Aku menulis di daerah blog ini bukan niat untuk meraih simpati, jauh sekali nak menunjukkan pada semua aku seorang wanita yang hidup penuh dugaan dan ujian dari Allah...macamlah aku sorang aja yang diuji padahal di luar sana...ada ramai lagi manusia yang serba kekurangan dan dugaan mereka lebih hebat dari aku. Mereka tak pernah merungut dan pasrah pada ketentuanNya. Adakah aku tak bersyukur dengan apa yang Allah beri?
Alhamdulillah...Ya Allah. Aku bersyukur kerana aku masih sihat, dapat menghirup udara dan dapat menjamah makanan dan minum seperti orang normal walaupun aku masih terbaring di sini....Cuma, mungkin jiwa dan perasaan aku tak sekental orang lain. Aku jadi sayu dan hiba melihat orang-orang tersayang di sekeliling aku. Bila aku terkenang segala susah payah yang suami aku terpaksa lalui, aku akan menangis. Memikirkan umur kami masih muda dan dia terpaksa pula menjaga isteri yang sakit....perasaan aku jadi tak menentu. Aku selalu berfikir...bilalah aku nak baik, sampai bila la suami aku sanggup jaga aku...adakah perasaan sayangnya akan berkurangan lama- kelamaan...
Aku akui, sepanjang aku sakit, adakalanya aku tak dapat kawal emosi aku...aku akan menangis dan mengadu pada suami aku....kalaupun waktu tu suami ada kerja, seberapa cepat dia akan balik...kadang-kadang aku rasa aku ni isteri yang membebankan, tak cuba memahami situasi suami...sebab tu kadang2 tercetus di benak fikiranku kiranya Allah ambil nyawa aku, aku redha....asalkan tak menyusahkan orang yang tersayang. Adakah tu maknanya aku sedang berputus asa....Na'uzubillah....
Bantulah hambamu ini, Ya Allah... Pada semua teman2 bloggers yang sudi menitipkan doa dari jauh, terima kasih atas keikhlasan dan keperihatinan semua. Sekurang-kurangnya terubat lara di hati. Hanya Allah yang dapat membalasnya...
12 comments:
salam kak..
sayu membaca...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
doakan akak tabah menghadapi ujian ini...
be strong kak =)
Semoga Allah swt mengembalikan kesihatan yang baik buat ayu...aminnnnn...
Mr Anuar: Selalu tgk nama dkt blog NB tak sangka la Mr Anuar nak sgah dekat blog kak ni...Terima kasih...
Umar: Terima kasih Noni....
salam ayu....
jgn putus asa utk berdoa dan bersabar....
semoga ayu tetap tabah mengahadapi ujian.... berat mata memandang.. berat lagi bahu ayu yg memikul....
semoga ayu tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini...
sekurang-kurangnya semangat untuk melihat anak membesar di depan mata...
ayu... Ada ustaz pesan amalkan baca
"rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammin bikhair" - Wahai Tuhan permudahkan jangan Engkau susahkan, wahai Tuhan berilah pengakhiran yang baik.
Moga dpt meringankan beban perasaan.
ayu jgn putus asa...kekuatan hang datang dari suami dan anak hang yang sgt baik...jgn sedih nanti sakit lagi teruk ...take care...
dik ayu, insya-allah, dik ayu dah usaha berubat, dah berdoa, yg selebihnya tawakal pada allah, mmg kalau kita x sihat, mcm2 yg mengganggu fikiran, apa yg blh kak ct kata, sabaq, setiap permulaan pasti ada pengakhiran, setiap sakit mesti ada sembuhnya, jgn putus asa, ok.
Salam Kak Ayu,
Moga akak tabah menghadapi hari2 mendatang.
Dayah doakan akak akan cepat sembuh, jangan bersedih kak. Kalau suami akak membaca ini pasti dia sedih. Saya yakin dia lakukan semuanya kerana sayang & cintanya dia pada akak. Berdoalah untuk dia dan akak.
be strong kak ^_^
Kak T: mmang berat sgt...tapi kena sbr...nak buat mcm mana ;(
Yong: Terima kasih atas kata2 semangat....
Kak Nik: Memang tu yg selalu dibaca bila jiwa rasa sarat..terima kasih
Min : Thanks...balik Perlis maila gebang2 ngan aku. Awat aku nak komen kat blog berwajah baru hang tak leh?
Kak CT: Thanks kak CT...harap2 semuanya OK nanti...Kak CT pun, take care
Dayah: Thanks sangat2....
sabar ayu...insya allah akan sembuh...kuatkan semangat...
ayu, 1st time saya baca blog ayu, saya dapat masa saya tengah menjengah blog kak yati. dan saya dengan rasa sepenuh hati, mendoakan agar Dia berikan ayu kesihatan yang baik demi untuk kebahagian ayu, suami & anak...bersabarlah. Allah takkan ui hamba2Nya yang tak mampu...
Post a Comment