About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Wednesday, June 30, 2010

Manjalebek...

" Anak mama memang manjalebek. Abang la bapak yang babai paling banyak dalam sekolah ni. Silap2 dalam Perlis...." heehe..Tu lah isi sms hubby aku hari Isnin hari tu. Muhammad Afif Imran memang manja. Kami panggil dia manjalebek...sebab dia manja + sebek...bayangkan dari hari pertama pi sekolah sampailah sekarang dah masuk tengah tahun dah, masih ada hari2 yang dia nangis bila nak pi sekolah. 
Tapi selalunya hari Isnin (sebab ada perhimpunan) dan hari di mana abah dia tak dapat hantar dan diganti dengan tok atau chaq dia. Kalau abah dia hantar, kenalah spend dekat 10 minit kat sekolah sampailah dia dah comfort, barulah balik. Hari-hari cium abah dekat 10 kali dalam kereta, salam dekat 20 kali dan babai (tata@lambai tangan hehe...) dekat 20 kali....abah dia ada gak usik,.."kalau apih nangis masa nak pi sekolah, abah dukung sampai kelas.." Tu yang kembang kempis hidung tahan tak mau nangis.Tau pun dia malu kawan2 sekolah tengok (walaupun kat umah selalu gak abah dia dukung).

Hari ni sekali lagi dia nangis. Abah seawal 7.15 dah keluar sebab ada kerja. Terpaksalah mintak tolong chaq dia hantaq. Dari mula pakai baju dah sebek. Bila time sikat rambut sambil tengok cermin, kawan dah mula nangis. Time ni abah dia dah pi dah. Dia pun datanglah dengan sedu sedan mengadu kat mama. Mama pun pujuklah yang minggu depan dia nak tuang sekolah 2 hari sebab nak balik Shah Alam. Mama pun tanyalah, "Kenapa Apih tak mau pi sekolah, takut kawan2 buat ka takut cikgu garang?....
" Apih rindu kat mama ngan abah...Apih rasa macam mama dengan abah ada dalam kelas...sebab tu Apih nangis"
Haha...adoi anak...bab rindu merindu ni memang aku mengaku ada sikit tempias2 mama dia..heheh..tak leh nak berenggang pun...
Aku pun jawab la..." Kan dalam beg duit Apih ada gambar mama dengan abah, kalau rindu tengoklah..."

Jangan tak tau, anak aku siap simpan gambar mama dengan abah dalam wallet...ada ka budak darjah satu pi sekolah bwk gambaq mak ayah dlm wallet sebab takut rindu? Apa pesen nih....hahaha,... Poden, Poden!


My precious...anugerah Allah yang tidak ternilai......

Tuesday, June 29, 2010

Tilik diri sendiri...

Kenapa banyak sangat kelemahan orang sekeliling kita yang kita nampak tapi kenapa kita tak tilik dan belek kelemahan diri kita sendiri? Adakah kita manusia yang cukup sempurna? Adakah kita seorang ibu dan isteri yang baik sewenangnya melabel suami dan anak sendiri dengan bermacam-macam perkataan? Tak ke anak tu lahir dari perut kita dan membesar dengan acuan dan didikan kita? Cukupkah didikan agama yang kita berikan? Jelaskah tentang halal dan haramnya? Anak sudah remaja tapi belum khatam...suami dikatakan tidak ambil berat, anak dikatakan malas mengaji...apa peranan seorang ibu dan isteri yang sebenarnya lebih banyak masanya terluang di rumah? Tengok, mengomel sedikit dan biarkan saja...Memanglah tanggungjawab suami lebih berat tapi apa salahnya sekali sekala ibu mengambil peranan itu. Janganlah berkira sangat ini tanggungjawab siapa, memang dia yang patut buat...dll.
Sekalipun suami itu buruk kelakunya, wajarkah kita memburukkan suami di depan anak-anak sekaligus menghilangkan rasa hormat anak kepada ayahnya....apatah lagi bercerita tentang keburukan suami pada orang yang tidak layak. Bukankah tugas isteri menjaga nama baik suami dan keharmonian rumahtangganya?

Semoga kita menjadi orang yang lebih baik hari ini....

P/S: luahan di atas yang bnyk sangat ? tu sebenarnya untuk diri sendiri supaya sentiasa beringat...jangan dok cari salah orang sedangkan diri sendiri pun tak perfect. Dah tak pandai menari tapi salahkan lantai tak rata...ada ka?...huh, pedas dan pedih sungguh tulisan aku kali ni...

Monday, June 28, 2010

Wahai Hati...

Ampunkan aku Ya Allah
Andai hati ini masih rapuh dalam mencintaiMU
Ampunkan aku Ya Allah
Andai hati ini masih lalai dalam mengingatiMU
Sesungguhnya hati masih terasa berat, hati terasa sarat dengan musibah
Kadang-kadang terlupa ada hikmah, lupa segala rahmat
Lupa untuk bersyukur...

Sabarlah wahai hati, 
yakinlah bahawa Allah sedang mengujimu....
Bersangka baiklah wahai hati,
Ujian ini bukan musibah
Ujian ini bukan seksaan
Ujian ini rahmat
Ujian ini kasih sayang
Redhalah wahai hati
Redhalah dengan ujian ini....
Yakinlah, setiap yang buruk pada pandanganmu adalah baik di sisi Allah
Allah yang lebih mengetahui...
Jika kau resah, ingat-ingatlah pesanNya
" wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain Syurga"
(HR Ibnu Majah (no: 1597)
*petikan hadis dari blog Genta Rasa

Monday, June 21, 2010

Entry saja-saja...

gambar ni saja2 letak sebab rindu kat Poden, hari ni dia pi sekolah, kalau tak 2 minggu cuti sekolah dok berkelai ngan mama dia...

