About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Sunday, February 28, 2010

Cucu-cucu Opah dan Wan....

Selalunya aku upload gambar-gambar Afif dan mak2 sedara memandangkan Afif@Afifi@Poden@Mat Apih@Apih ataupun kadang2 aku panggil Imran (bila time aku nak sound dia dgn serius).....adalah cucu sulung Tok dan Chak dlm family aku....sebab tu dia manja lebek...
Tapi hakikatnya, di sebelah hubby aku, Afif merupakan cucu Opah dan Wan yang ke 5...dan sekarang Afif ada 12 orang sepupu sepapat....so bila kami balik sekali sekala memang meriah sbbnya hubby anak paling bongsu dan paling jauh duduk dr family...kakak2 dan abang2 memang dok area KL dan Shah Alam...kali ni aku nak share gambar2 Afif dengan sepupu2nya...bila cuti ja, mesti asyik tanya, bila nak balik umah opah...yalah seronok ramai geng...
 
Banyak juga percutian family yg kami tak dpt join sbb jauh...lebih2 lagi sekarang aku dah tak macam dulu...tapi diorang selalu datang tengok kami kalau ada kelapangan...terubatlah rindu Afif pada sepupu2nya...Tak apalah Nak, nanti kalau abah cuti, mama sihat n Afif pun cuti, kita balik umah opah ngan wan ye...layan gambar....

Friday, February 26, 2010

Harapan Sirna....

SALAM MAULIDUR RASUL

Semalam kami ke hospital Penang utk mendapatkan pandangan seorang Dr Pakar dari hospital swasta berkenaan dengan rawatan yang akan aku ambil seperti yang aku ceritakan dalam entry yang lepas. Bukanlah menidakkan cadangan Dr Lim, Dr yang merawat aku tapi sengaja nak mendengar second opinion dari pakar neurologi yang lebih senior. Manalah tau, mungkin rawatannya agak berlainan dan tidak memerlukan aku mengambil ubat utk pesakit kanser. Tapi mengikut perbincangan aku dan suami dengan Dr Samuel,  seorang  pakar Neuro yang dah bersara tapi masih aktif melakukan kerja2 amal....Malaysia memang tiada pakar yang khusus untuk penyakit MS (Multiple Sclerosis) sementelah penyakit ini adalah amat jarang  dijumpai dan rawatan yang digunakan adalah sama, baik di hospital kerajaan ataupun swasta.

Kata Dr Samuel lagi, kalau aku nak yang terbaik, terpaksa mendapatkan rawatan ke luar negara tapi mungkin kosnya agak tinggi. Dia juga menasihatkan aku supaya aku tangguhkan hasrat untuk mengggunakan Rituximab@Mitoxantrone yang dicadangkan oleh Dr Lim memandangkan sejak aku diserang relapse yg terakhir 6 bln lepas, sehingga kini tiada lagi major relapse walaupun keadaan aku tidak berubah, katanya walaupun ubat yang aku gunakan kurang berfungsi, sekurang-kurangnya tiada serangan saraf yang teruk buat masa ini....sekiranya dalam 2,3 bulan seterusnya aku diserang lagi dan keadaannya makin teruk, baru dia nasihatkan aku supaya guna jalan yang terakhir tu...Menurut Dr Samuel, risiko menggunakan ubat Rituximab@Mitoxantrone amat tinggi sehingga boleh menyebabkan kegagalan jantung berfungsi dan tiada bukti yang mengatakan pesakit MS boleh pulih...hanya sebagai penghalang utk relapse lagi...

Kali ini aku dan suami pasrah...kami masih memikirkan jalan yang terbaik dan aku akan terus berdoa dan berharap... Moga satu hari nanti, doa, rintihan dan tangisan aku akan didengari dan Allah akan memakbulkan doa aku...Masih mengharap,  Ya Allah....Masih....



Tuesday, February 23, 2010

Jalan-jalan...raya cina....

