Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita adik aku Ima dimasukkan ke wad kerana demam denggi berdarah. Memang banyak hari dah dia demam tak kebah2. Orang yang paling susah hati tentulah mama aku. Yalah...anak yang sorang ni sakit tak bangun2, abah aku pulak baru lepas buat operation hati...sekarang ni adik aku pulak. Dahlah jauh di HUKM sana tu. Kalau kat sini bolehlah sedara mara tolong tengok. Berbelah bagi, husband kat sini tak sihat...teringat anak kat sana tapi nanti pegi anak and husband kat sini sapa nak tengokkan?
Kesian mama....kalaulah aku boleh bangun dapat gak aku runner sana sini tolong mama...bilalah aku boleh bangun ni....?