About Me

My photo
I 'm not a superwoman but a very devoted mom n wife...happy to be me...always be grateful to ALLAH for giving me a wonderful life, husband and son.

Saturday, May 23, 2009

CELOTEH SAJA SAJA....

Letih rasa kaki bila mula berjalan menapak napak...Alhamdulillah, aku dah mula berjalan tapi kena paut2 gak la...cuma kekadang kaki rasa sakit sangat bila berdiri terlalu lama. Insya Allah aku akan berangkat ke Madinah 30hb ni...dah lama tak duduk dalam flight berjam2...last aku naik flight lama masa pi ke Lahad Datu dulu...2 jam stgh...masa tu Oklah sebab badan tgh sihat...hopefully semuanya OK...Ni kira 1st time aku jalan jauh, luar dari Malaysia...hubby aku tok sah cakaplah, baru2 keja dulu dia dah berpeluang ke Middle East ni...aku kalau pernah keluar negara pun pegi Hatyai ...tu pun bukanlah jauh sangat, sempadan jer...

Aku ingat lagi, masa mula2 kawin...kami naik flight dari Subang ke Alor Setar, hubby aku kata, "Umur 24 thn, baru abang merasa naik flight...lainlah mama". Tu lah orang kata rezeki. Semuanya Allah yang beri. Macam akulah. Kalau aku tak sakit, mungkin sekarang ni aku tak ada plan pun nak ke Makkah dan mungkin kami pun tak mampu lagi nak ke sana...Setiap yang berlaku ada hikmahnya...Perasaan aku sekarang ni bercampur baur. Risau pun ada, seronok pun ada, teruja dan macam-macam lagi lah...Barang banyak lagi nak di pack, doa2 pun ada lagi yang nak dihafal...Ubat ubat saja dah satu beg, belum masuk barang2 lain lagi...Apa apa pun semoga semuanya dipermudahlan Allah...Amin.

Tuesday, May 19, 2009

MALASNYA...TAK ADA CERITA...

Lately aku malas nak update blog...bukannya apa, tak ada cerita2 hot atau gambor nak tepek di sini...lagipun dua tiga hari ni sibuk buat persiapan...selalunya kalau nak bercuti ataupun balik kampung (actually bandaraya...)jumpa mertua, baju mesti dah siap seminggu sbb malas nak kalut2, tapi memandangkan kali ni keupayaanku terbatas( mcm lirik lagu je ayat ni...) lambatlah sikit pergerakan. Lagi2 kali ni it will takes a long journey...hopefully everything will be smooth as we planned. Takut jugak sbb sekarang ni kelam kabut dengan virus H1N1. Macam- macam dugaan timbul dalam proses untuk aku menunaikan nazar aku pd Allah...Moga dipermudahkan Allah semuanya dan hajat aku nak ke Baitullah tercapai...

Tuesday, May 12, 2009

LAGI GAMBAR HARI IBU...







Petang 10 Mei tu, sempat la pegi celebrate Mother's Day kat EDC, UUM Sintok. The place quite cosy... berlatarbelakangkan suasana hutan hijau gitu...Cu pun join kami gak petang tu...cuma tak cukup korum je ..... adik2 yang berdua tu jauh di perantauan. Anyway everybody enjoyed their meals for that lovely evening...menu A La Carte je tapi cukup membuatkan perut sengkak...Yang paling kecoh, mestilah Mat apih Poden yang tak pernah miss order aiskrim...Thanks my hubby, belanja kami makan...kenyang sangat, bertambah-tambah bulat la mama Apih...


Friday, May 8, 2009

KAD UNTUK MAMA....THANKS APIH!


e

Hari ni, balik ja dari sekolah Apih terus ja bagi aku kad ni...terharu rasanya. Ni lah kad pertama yang anak aku bagi hasil tangan dia sendiri. Bolehlah walaupun kalernya terkeluar2...Afif ni bab2 mewarna memanglah pemalas...tapi dia suka sangat melukis. Tapi bila time mengaler, mengelat- ngelat dan tak berseni langsung...bila aku tegur kenapa muka orang warna pink...sekali dengan rambut2 pun pink...dia mesti menjawab punya...dengan pekat loghat Perlih dia akan kata..."Biaq pi kat Apih la mama apih nak warna macam mana...ada jugak orang rambut warna ni" hehehe whateverlah anak oii yang penting , I love u too son... semoga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan mama dan abah.

P/s: psst...psst....Abah tak nak bagi hadiah hari ibu kat mama ke? Hehe...

KEISTIMEWAAN SEORANG WANITA YANG BERGELAR IBU...

1. Apabila seorang wanita itu mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah malaikat untuknya. Dan sesungguhnya Allah S.W.t mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1000 kejahatan.

2. Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala bagi orang yang berjihad pada jalan Allah S.w.t.

3. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

4. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susuan itu diberi satu kebajikan.

5. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas demi membela agama Allah s.w.t.

6. Syurga itu terletak bawah kaki ibu.

Wallahua'lam..

Berbanggalah kita kerana dipilih Allah s.w.t untuk bergelar ibu dengan keistimewaan dan kemuliaan yang tak terhingga.

SELAMAT HARI IBU...SEMOGA MENJADI IBU-IBU YANG DIRAHMATI ALLAH...AMIN...

Saturday, May 2, 2009

MASAK- MASAK HARI BURUH...

Disebabkan semalam hari cuti, aktiviti yang sesuai sekali diadakan ialah masak masak dan makan makan...petang khamis lagi aku dah suruh hubby beli la segala bahan2 nak memasak kat pasar malam Pauh on d way balik dari fisio. So pagi Jumaat tu aku dengan berkobar2nya memasak dengan bantuan adik2 yang balik bercuti. Siap dgn Pak Ndak Haeqal pun jadi tukang potong sayur...Mama aku pun join jugak...layan jer lah apa anak dia ni nak makan. Kiranya aku jadi chef ajerlah...tukang potong ni adik2...sepatutnya adik aku Ima join d club tapi nak buat macam mana, dia balik umah mak mertua dulu...malam baru muncul...Ifa memang dah maklum...sibuk manjang...orang cuti, dia ada course kat Pulau Kerry...memang melepas ler...Inilah hasilnya setelah berhempas pulas di dapur....


Sup sayur fishball, buncis goreng telur, Siakap stim(hehehe... teringat ko masak Intan, tu yang aku cuba...boleh2 jer la, cilok resepi kat internet) Siakap Sweet Sour n ayam goreng utk Mat Apih.

Petangnya pulak, teringin nak makan pizza. Amaklumlah dah berbulan2 boikot. Kira jadilah jugak pizza buat sendiri ni...sekali lagi cikgu Lily a.k.a my mama jadi tukang potong2 bahan. Aku macam biasa main tabur2 jer...macam biasa buat jer hehe...Najwa surelah jadi tukang bakar...Dapatlah kami makan pizza petang tu... Yum! Yum!Hubby kata boleh tahan tapi kalau nak lawan Pizza Hut ke belum sampai tahap la lagi...hehe!

Menjelang ke malam, badan aku lenguh2...hubby mula la bising. So hari ni aku pas baton kat Ima pulak...dia pulak take over dapur...aku sebenarnya tengah tunggu nak lunch ni...lapar ni...adik, bila nak sudah masak ni...! Adios....