Gambar-gambar yang tak berapa professional yang diambil dari kamera HP masa cuti2 raya cina hari tu. Walaupun dlm keadaan yang tak sempurna, dptlah juga bwk Poden tgk lampu kat i-city, main2 kat Jusco , jalan2 dan lepak hotel walaupun pool dia kecik...asalkan anak seronok, dah cukup menggembirakan aku. Cuma ada beberapa gambar tak sempat nak ambik, termasuklah gambar Afif main dgn Hadif. Mama-mama asyik bersembang, langsung lupa nak bergambar....balik ja dari Shah Alam, Mak Ngah Apih ajak lak makan ikan bakar kat Kola...maklumla orang mengidam...tapi gambar makanan tak sempat nak snap memandangkan bila sampai ja lauk, kami terus balun tanpa bagi can...hehe...layan gambar.

Thursday, February 11, 2010

HOPE FLOATS...

Hajat di hati nak cerita pasal my only and beloved son, Afif ....pasal hari-hari dia di sekolah...Tapi sejak dua , tiga hari ni badan rasa tak sedap. Panas sejuk, panas sejuk, kepala sakit sangat, kaki dan tangan kejap2 mengeras, kadang-kadang cramp. Risau takut relapse lagi. Sebenarnya, aku dalam proses memikirkan tawaran doktor Lim untuk menggunakan ubat Mitoxantrone. Sejenis ubat yg digunakan untuk merawat pesakit kanser terutamanya  metastatic breast cancer, acute myeloid leukimia dan sebagainya. Kesan yang mungkin akan aku hadapi bila aku mula guna ubat ini ialah selsema, muntah-muntah, hair loss, sistem pertahanan diri lemah dan paling teruk sekali akan membawa kepada heart damage/failure. Tapi ajal maut di tangan Allah. Mana tahu ianya berkesan untuk aku...kalaupun tak, aku kena Redha.

What to do? Life must go on...Itu aje jalan penyelesaiannya. Walaupun ubat ni is not for cure, tapi sekurangnya kalau ia berjaya...aku ada peluang back on track as a mother and a devoted wife to my family. Walaupun chances aku akan relapse lagi tetap ada, sekurang-kurangnya bolehlah aku berjalan semula untuk beberapa tahun...hopefully. Hope floats...

p/s: Masih mengharap, Ya Allah...

Monday, February 8, 2010

Layan Retro...

TERBANG HELANG

Di angkasa nan luas
Terbang Sang Helang bebas
Melebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Membelahi angkasa
Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau endah
Mengganas kau di angkasa

Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa 
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya...

Di angkasa nan luas
Terbang Sang Helang bebas
Melebarkan sayapnya
Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri
Nanti lemas sendiri...
p/s : Lagu retro nyanyian Datuk Pah...mula-mula dengar masa Hari Konvokesyen Diploma 10 thn dulu...live band dari UiTM...terus melekat di hati Hubby sampaila sekarang...lagu sedap, lirik pun best...me and Hubby memang suka retro2 ni...maklumla dah tuo...hehe...dalam makna lagu ni....layan....



Thursday, February 4, 2010

Only Allah knows...

Tadi aku baru jengok email2 lama dlm box. Sejak ada blog ni, amat jarang-jarang sekali aku check email. Kadang-kadang sampai sebulan barulah aku jengah tengok. Dalam tengah meng'delete' email2 lama, ada satu email yang aku dapat dr MS SUPPORT GROUP. Sad to hear that, Mr Patrick Theng had passed away this early January. Dan aku juga dapat tau, seorang lagi member of this group, Ms Lee juga dah meninggal last December. Mr Patrick Theng, ataupun aku panggil Theng aje merupakan pengasas persatuan ni. Dia di antara orang pertama yang dapat penyakit MS ni...agaknya adalah dalam 8 thn lebih sebelum dc dpt ubat utk mengurangkan relapse atau serangan semula penyakit ni. Masa ada gathering utk MS patients dan launching ceremony, dia tak hadir sebab time tu dia kena relapse dan ditahan di wad.

