About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Friday, May 8, 2009

KEISTIMEWAAN SEORANG WANITA YANG BERGELAR IBU...

1. Apabila seorang wanita itu mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah malaikat untuknya. Dan sesungguhnya Allah S.W.t mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1000 kejahatan.

2. Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala bagi orang yang berjihad pada jalan Allah S.w.t.

3. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

4. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susuan itu diberi satu kebajikan.

5. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas demi membela agama Allah s.w.t.

6. Syurga itu terletak bawah kaki ibu.

Wallahua'lam..

Berbanggalah kita kerana dipilih Allah s.w.t untuk bergelar ibu dengan keistimewaan dan kemuliaan yang tak terhingga.

SELAMAT HARI IBU...SEMOGA MENJADI IBU-IBU YANG DIRAHMATI ALLAH...AMIN...

No comments: