cuma cara kematiannya agak mengejutkan. Rapuhnya nyawa  manusia...Bila-bila masa kalau Allah kehendaki, tidak dapat tidak seminitpun kita tak boleh halang. Aku cuba bayangkan kalaulah aku berada di tempatnya, bersediakah aku? Apakah cukup amalan yang nak dibawa bersama?

Sekurang- kurangnya sekarang Allah beri aku sakit. Ingatan kepada mati. Sepatutnya aku bersyukur dan melipat gandakan amalan. Jangan selalu mengeIuh dan menyalahkan takdir. Kadang-kadang aku hilang kawalan emosi, aku mohon perkara yang tidak sepatutnya. Aku mohon Allah tamatkan penderitaan aku ni padahal ada orang lain yang hidupnya lebih teruk diuji tetapi tetap yakin pada ketentuan Allah...

Terimalah kenyataan, Ayu. Berusahalah menjadi hamba Allah yang berlapang dada dan sentiasa yakin setiap dugaan yang Allah beri ada hikmah yang tersembunyi baik di dunia mahupun di akhirat...jadilah hamba Allah yang bersyukur dengan setiap nikmat....sabar dan redha....berusahalah....Ayu. Yakin pada Allah, serah pada Allah...Mampukah aku? InsyaAllah....