Walaupun dalam groups ni, lebih kurang 20 org, semuanya non-muslims dan hanya aku jer Melayu Islam....the groups had been very helpful terutama sekali Theng ni. Sedih sangat sebab  dia ni memang seorang yang sangat supportive, positive and encouraging to other MS patients including me. Sayang kan, dia ni Cina. Kalau masuk Islam mesti banyak pahala dia dapat sebab tolong orang.

Macam tu lah sakit MS ataupun Multiple Sclerosis. MS will cause the patients be weaker, but not death. Tapi kalau badan dah lemah, macam-macam penyakit boleh singgah dan boleh menyebabkan maut...Sad to know but it's a truth...What will happen to me, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui....

 
Masa hari launching MS Support Group...gambar kami satu famili x ade sebab dah balik. Lgpun event ni kat Penang...diorang semua dekat2 tu je, aku yg kena berkejar balik Perlis...Baju kurung biru yg duduk tu la dc yang incharge aku, Dr. Looi Irene. Sorang lagi dc yang bnyk sgt tolong aku ialah Dr Lim Thien Thien (berdiri, 2 dari kanan). Kedua- duanya Pakar Neurologi di GH Penang. Kenapa kat Penang....sebab di sebelah Utara ni, Penang saja yang ada Pakar...hospital lain x ade.

Tuesday, February 2, 2010

Perihal Kawan dan Sahabat.....

Bila kita bercerita tentang asam garam dalam mengenali kawan dan mencari sahabat, semestinya banyak benda pahit manis yang kita lalui. Ada kawan yang boleh diharap dan ada kawan yang sekadar bermanis muka di hadapan kita kerana kepentingan lain tapi hakikatnya ibarat api dalam sekam. Macam-macam ada...

Sepanjang aku berkawan, bermacam2 jenis kawan yang aku jumpa. Dari zaman kanak2, lepas tu time sekolah rendah , masuk pulak ke alam sekolah menengah, jumpa pulak masa di universiti hinggalah sekarang umur aku dah menginjak ke 31 tahun. Aku sebenarnya suka berkawan. Kalau boleh, aku nak jadi kawan baik pada semua orang. Tapi itu adalah mustahil. Perangai dan pe'el seseorang amatllah berlainan. Kadang2 seseorang tu boleh kita jadikan kawan tapi bukan sahabat....


Masa aku di sekolah rendah, aku ada ramai kawan dan kebanyakkannya adalah anak askar. Maklumlah, sekolah kampung. Betul-betul dekat kem. Pada aku zaman sekolah rendah adalah zaman yang amat dirindui. Aku ada ramai kawan. Dari anak cikgu hinggalah ke anak orang buat bendang. Aku pun Tok dengan Cak yang bela waktu tu. Satu kampung kenal. Semuanya baik-baik belaka. Maklumlah, budak-budak ni seronok nak berkawan. Tak ada niat nak caras sesama sendiri. Seingat aku, ada seorang anak askar ni. Namanya Marlinawati. Ada seorang lagi. Harnany namanya. Kalau tak silap aku ,ayah dia buat kerja kampung. Rajin  dan baik budaknya. Selalu pinjamkan nota bila aku tak hadir ke sekolah. Aku rapat dengan mereka ni tapi bila masing2 dah ke sekolah menengah...kami pun lost contact. Lagipun anak askar kan selalu berpindah randah. Aku pulak bila naik sekolah menengah, dah tak duduk di kampung lagi.