Salam...Laptop hartakongsi aku dan hubby sebenarnya ada di kedai komputer untuk di perbaiki. Ni pinjam adik punya memandangkan dia belum keja lg...masih berhoneymoon..Nak buat mcm mana, Poden dengan tak sengaja(saja ja nak sedapkan hati...) telah jatuhkan lappy tu menyebabkan skrinnya patah dan tercabut...Geram dan sedih pun ada. Yalah, bukan senang2 nak beli. Tapi nak dimarah lebih2 pun tulah sorang anak....Budak2...Marah tak marah pun kena la jugak mlm tu dengan abah dia...bukan kena pukul, tapi kena tido luar. Jadi mlm tu Poden tak tido la dengan kami. Nasibla adik lelaki yg rapat dengan dia tu ada. Tak adalah dia buat muka panik kena tido sorang.
Itulah jugak penyebabnya yang mama apih ni menyepikan diri dari menulis buat seketika walaupun masa pertapaan tu macam-macam hal telah berlaku dan agak menarik untuk dikongsi. Masa tu rasa gatal ja tangan nak menulis. Tapi bila ada masa aku tetap curi2 ziarah blog kawan2 blogger yg lain. Sempat baca ja. Tak sempat nak tulis panjang2.
Nantilah, bila dah OK laptop tu, aku tulis panjang2. Kisah kami di kenduri adik di Taiping, kisah hati dan perasaan dan kisah Azni (wakaka...sapa2 ingat dolu2 ada drama spektra 'Kisah Azni' di TV1...wakaka).
Apa-apa pun, appreciate life..hargai dan bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling kita...manfaatkan umur yg ada sebab kita tak tahu umur kita berapa lama...moga2 ilmu yang kita ada, amal dan ibadat yang kita buat dapat tolong kita di Akhirat sana...Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, June 2, 2010

Dugaan

Alhamdulillah, keadaan mata kanan aku bertambah baik semenjak pulang dari hospital Penang. Macam biasa, aku masih lagi menggunakan Prednosolone aka steroid utk menghalang sebarang peluang utk relapse lagi. Bagaimanapun, saraf mata kiri aku memang tak dpt diselamatkan. Only time and miracle will heal it. Semuanya dengan izin Allah. Tapi aku akan terus berusaha dan berikhtiar untuk berubat selagi terdaya. 

Sebenarnya, ada beberapa kejadian yang memang aku tak sangka akan terjadi. Itulah namanya ketentuan Allah. Hari aku nak discharged dr wad, bibik aku pula lari. Jangan tak percaya, cukup2 sebulan dia lari. Baru saja aku dok berbual2 dengan Supatmi sambil makan nasi bungkus. Dalam pukul 12.30 mcm tu, dia mtk izin nak turun ke surau utk mandi dan salin pakaian. Tunggu punya tunggu, dia tak naik2. Instinct aku mengatakan yg dia dah lari. Aku pun sms la main2 dgn hubby yg tgh nak byr hasil kat kaunter,"abang, agaknya bibik kita ni lari dah naik tongkang...heheh" Rupanya memang dia lari betul....Aku pun mushkil la kenapa, sedangkan aku n hubby x pernah berkira pasal duit dgn dia. Belikan baju, top up dll. Cuma, ada la beberapa permintaan dia yg aku rasa agak melampau nak dipenuhi yg aku tak layan. Dua minggu kerja, dia mtk advance 5 bln gaji....alasan nak htr kmpg rumah nak kena sita....telan air liur aku, kalau gaji RM500 sbln, kali 5 tak ke lebih kurang gaji sebulan hubby aku. Habih, kami anak beranak nak makan apa? Lepas tu, mlm sebelum dia lari, dia mtk aku huluq duit dlm RM1000 dulu nak htr kmpg, kononnya due date umah tu kena byr dah dkt...aku pun jwb la elok2, at least biarla aku keluar hospital dulu...nanti aku akan tlg takat yg mampu....tup tup esok dia dah lari.....dengarnya, dia kerja cleaner kat situ dgn gaji Rm 1000 sbln...itupun ajen indon yg bgtau...

Persoalannya sekarang, aku nak mengadu kat sapa? Hubby report imigresen, dia yg kena denda RM250 sbb PRA lari padahal bukan salah kita...refer kat polis, polis kata ini kes imigresen...mmg la pasport Supatmi tu kita pegang tapi ingat depa tak boleh buat pasport lain ka? Kalau tak, tak adalah beratus ribu PATI dalam Malaysia ni. So kat mana hak majikan yg teraniaya mcm aku ni? Dahla penat lelah duit kupang dekat RM6000 masa nak ambil tu hangus macam tu saja....kesian sangat kat hubby...tapi nak buat mcm mana, semua ni dugaan yang Allah nak bagi...nak tak nak kena terima dengan redha...

Alhamdulillah, masa jadi tu aku boleh terima dengan lpg dada walaupun terbit jugak ayaq mata bila tgk muka hubby...yalah, sblum ambik maid hari tu, aku dah reserved dah awal2 takut apa2 jadi....cuma sekarang ni kami tgh pikir jalan terbaik untuk teruskan hidup...kami mmg perlu pd maid sbb memudahkan hubby, ada orang uruskan aku di rumah,...cuma masalahnya, nak ambik maid sekali lagi adalah satu keputusan yg memerlukan persetujuan semua...susah nak buat keputusan,....susah, susah!