About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Tuesday, February 2, 2010

Perihal Kawan dan Sahabat.....

Bila kita bercerita tentang asam garam dalam mengenali kawan dan mencari sahabat, semestinya banyak benda pahit manis yang kita lalui. Ada kawan yang boleh diharap dan ada kawan yang sekadar bermanis muka di hadapan kita kerana kepentingan lain tapi hakikatnya ibarat api dalam sekam. Macam-macam ada...

Sepanjang aku berkawan, bermacam2 jenis kawan yang aku jumpa. Dari zaman kanak2, lepas tu time sekolah rendah , masuk pulak ke alam sekolah menengah, jumpa pulak masa di universiti hinggalah sekarang umur aku dah menginjak ke 31 tahun. Aku sebenarnya suka berkawan. Kalau boleh, aku nak jadi kawan baik pada semua orang. Tapi itu adalah mustahil. Perangai dan pe'el seseorang amatllah berlainan. Kadang2 seseorang tu boleh kita jadikan kawan tapi bukan sahabat....


Masa aku di sekolah rendah, aku ada ramai kawan dan kebanyakkannya adalah anak askar. Maklumlah, sekolah kampung. Betul-betul dekat kem. Pada aku zaman sekolah rendah adalah zaman yang amat dirindui. Aku ada ramai kawan. Dari anak cikgu hinggalah ke anak orang buat bendang. Aku pun Tok dengan Cak yang bela waktu tu. Satu kampung kenal. Semuanya baik-baik belaka. Maklumlah, budak-budak ni seronok nak berkawan. Tak ada niat nak caras sesama sendiri. Seingat aku, ada seorang anak askar ni. Namanya Marlinawati. Ada seorang lagi. Harnany namanya. Kalau tak silap aku ,ayah dia buat kerja kampung. Rajin  dan baik budaknya. Selalu pinjamkan nota bila aku tak hadir ke sekolah. Aku rapat dengan mereka ni tapi bila masing2 dah ke sekolah menengah...kami pun lost contact. Lagipun anak askar kan selalu berpindah randah. Aku pulak bila naik sekolah menengah, dah tak duduk di kampung lagi.


Bila aku ke sekolah menengah, macam-macam pe'el kawan yang aku jumpa. Pergaulan aku di sekolah menengah lebih luas dan lebih ramai kawan. Aku mengaku, aku seorang yang cepat mesra dalam berkawan. Kadang-kadang, baru berbual sejam dua, aku dah rasa dia kawan yang baik. Nak rapat dengannya, nak share everythinglah....Dulu, aku tak ada istilah reservedkan diri aku untuk berkawan. Semuanya aku followed janji tak mempengaruhi aku melakukan perkara yang melampaui batas. Agaknya, sebab tu aku cepat terluka.... Keadaan persekitaran sekolah yang semuanya perempuan kadangkala mencetuskan kumpulan yang berpuak-puak. Tapi aku tak ambik port sangat pasal tu sebab aku kawan dengan semua orang...kejap-kejap dengan orang ni, kejap-kejap dengan geng ni....tapi dalam waktu ni aku jumpa seorang sahabat.


Rasanya kalau budak2 sekolah menengah aku dulu baca ni, mesti depa boleh teka siapa. Kat mana ada dia, kat situlah ada aku. Kami memang rapat antara satu dengan lain. Macam kembar. Dari sekolah hinggalah ke universiti, persahabatan kami tak pernah putus. Walaupun resultnya 2x ganda bagus dari aku dan dia dapat masuk U, aku pula masuk ITM saja (dulu)...itu tak memutuskan hubungan kami....Cuma bila masing2 dah berumahtangga dan menghadapi dugaan masing-masing, hubungan tu makin renggang...she's no longer my bestfriend...aku pun tak tahu kenapa. Seingat aku, bila dia ada masalah rumahtangga...aku sentiasa bertanya khabar dan berkongsi kesedihan. Saat dia melahirkan dan rasa tertekan, aku sering menitipkan doa dan kata2 semangat dalam SMS. Saat anaknya ditahan di wad, bergegas aku ke hospital menenangkannya. Aku sering bertanya khabar melalui telefon ataupun sms biarpun dia jarang-jarang sekali melakukannya...Mungkin kedengaran macam aku ni mengharapkan something in returns dalam friendship, tapi di saat aku memerlukan sokongan teman-teman, di manakah mereka? Adakah aku ni jenis yang suka mengungkit kebaikan sendiri pada orang lain? Aku teringin sekali berbaik sangka pada semua orang....mungkin dia ada masalah sendiri, sibuk, tak nak ganggu life orang tapi salahkah sekadar menghantar sms dan telefon kalaupun terlampau sibuk untuk menjengok...Mungkin dugaan dalam hidupnya yang menyebabkan dia menjauhkan diri...