Bila aku ke sekolah menengah, macam-macam pe'el kawan yang aku jumpa. Pergaulan aku di sekolah menengah lebih luas dan lebih ramai kawan. Aku mengaku, aku seorang yang cepat mesra dalam berkawan. Kadang-kadang, baru berbual sejam dua, aku dah rasa dia kawan yang baik. Nak rapat dengannya, nak share everythinglah....Dulu, aku tak ada istilah reservedkan diri aku untuk berkawan. Semuanya aku followed janji tak mempengaruhi aku melakukan perkara yang melampaui batas. Agaknya, sebab tu aku cepat terluka.... Keadaan persekitaran sekolah yang semuanya perempuan kadangkala mencetuskan kumpulan yang berpuak-puak. Tapi aku tak ambik port sangat pasal tu sebab aku kawan dengan semua orang...kejap-kejap dengan orang ni, kejap-kejap dengan geng ni....tapi dalam waktu ni aku jumpa seorang sahabat.


Rasanya kalau budak2 sekolah menengah aku dulu baca ni, mesti depa boleh teka siapa. Kat mana ada dia, kat situlah ada aku. Kami memang rapat antara satu dengan lain. Macam kembar. Dari sekolah hinggalah ke universiti, persahabatan kami tak pernah putus. Walaupun resultnya 2x ganda bagus dari aku dan dia dapat masuk U, aku pula masuk ITM saja (dulu)...itu tak memutuskan hubungan kami....Cuma bila masing2 dah berumahtangga dan menghadapi dugaan masing-masing, hubungan tu makin renggang...she's no longer my bestfriend...aku pun tak tahu kenapa. Seingat aku, bila dia ada masalah rumahtangga...aku sentiasa bertanya khabar dan berkongsi kesedihan. Saat dia melahirkan dan rasa tertekan, aku sering menitipkan doa dan kata2 semangat dalam SMS. Saat anaknya ditahan di wad, bergegas aku ke hospital menenangkannya. Aku sering bertanya khabar melalui telefon ataupun sms biarpun dia jarang-jarang sekali melakukannya...Mungkin kedengaran macam aku ni mengharapkan something in returns dalam friendship, tapi di saat aku memerlukan sokongan teman-teman, di manakah mereka? Adakah aku ni jenis yang suka mengungkit kebaikan sendiri pada orang lain? Aku teringin sekali berbaik sangka pada semua orang....mungkin dia ada masalah sendiri, sibuk, tak nak ganggu life orang tapi salahkah sekadar menghantar sms dan telefon kalaupun terlampau sibuk untuk menjengok...Mungkin dugaan dalam hidupnya yang menyebabkan dia menjauhkan diri...

Di UiTM menemukan aku dengan ramai kawan-kawan. Walaupun aku ada terjumpa dengan spesies yang bermuka-muka, baik ada makna....aku tetap berkawan dengan mereka biarpun kali ni, aku terluka lagi...Dan di sini juga aku bertemu dengan kawan-kawan terbaik yang boleh aku anggap sebagai sahabat.

Walaupun pertemuan kita (aku dan ko) hanya untuk satu semester, persahabatan kita tetap bertahan hingga hari ini dan aku doakan semoga ianya berkekalan. Aku pun heran, kawan baik dari kecik tapi bila besar dah tak ngam...tapi ko aku jumpa satu sems ja...boleh long lasting sampai hari ni...agaknya sebab every cuti sems aku banyak makan nasi kat umah Cik Yah kut, terus jadi anak...wakaka...Thanks Intan.

Dan untuk ko, walaupun dulu aku pernah gak la kecik hati dengan ko pasal bertunang tak bagitau aku....hehe, ko tetap la sahabat aku yang walaupun sekejap timbul sekejap tenggelam yang amat dekat di hati aku. Tima kasihla jadi best buddy aku waktu kat UiTM dulu hinggalah sekarang....Thanks Una.

I' m gonna love you till the end
I'm gonna be your very true friend
I'm gonna share your ups and down
I'm gonna be around you.....

P/S : Terima kasih untuk semua kawan-kawan yang mengambil berat biarpun tak bergelar sahabat., hanya Allah yang dapat membalas...dan untuk teman terulung...tentulah suami tercinta,...dialah segala-galanya. Thank you my love...