Di UiTM menemukan aku dengan ramai kawan-kawan. Walaupun aku ada terjumpa dengan spesies yang bermuka-muka, baik ada makna....aku tetap berkawan dengan mereka biarpun kali ni, aku terluka lagi...Dan di sini juga aku bertemu dengan kawan-kawan terbaik yang boleh aku anggap sebagai sahabat.

Walaupun pertemuan kita (aku dan ko) hanya untuk satu semester, persahabatan kita tetap bertahan hingga hari ini dan aku doakan semoga ianya berkekalan. Aku pun heran, kawan baik dari kecik tapi bila besar dah tak ngam...tapi ko aku jumpa satu sems ja...boleh long lasting sampai hari ni...agaknya sebab every cuti sems aku banyak makan nasi kat umah Cik Yah kut, terus jadi anak...wakaka...Thanks Intan.

Dan untuk ko, walaupun dulu aku pernah gak la kecik hati dengan ko pasal bertunang tak bagitau aku....hehe, ko tetap la sahabat aku yang walaupun sekejap timbul sekejap tenggelam yang amat dekat di hati aku. Tima kasihla jadi best buddy aku waktu kat UiTM dulu hinggalah sekarang....Thanks Una.

I' m gonna love you till the end
I'm gonna be your very true friend
I'm gonna share your ups and down
I'm gonna be around you.....

P/S : Terima kasih untuk semua kawan-kawan yang mengambil berat biarpun tak bergelar sahabat., hanya Allah yang dapat membalas...dan untuk teman terulung...tentulah suami tercinta,...dialah segala-galanya. Thank you my love...

8 comments:

CT NORAMIZA said...

x pa dik ayu, kita think +ve ja lah kan, kita anggap lah dia bz, kita doakan kebahagiaan dia (kawan sekolah menengah tu).

tahlah, rupanya classmates kita dulu, mcm2 dugaan mcm2 rintangan gak dlm life ni, x sangka kan, kalau ingat balik time dulu, mesti kita x sangka jadi mcm ni.. tp apa2 pun, masa mematangkan kita, setuju x dik yu?

mama apih said...

betui...betui...betui,hehe...

Dayah said...

Salam Kak Ayu,
Kawan... sahabat.. teman..
named it... friend pun boleh hehehe

Mcm2 jenis kak..
Dayah pun sama mcm akak..
Kawan ramai.. tapi makin ke atas..
Makin yg ramai segan & malu nak tegur
Kenapa ntah?!?!Alien ke kita ni! hehehe yer la kot kan..

Teman memg silih berganti kak..
Tapi sya bersyukur walau datang silih berganti tapi teman tetap ada walau dia datang dan pergi ^_^

yasmine said...

:)...semua ni kira mamcam drama la kan..ada watak idup..ada watak utama ada watak tempelan...

mama apih said...

Dayah : Yup.... Bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling kita....

Min: Dulu waktu form 3, bukanka hang jadi pelakon pembantu pada heroin???kui,kui,kui...sampaikan besfren heroin merajuk? wakaka...hehehe...mmg lawak la kalau ingat2...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam ayu..

sbb tu istilah kawan, rakan, teman dan sahabat tu berbeza. Mmg susahlah nak dicari sahabat sebagaimana istilah 'sahabat' di zaman solafusoleh. Tp pada akak lah, cukuplah kalau sahabat itu dpt mengingati kita sedikit dlm doa yg dia panjatkan ke hadrat ilahi.
alhamdulillah, Allah temukan akan dgn ramai insan yang boleh dijadikan sahabat!
Semoga ayu pun sentiasa diingati oleh mereka yang bergelar sahabat.

mama apih said...

kak Nik : sejuk hati baca apa yg akak tulis...terima kasih...

Intanaziela said...

huaaaa sedih tapi happy baca entry hang kali ni...dalam hidup ni kita boleh mengharapkan orang menjadi apa yang kita harapkan, memadai kita berdoa semoga apa yang kita harapkan menjadi kenyataan...pada aku, bila berkawan kenalah buat cara berkawan. Bersahabat bukan utk mengambil kesempatan. ikhlas itu yang penting.